Kampung Pulau Palas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pulau Palas
Kampong Pulau Palas
Kampung Pulau Palas is located in Bumi
Kampung Pulau Palas
Kampung Pulau Palas (Bumi)
Koordinat: 6°13′20″N 100°36′52″E / 6.22211°N 100.61447°E / 6.22211; 100.61447Koordinat: 6°13′20″N 100°36′52″E / 6.22211°N 100.61447°E / 6.22211; 100.61447[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBelimbing Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
63 m (207 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Pulau Palas (Jawi: كامڤوڠ ڤولاو ڤالس), juga dieja sebagai Kampong Pulau Palas dan Kampung Pulau Palaih dalam bahasa Melayu Kedah merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Belimbing Kanan dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Pulau Palas ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Pulau Palas telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Pulau Palas telah ada sejak tahun 1930-an. Kampung Pulau Pals turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 32 dan garisan timuran 68 (rujukan grid RG3268, dengan nama Kg. P. Palas).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Pulau Palas pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°13′N 100°37′E / 6.217°N 100.617°E / 6.217; 100.617.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Pulau Palas secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Belimbing Kanan, iaitu mukim di barat Daerah Padang Terap, berhampiran dengan sempadan Daerah Pokok Sena.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Topografi setempat[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Pulau Palas terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 63 meter (206.7 ka).[1] Bukit Naga Pipit dan Bukit Kechil masing-masing mempunyai titik tertinggi 57 meter (187.0 ka) dan 55 meter (180.4 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Bukit Naga Pipit terletak kira-kira 1.35 kilometer (0.8 bt) ke arah timur laut dari Kampung Pulau Palas manakala Bukit Kechil pula terletak kira-kira 1.85 kilometer (1.1 bt) ke arah tenggara dari Kampung Pulau Palas.[1][3] Anak sungai kepada Sungai Pedu iaitu Charok Jelutong (atau Caruk Jelutong) turut melalui Kampung Pulau Palas melalui pembinaan parit untuk kegunaan industri pertanian (seperti sawah padi) dari sumber sungai Charok Jelutong yang utama ke tapak pertanian.[3]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Petempatan yang terdekat dengan Kampung Pulau Palas adalah seperti berikut:[1][3]

Bandar besar yang berhampiran dengan Kampung Pulau Palas ialah Bandar Kuala Nerang, di utara Kampung Pulau Palas.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Pulau Palas ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Pulau Palas untuk jangka tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[4][5] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[4][6]

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan Kampung Pulau Palas, lebih kurang tujuh unit rumah, dengan pola petempatan berjenis petempatan berkelompok. Bahgaian utara dan timur Kampung Pulau Palas merupakan belukar pada tahun 1930. Di bahagian timur laut dan selatan kampung, telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang tali air dari Charok Jelutong. Sumber ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 250 hingga 1000 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Pulau Palas, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[7] Kawasan perkampungan Kampung Pulau Palas dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Pulau Palas, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 118. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g h Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  5. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.