Kafe siber

Sesebuah kafe siber ataupun kafe Internet merupakan premis khas yang membolehkan pengguna menyewa komputer bagi melayari internet, di mana bayaran dikenakan mengikut jam penggunaan. Kadang-kadang, kafe siber turut menjual makanan dan minuman.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Kafe siber boleh didapati di seluruh dunia tetapi lebih banyak tertumpu di kawasan bandar. Kebanyakan pengguna menggunakan khidmat kafe siber semasa melancong bagi memeriksa e-mel dan perkhidmatan mesej segera. Selain itu, pengguna yang tidak mempunyai capaian internet di rumah juga banyak yang menggunakan khidmat kafe siber. Kebanyakan kafe siber turut menyediakan permainan atas talian yang membolehkan pengguna bermain melalui sambungan LAN, popular di negara-negara Asia.
Lazimnya, semua komputer di kafe siber dihubungkan melalui sambungan LAN. Setiap komputer dipasang dengan perisian khas yang membolehkan komputer di kaunter mengawal setiap komputer di dalam kafe siber. Pekerja kaunter boleh menetapkan masa penggunaan, menambah masa penggunaan, menutup komputer serta mengunci komputer secara automatik apabila masa penggunaan tamat.
Terdapat juga kafe siber yang turut menyediakan perkhidmatan mencetak serta mengimbas imej.
Isu-isu yang dikaitkan dengan kafe siber[sunting | sunting sumber]
Sungguhpun kafe siber diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada orang awam, terdapat beberapa isu negatif yang dikaitkan dengan kafe siber seperti berikut:-
- Gejala ponteng sekolah.
- Gejala ketagihan internet serta permainan komputer.
- Muat turun yang tidak sah (cetak rompak) seperti lagu MP3, perisian komputer dan klip video.
- Pelayaran serta muat turun kandungan lucah.
- Merebaknya jangkitan virus komputer dengan mudah kepada media storan mudah alih pengguna seperti pemacu kilat USB dan disket.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Internet cafe |