Kampung Pulau Rotan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pulau Rotan
Kampong Pulau Rotan
Kampung Pulau Rotan is located in Bumi
Kampung Pulau Rotan
Kampung Pulau Rotan (Bumi)
Koordinat: 6°13′00″N 100°36′46″E / 6.21667°N 100.61273°E / 6.21667; 100.61273Koordinat: 6°13′00″N 100°36′46″E / 6.21667°N 100.61273°E / 6.21667; 100.61273[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBelimbing Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
64 m (210 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Pulau Rotan (Jawi: كامڤوڠ ڤولاو روتن), juga dieja sebagai Kampong Pulau Rotan dan Kampung Pulau Ghotan dalam bahasa Melayu Kedah merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Belimbing Kanan dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Pulau Rotan ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Pulau Rotan telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Pulau Rotan telah ada sejak tahun 1930-an. Kampung Pulau Rotan turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 32 dan garisan timuran 68 (rujukan grid RG3268, dengan nama Kg. P. Rotan).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Pulau Rotan pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°13′N 100°37′E / 6.217°N 100.617°E / 6.217; 100.617.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Topografi setempat[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Pulau Rotan terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 64 meter (210.0 ka).[1] Bukit Naga Pipit dan Bukit Kechil masing-masing mempunyai titik tertinggi 57 meter (187.0 ka) dan 55 meter (180.4 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Bukit Naga Pipit terletak kira-kira 1.98 kilometer (1.2 bt) ke arah timur laut dari Kampung Pulau Rotan manakala Bukit Kechil pula terletak kira-kira 1.62 kilometer (1.0 bt) ke arah tenggara dari Kampung Pulau Rotan.[1][3] Anak sungai kepada Sungai Pedu iaitu Charok Jelutong (atau Caruk Jelutong) turut melalui Kampung Pulau Rotan melalui pembinaan parit untuk kegunaan industri pertanian (seperti sawah padi) dari sumber sungai Charok Jelutong yang utama ke tapak pertanian.[3]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Petempatan yang terdekat dengan Kampung Pulau Rotan adalah seperti berikut:[1][3]

Bandar besar yang berhampiran dengan Kampung Pulau Rotan ialah Bandar Kuala Nerang, di utara Kampung Pulau Rotan.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Pulau Rotan ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Pulau Rotan untuk jangka tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[4][5] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[4][6]

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan Kampung Pulau Rotan, lebih kurang lapan unit rumah, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak. Bahgaian utara Kampung Pulau Rotan merupakan belukar pada tahun 1930. Di bahagian barat, timur dan selatan kampung, telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang tali air dari Charok Jelutong. Sumber ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 250 hingga 1000 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Pulau Rotan, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[7] Kawasan perkampungan Kampung Pulau Rotan dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Pulau Rotan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 118. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  5. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.