Yus Raja Lawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yus
Yus Raja Lawak.jpg
KelahiranYussry Bin Edoo
(1976-03-15)15 Mac 1976
Kangar, Perlis, Malaysia
Meninggal dunia30 November 2015(2015-11-30) (umur 39)
Hospital Selayang
Sebab kematianSesak nafas
Nama lainYus Raja Lawak, Pak Yus, Yus Jambu
Pekerjaan
Tahun aktif2001−2015
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen dan filem
GenreKomedi, satira, cereka
SubjekLawak jenaka

Yussry Bin Edoo (15 Mac 1976–30 November 2015) atau lebih dikenali sebagai Yus Raja Lawak atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Beliau meninggal dunia pada 30 November 2015 dipercayai akibat sesak nafas.[1][2]

Kematian

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke (Raja Lawak) di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Ahmad Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang menyatakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.[1][2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Hantu Bonceng Pemilik Kedai Motor Filem pertama
Abuya
2012 Ngorat
PE3 Nelayan #1
Apa Celop Toqq Boss
Sepah The Movie Man HR
2013 Gangster Celop Mat Jambu
KL Zombi Boroi
2014 Laga Indera
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Fuad
2016 Dukun Doktor Dani Chot Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Teater

  • Kalut (2008)
  • Sofea (2008)
  • Hiroshima (2008)
  • Sri Mersing (2009 & 2010)
  • Satria Menara Putih (2010)
  • Laksamana Cheng Ho (2010)
  • Lawak SuperHero (2013)
  • Lawak Ke Der 3 (2013)
  • Lawak Utagha (2014)

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Sepi Angin Ke Kota London TV1
2007 Taqarrub
2009 D'Debab Raya
2010 Pak Nil Ibu Kirim Salam
Dodol Si Bujang Sepah
Aidilfitri Abang Kasim Pon Pon
Osman Brani
Along Gedebe
Selamat Hari Raya Bapak TV2
  • Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya (2011)
  • Susuk Amanda (2011)
  • Bawang Besar Bawang Kecil (2011)
  • Jambu Hanyut (2011)
  • Tuah Tertipu (TV1) (2011)
  • Bila Papa Pakai Kebaya (TV1) (2011)
  • Keliru (TV2) (2011)
  • Anak Hero (TV2) (2012)
  • Konangan (TV2) (2012)
  • Pendekar Durian Lempuk (2012)
  • Bongkah Bahulu Angkasa Raya (2013)
  • Raya Nora Jambu (2013)
  • Tukang Jahit Tak Beraya (TVi) (2013)
  • Ustaz Ku Takut Kau Datang (2014)
  • Simpul Raya (2014)
  • Member Superstar Nak Balik Beraya (2015)
  • Aidil Dan Fitri (HyppTV) (2015)
  • Che Pa (Super Telemovie Astro First) (Di Tayangkan 2017)

Drama

  • Cinta Madinah (TV1) (2005)
  • Lawaking (2007)
  • Dendam, Dosa dan Doa (2007)
  • Amit (2009)
  • Hanya Tuhan Yang Tahu (TV1) (2009)
  • Gerabak (2009)
  • LawaKing (2009)
  • Nurul Iman (2010)
  • Anak Mami Mek Ani (2010)
  • Carca-Marba (2010)
  • Tiga Budak Botak (2011)
  • Mata Ayer (TV3) (2011)
  • Moh Ke Kafe Kita (TV3/TV1) (2011)
  • Jejaka J (2011)
  • Biasa Je (2011)
  • Karoot Komedia (2012)
  • Mai Chek Mai - Musim 2 (TV1) (2012)
  • Lembu Lawan Lembu (TV1) (2012)
  • Karoot Komedia X (2012)
  • Pondok Jambu (2012)
  • Aladdyn (TV1) (2012)
  • Karoot Komedia X - Musim 2 (2013)
  • Karoot Komedia X - Musim 3 (2014)
  • Jangan Pening (TV1) (Di Siarkan 2016)

