Kampung Merogol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Merogol
Kampong Merogol
Kampung Merogol is located in Bumi
Kampung Merogol
Kampung Merogol (Bumi)
Koordinat: 6°13′01″N 100°35′53″E / 6.217°N 100.598°E / 6.217; 100.598Koordinat: 6°13′01″N 100°35′53″E / 6.217°N 100.598°E / 6.217; 100.598[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimBelimbing Kanan
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
69 m (226 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Merogol (Jawi: كامڤوڠ مروڬول), juga dieja sebagai Kampong Merogol merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Belimbing Kanan dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Merogol ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Merogol telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Merogol telah ada sejak tahun 1930-an. Kampung Merogol turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 30 dan garisan timuran 68 (rujukan grid RG3068, dengan nama Kg. Merogol).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Merogol pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°13′N 100°36′E / 6.217°N 100.600°E / 6.217; 100.600.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Merogol secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Belimbing Kanan, iaitu mukim di barat Daerah Padang Terap, berhampiran dengan sempadan Daerah Pokok Sena.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Topografi kawasan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Merogol terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut mencecah 69 meter (226.4 ka).[1] Terdapat beberapa ciri-ciri pandang darat fizikal dan budaya seperti bukit dan parit yang berhampiran dengan Kampung Merogol. Antara bukit bernama yang terletak berhampiran dengan Kampung Merogol ialah Bukit Genting Tampol di bahagian barat. Bukit tidak bernama yang mempunyai tinggi 85 meter (278.9 ka) dan 39 meter (128.0 ka) dari aras laut masing-masing terletak di barat laut dan barat daya kampung.[3] Terdapat juga beberapa parit dibina di Kampung Merogol untuk menyalurkan air untuk kegunaan pertanian.[3] Di barat Kampung Merogol, terdapat sebuah kawasan perhutanan yang dirizabkan, dengan nama iaitu Hutan Simpan Kekal Bukit Genting Tampol (bahasa Inggeris: Bukit Genting Tampol Forest Reserve).[3]

Kawasan perkampungan Kampung Merogol dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[4][5]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Petempatan yang terdekat dengan Kampung Merogol adalah seperti berikut:[1][3]

Bandar besar yang berhampiran dengan Kampung Merogol ialah Bandar Kuala Nerang, di timur laut Kampung Merogol.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Merogol ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Merogol untuk jangka tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[6][8]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan Kampung Merogol, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak, dalam peta FMS Survery. Bahgaian selatan dan barat Kampung Merogol merupakan belukar pada tahun 1930. Di bahagian tenggara dan timur kampung, telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang parit dengan mengambil air dari Sungai Pedu. Sumber ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Merogol perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4][9]

Kesalinghubungan[sunting | sunting sumber]

Dalam peta 1943, Kampung Merogol dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Kampung Merogol, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 110. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g h i j Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  5. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  9. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.