Stesen LRT Dato' Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Keramat Rapid KL
Dato Keramat LRT.jpg
Nama lainداتوق كرامة (Jawi)
拿督克拉末 (Cina)
ட்டோ கேரமாத் (Tamil)
LokasiStesen Dato' Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′54.3″N 101°43′54.6″E / 3.165083°N 101.731833°E / 3.165083; 101.731833
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
Platform2
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: 220, 221, T224
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ7 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Dato' Keramat ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena Jalan Dato Keramat. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua  5  Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Keramat di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah selatan stesen adalah Mes-e12.png Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat Mes-e12.png AKLEH. Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat, Kompleks Sukan Dato' Keramat, Pasar Dato Keramat, Masjid al-Akram, Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek, SRI al-Alusi, SK Datuk Keramat 1& 2 dan pangsapuri mewah Picasso Residence.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Jelatek)
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Damai)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan Rapid Bus: 220, Rapid Bus: 221 dan T224 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 25 Apr 2017. Dicapai 7 Mei 2019. 
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019.