Siri televisyen

  • Sinaran Pasport Kegemilangan - Kumpulan Sanggar Pujangga (TV3) (2001)
  • Raja Lawak (2007)
  • AC Disini - Artis Jemputan (2007)
  • Gitu-Gitu Apek - Artis Jemputan (2008)
  • Kalau Berani 1 VS 0 - 'Versi Air' - Artis Jemputan (2010)
  • Jozan Show - Ep. 4 - Artis Jemputan (2010)
  • Ketuk-Ketuk Ramadhan - Artis Jemputan (TV1) (2011)
  • Candawara Aktif 5 - Artis Jemputan (TV2) (2011)
  • Maharaja Lawak (2011)
  • Lawak Minggu Ini (2011)
  • Terbaik Maharaja Lawak (2011)
  • Maharaja Lawak Raya (2011)
  • Raja Lawak 6 - Mentor (2012)
  • S.Y.O.K - Musim 2 - Artis Jemputan (TV1) (2012)
  • Betul Ke Bohong - Artis Jemputan (2012)
  • Roda Igauan - Artis Jemputan (2012)
  • Acaner Tu Johan - Artis Jemputan (2012)
  • Hello Bro... Tolong Masak - Artis Jemputan (2012)
  • Warna Raya (2012)
  • Maharaja Lawak Mega 2012
  • Kan Dah Kena - Artis Jemputan (2013)
  • Bintang Mencari Bintang (TV3) - Artis jemputan bersama kumpulan TITAN (2013)
  • Raja Lawak 7 - Minggu 10 & 11 - Pengacara Jemputan
  • Akustika Ramadhan (TV3) - Ep. 01 - Artis Jemputan (2013)
  • Oh My English! (musim ke-2) - Ep. 19 - Artis Jemputan (2013)
  • Redah Kasi Pecah - Extravanganza (2013)
  • Hello bro... Tolong stail - Artis Jemputan (2013)
  • Super Spontan - Musim 2 (Ketam Kompius) (2013)
  • Wanita Hari Ini (TV3) - Artis Jemputan (2013)
  • LatTaliLat (2013)
  • Sembang Teh Tarik - Artis Jemputan (2013)
  • Tunggu Sekejap (TV3) - Artis Jemputan (2013)
  • DestinasiRIA bersama Air Asia - Artis Jemputan (2013)
  • Maharaja Lawak Mega 2013
  • Havoc Warna - Pengacara Jemputan (2014)
  • MLM - Haji Pilus Tak Nak Raya (2014)
  • Super Spontan - Musim 3 (Mawas Berduri) (2014)
  • Maharaja Lawak Mega 2014 - Kumpulan Virus
  • Karok La Kau (2015)
  • Spontan Boboi & Kengkawan (2015)
  • Super Spontan Singapura Upsize (2015)
  • Super Spontan All Star (2015) (Silat Dongibab)
  • Juara Parodi (2015)i
  • Kelab Komedi (TV3) (Di Siarkan 2015) (Artis Jemputan)
  • Sembang Pacak (Di Siarkan 2015) (Artis Jemputan)
Catatan

↑i  Ketika Yus meninggal dunia, rancangan Juara Parodi telah bersiaran selama 4 minggu. Siaran pada 4 Disember 2015 ialah rancangan khas untuk memperingati pemergian Pak Yus. Siaran khas ini dipanggil Pak Yus Dalam Kenangan.

Diskografi

Lagu

  • Kita Berdua (Duet bersama Nina)
  • Bukan Kerna Nama
  • Boss (Bersama Cat Farish)
  • Angkara (Bersama Toi)
  • Jiman Kawan Aku (Lawak 24 Jam)

Anugerah dan pencapaian

Rujukan

  1. ^ a b "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai 30 November 2015. 
  2. ^ a b Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai 30 November 2015. 

Pautan luar