Stesen LRT Jelatek
Lokasi | Stesen Jelatek, Jalan Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°EKoordinat: 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
K. letak kenderaan | 292 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ6 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen LRT Jelatek ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena taman awam Jelatek berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Jelatek, diantara Kampung Dato' Keramat di sebelah barat dan Taman Keramat di sebelah timur. Stesen ini juga terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat; Kompleks Sukan Dato' Keramat; pangsapuri mewah seperti The Datum Jelatek, Picasso Residence dan Suria Jelatek Residence; Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek; pasar malam Jelatek; SRI al-Amin dan SRI al-Alusi.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
KJ Arah Selatan | → ![]() | |
KJ Arah Utara | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 292 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]</ref>
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T224 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |