Joseph John Thomson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
J.J.Thompson

Sir Joseph John “J.J.” Thomson atau J.J. Thompson (18 Disember 185630 Ogos 1940) merupakan seorang ahli fizik British yang berjaya mengesahkan bahawa atom terdiri daripada zarah yang lebih kecil lagi pada 1897. J.J. Thomson telah menemui kewujudan elektron yang bercas negatif dalam eksperimennya itu.

Beliau mendapati bahawa jisim elektron ialah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom Hidrogen.

J.J. Thompson kemudiannya mengemukakan model atomnya yang mencadangkan bahawa elektron-elektron bertaburan di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif.