Kerepek pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerepek pisang
Kerepek pisang kering
Kerepek pisang kering
Nilai pemakanan per hidangan
Saiz hidangan 100g
Tenaga 2,170 kJ (520 kcal)
Karbohidrat 58.40g
- Gula 35.34g
- Serabut diet 7.7g
Lemak 33.60g
- tepu 28.970g
- monotaktepu 1.950g
- politaktepu 0.630g
Protein 2.30g
Air 4.3 g
Vitamin A setara 4 μg (1%)
Vitamin A 83 IU
Tiamina (vit. B1) 0.085 mg (7%)
Riboflavin (vit. B2) 0.017 mg (1%)
Niasin (vit. B3) 0.710 mg (5%)
Vitamin B6 0.260 mg (20%)
Folat (vit. B9) 14 μg (4%)
Vitamin C 6.3 mg (8%)
Vitamin E 0.24 mg (2%)
Vitamin K 1.3 μg (1%)
Kalsium 18 mg (2%)
Besi 1.25 mg (10%)
Magnesium 76 mg (21%)
Fosforus 56 mg (8%)
Kalium 536 mg (11%)
Natrium 6 mg (0%)
Zink 0.75 mg (8%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Kerepek pisang biasanya hirisan pisang kering yang rangup (buah tumbuhan herba genus Musa dari jenis "pisang pencuci mulut" yang lembut). Mereka boleh disalut dengan gula atau madu dan mempunyai rasa manis, atau lebih lazim digoreng dalam minyak dan rempah dan mempunyai rasa asin atau pedas.[1]

Kerepek jageri

Kerepek pisang adalah sama dengan chifle, biasanya dibuat daripada jenis buah yang lebih pejal daripada genus Musa yang lebih dikenali sebagai pisang tanduk, plantain atau "pisang untuk memasak".

Goreng[sunting | sunting sumber]

Kerepek pisang digoreng

Kerepek pisang goreng lazimnya dihasilkan daripada kepingan pisang yang digoreng secara jeluk ke dalam minyak bunga matahari atau minyak kelapa. Kerepek ini kering (seperti kerepek kentang), mengandungi kira-kira 4% air (jadual), dan boleh diasinkan, diperisa, disalut gula atau sira. Kadang-kadang perisa pisang ditambah. Jika pisang masak digunakan, ia akan berminyak. Pisang masak digunakan untuk pencuci mulut, bukan untuk kerepek kering.

Kering[sunting | sunting sumber]

Sesetengah jenis kerepek pisang boleh dihasilkan dengan pengeringan dan salai. Hirisan pisang yang hanya dikeringkan dan salai adalah tidak berwarna kuning gelap dan rangup, tetapi perang, liat dan kenyal. Mereka sangat manis dan mempunyai rasa pisang yang kuat. Ini dibuat daripada pisang yang masak. Jenis lain dibuat dengan membakar dalam ketuhar, walaupun proses ini tidak dapat menghasilkan rasa pisang yang sama.

Gizi[sunting | sunting sumber]

Kerepek pisang goreng adalah 4% air, 58% karbohidrat, 34% lemak, dan 2% protein. Dalam jumlah rujukan 100 gram, kerepek pisang goreng membekalkan 520 kalori dan merupakan sumber yang kaya (20% atau lebih Nilai Harian, DV) magnesium (21% DV) dan vitamin B6 (20% DV), dengan jumlah besi yang sederhana, tembaga dan kalium (10% hingga 11% DV) (jadual). Mikronutrien lain berada dalam jumlah yang sangat kecil.

Kegunaan dan variasi[sunting | sunting sumber]

India[sunting | sunting sumber]

Kerepek plantain goreng, yang dikenali sebagai nenthra-kaaya oopperi atau upperi di Kerala, digoreng dalam minyak kelapa.[2] Kedua-dua plantain masak dan belum masak digunakan untuk penyediaan jenis kerepek ini. Kerepek boleh disalut dengan masala atau jageri untuk membentuk variasi pedas dan manis. Kerepek pisang biasa dan plantain masing-masing dipanggil pachkkaya varuthathu dan kaya upperi; kerepek pisang manis dipanggil sharkara upperi Ia sebahagian daripada hidangan tradisional Kerala yang dipanggil sadya disaji semasa majlis perkahwinan dan perayaan, seperti Onam.

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Pisang adalah tumbuhan asli Asia Tenggara Maritim dan penduduk di Nusantara telah banyak menggunakannya bezaman-zaman, termasuk sebagai makanan ringan. Di Indonesia, kerepek pisang dipanggil kripik pisang, dan dianggap sebagai sejenis kripik rangup (kerepek tradisional atau keropok). Kripik pisang adalah sejenis makanan ringan yang lazat dan lazimnya terdapat di Indonesia, walaupun ia kelihatan lebih lazim di Jawa dan Sumatera.

Biasanya pisang hijau yang belum masak dihiris nipis, direndam dalam larutan air kapur dan garam, dan digoreng sebagai kerepek.[3] Pisang tidak masak sangat sesuai untuk menggoreng kerana kandungan air dan gula yang rendah, sementara kandungan kanji yang tinggi. Pisang goreng pula sejenis makanan ringan yang tidak dihiris nipis dan berfungsi sebagai makanan ringan yang manis.

Amerika[sunting | sunting sumber]

Kerepek (atau lbih dikenali sebagai cip) sering menjadi sebahagian daripada campuran muesli dan kacang. Cip lain, seperti patakon adalah masin. Cip yang sama dipanggil chifle dibuat daripada plantain, keluarga buah yang berasal dari pisang. Dalam budaya Amerika tropika, semua pisang dianggap plantain, tetapi tidak semua plantain adalah pisang. Cip plantain goreng juga cukup popular di bahagian tenggara Mexico, terutama di negeri Tabasco.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Food processing, EPa. "How to Make Sweet and Salted Banana Chips". Diarkibkan daripada asal pada 28 December 2011. Dicapai 16 May 2012. 
  2. ^ "Banana Chips from Kerala, india". The Hindu. Dicapai 2013-04-13. 
  3. ^ "banana chips (keripik pisang)". Indonesian original recipe.