Hantu Bonceng: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26: Baris 26:
| gross = RM 8.53 juta<ref name=finas/>
| gross = RM 8.53 juta<ref name=finas/>
}}
}}
'''''Hantu Bonceng''''' merupakan sebuah filem komedi seram yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di [[Malaysia]]. Filem yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh [[Ahmad Idham]] di syarikat [[Excellent Pictures]], dibintangi oleh [[Zizan Razak]], [[Juliana Evans]], [[Jue Aziz]] dan [[Taiyuddin Bakar]] ini menceritakan tentang Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor ''drag'' secara haram.
'''''Hantu Bonceng''''' merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2011 yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di [[Malaysia]]. Filem yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh [[Ahmad Idham]] di syarikat [[Excellent Pictures]], dibintangi oleh [[Zizan Razak]], [[Juliana Evans]], [[Jue Aziz]] dan [[Taiyuddin Bakar]] ini menceritakan tentang Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor ''drag'' secara haram.


Filem yang menelan belanja RM 1.51 juta ini mula-mula ditayangkan di 80 buah pawagam di [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Brunei]]. Sepanjang tempoh tayangannya di pawagam, ia menerima sambutan yang amat hangat.
Filem yang menelan belanja RM 1.51 juta ini mula-mula ditayangkan di 80 buah pawagam di [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Brunei]]. Sepanjang tempoh tayangannya di pawagam, ia menerima sambutan yang amat hangat.

Semakan pada 02:22, 26 Disember 2022

Hantu Bonceng
PengarahAhmad Idham
PenulisAhmad Idham
Dihasilkan olehAhmad Idham
Dibintangi
Diedarkan olehExcellent Pictures
Tarikh tayangan
  • 31 Ogos 2011 (2011-08-31) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.51 juta[1]
Pecah panggungRM 8.53 juta[1]

Hantu Bonceng merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2011 yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di Malaysia. Filem yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Ahmad Idham di syarikat Excellent Pictures, dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz dan Taiyuddin Bakar ini menceritakan tentang Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor drag secara haram.

Filem yang menelan belanja RM 1.51 juta ini mula-mula ditayangkan di 80 buah pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sepanjang tempoh tayangannya di pawagam, ia menerima sambutan yang amat hangat.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu, Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton, kekasih Amran yang merupakan seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.

Setelah diserbuan polis, Halimaton dan Ayu pula bertarung. Amran mengejar Dani sehingga mereka terjatuh motosikal akibat ternampak hantu itu. Di penghujung cerita, Amran dan Dani terdengar apabila mereka terbunyi mesin yang pelik itu. Rupanya, doktor yang menutup mesin itu.

Pelakon

Sambutan

Sambutan pengunjung pawagam terhadap filem Hantu Bonceng amat memberangsangkan semenjak mulai ditayangkan di tengah musim sambutan berganda Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2011, serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Dilaporkan bahawa dalam dua hari pertama tayangannya sahaja, filem Hantu Bonceng berjaya mengutip RM 1.78 juta, sekaligus mencipta sejarah dalam dengan kutipan tiket terbesar musim perayaan.[2][3]

Setakat hari kelima (4 September), jumlah kutipan itu dilaporkan meningkat kepada sekitar RM5 juta.[4] Pada hujung minggu 1–4 September, Hantu Bonceng menduduki tangga teratas dalam carta kutipan pawagam Malaysia, mengatasi filem-filem luar negara yang keluar pada hujung minggu yang sama seperti Smurfs dan Final Destination 5.[5]

Keunggulan filem Hantu Bonceng bersambung hingga minggu kedua, apabila ia mempertahankan tangga teratas di carta kutipan pawagam pada hujung minggu 9–11 September 2011.[6] Setelah dua minggu di pawagam, filem Hantu Bonceng dilaporkan mengutip sejumlah RM 8.35 juta, sekaligus menjadikannya filem tempat kedua tertinggi kutipan pawagam dalam sejarah Malaysia setakat itu.[7]

Ulasan

Portal hiburan Tupai menyiarkan satu ulasan tentang filem Hantu Bonceng pada dua hari sebelum pembukaan, dengan memberikan 4.5 bintang[8], dengan kesimpulan bahawa "filem ini adalah sebuah filem ringan sarat dengan humor dan elemen seram berakal. Jalinan cerita juga tidaklah kompleks mana tidaklah tipikal seperti komedi seram lain yang kita sudah boleh jangkakan jalan cerita atau kesudahannya kerana apa yang dipaparkan dalam Hantu Bonceng memang sesuatu yang berbeza dan kreatif".

Antara tetamu kehormat yang menghadiri tayangan perdana Hantu Bonceng pada 23 Ogos 2011 ialah Dato' Siti Nurhaliza yang mengulas bahawa beliau berasa puas menontonnya kerana "ia sebuah filem yang tidak membosankan dan jalan ceritanya menarik".[9]

Kontroversi

Filem ini telah didakwa menghina Islam dengan suatu babak yang mana Zizan dianggap menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”. Oleh yang demikian Ustaz Azhar Idrus (Terengganu) turut memintanya bertaubat kepada Allah,berhubung isu azan, memakai baju yang mempunyai palang salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu

Lihat juga

Filem 2021

Rujukan

  1. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my
  2. ^ "Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta". Sensasi Selebriti. 2 September 2011. Dicapai pada 16 September 2011.
  3. ^ "'Hantu Bonceng' Kutip RM1.78j Dalam 2 Hari!". gua.com.my. 7 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-08. Dicapai pada 16 September 2011.
  4. ^ "Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta, 5 Hari Tayangan". Murai.com.my. 7 Sept 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26. Dicapai pada 16 September 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Week of 01 September 2011-07 September 2011, CinemaOnline. Dicapai pada 16 September 2011.
  6. ^ Week of 09 September 2011-14 September 2011, CinemaOnline. Dicapai pada 16 September 2011.
  7. ^ "'Hantu Bonceng' Kini Di Rumah Anda". gua.com.my. 16 September 2011. Dicapai pada 17 September 2011.[pautan mati kekal]
  8. ^ . 29 Ogos 2011 https://web.archive.org/web/20110901011950/http://www.tupai.com.my/2011/08/ulasan-hantu-bonceng.html. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-01. Dicapai pada 17 September 2011. Missing or empty |title= (bantuan)
  9. ^ "Dato' Siti Puas Hati Menonton 'Hantu Bonceng'". gua.com.my. 5 September 2011. Dicapai pada 17 September 2011.

Pautan Luar