Stesen LRT Damai (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Damai
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen Damai, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°9′52″N 101°43′27″E / 3.16444°N 101.72417°E / 3.16444; 101.72417Koordinat: 3°9′52″N 101°43′27″E / 3.16444°N 101.72417°E / 3.16444; 101.72417
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ8 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Dato' Keramat
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Ampang Park
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Damai ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena lingkungan Damai dalam kawasan kampung, yang melingkungi separuh selatan Datuk Keramat dari selatan Sungai Klang dan dihubungkan dengan stesen melalui jejantas yang menyeberangi sungai. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Damai terletak di sepanjang Jalan Datok Keramat di Kampung Datuk Keramat, timur Kuala Lumpur. Di sebelah selatan stesen terletaknya Sungai Klang dan E12 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) manakala di sebelah utara stesen adalah Keramat Mall dimana Mini UTC Keramat terletak. Juga terletak berhampiran stesen adalah Plaza Tol Dato Keramat.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Dato' Keramat)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Ampang Park)
L1 Aras legar Mesin tiket automatik, pusat khidmat pelanggan, pagar tambang elektronik, dan jejambat pejalan kaki ke Keramat Mall Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Gambar
A Jalan Datuk Keramat
Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Keramat Mall, Mini UTC Keramat, Petron Jalan Datuk Keramat.
B Jalan Damai Jambatan siar kaki merentasi Sungai Klang menuju ke Jalan Damai, Taman U-Thant.
C Mini UTC Keramat Jambatan penyambung dari aras konkos stesen menuju ke UTC Keramat.

Insiden[sunting | sunting sumber]

  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.