Kampung Bukit Kechil, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Bukit Kechil
Kampong Bukit Kechil
Kampung Bukit Kechil, Kedah is located in Bumi
Kampung Bukit Kechil, Kedah
Kampung Bukit Kechil, Kedah (Bumi)
Koordinat: 6°13′10″N 100°37′50″E / 6.21945°N 100.63043°E / 6.21945; 100.63043Koordinat: 6°13′10″N 100°37′50″E / 6.21945°N 100.63043°E / 6.21945; 100.63043[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBelimbing Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
57 m (187 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Bukit Kechil (Jawi: كامڤوڠ بوكيت كچيل), juga dieja sebagai Kampong Bukit Kechil dan Kampung Bukit Kecik dalam bahasa Melayu Kedah merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Belimbing Kanan dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Bukit Kechil ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Bukit Kechil telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Bukit Kechil telah ada sejak tahun 1930-an. Kampung Bukit Kechil turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 34 dan garisan timuran 68 (rujukan grid RG3468, dengan nama Kg. Bt. Kechil).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Bukit Kechil pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°13′N 100°38′E / 6.217°N 100.633°E / 6.217; 100.633.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Topografi setempat[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Bukit Kechil terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 57 meter (187.0 ka).[1] Bukit Kechil mempunyai titik tertinggi 55 meter (180.4 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Bukit Kechil pula terletak kira-kira 0.75 kilometer (0.5 bt) ke arah selatan dari Kampung Bukit Kechil.[1][3] Nama kampung ini diambil sempena nama bukit ini. Anak sungai kepada Sungai Pedu iaitu Charok Jelutong (atau Caruk Jelutong) turut melalui Kampung Bukit Kechil melalui pembinaan parit untuk kegunaan industri pertanian (seperti sawah padi) dari sumber sungai Charok Jelutong yang utama ke tapak pertanian.[3]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Petempatan yang terdekat dengan Kampung Bukit Kechil adalah seperti berikut:[1][3]

Bandar besar yang berhampiran dengan Kampung Bukit Kechil ialah Bandar Kuala Nerang, di barat laut Kampung Bukit Kechil.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Bukit Kechil ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Bukit Kechil untuk jangka tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[4][5] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[4][6]

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat satu buah rumah sahaja dalam kawasan Kampung Bukit Kechil dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak. Bahgaian barat, timur dan selatan Kampung Bukit Kechil merupakan belukar pada tahun 1930. Di bahagian utara pula, telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang tali air dari Charok Jelutong. Sumber ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Bukit Kechil, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[7] Kawasan perkampungan Kampung Bukit Kechil dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Bukit Kechil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 28. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  5. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.