Mak Jah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mak Jah
Kelahiran
Maimunah binti Ahmad

(1948-03-01) 1 Mac 1948 (umur 74)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1987–kini
Kampung asalPPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur
Anak-anak3

Maimunah Ahmad (Jawi: ميمونا احمة; lahir 1 Mac 1948) atau lebih dikenali sebagai Mak Jah ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem.[1][2]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Mak Jah mula aktif berlakon pada 1987 menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem. Sejak itu, beliau telah membintangi lebih daripada 100 drama dan menjayakan berpuluh filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi. Beliau turut terkenal dengan membintangi beberapa drama televisyen seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mak Jah ialah ibu kepada tiga anak dan mempunyai 11 cucu serta tiga cicit. Kediaman beliau terletak di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.[3]

Selain itu, beliau turut bergiat aktif mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R), berdekatan kediamannya.[4][5]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang kerana menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Beliau turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.[6]

Beliau dilaporkan terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu. Mak Jah tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. Penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.[7][8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Sara
2002 Mami Jarum
2003 Jutawan Fakir Ibu
2004 Hingga Hujung Nyawa
I Know What You Did Last Raya Nenek Yassir
2005 Potret Mistik Bidan
Sembilu 2005 Orang Gaji Tidak dinamakan
Cinta Fotokopi Mak Som
Lady Boss Mak Mah
2006 Main-Main Cinta Bibik
Bujang Senang Ketua Pembantu Rumah
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Mak Long
Chermin Mak Andam
Kayangan Mak Esah
Penyesalan Tak Berakhir Mak Ina
2008 Cicakman 2: Planet Hitam Wanita Pasar Raya 2
2009 Skrip 7707 Mak Jah
2011 Hantu Bonceng Opah
Raya Tak Jadi! Ibu Shuib
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Rock
Karma Reborn Ibu
Ngorat Mak Jah
Pontianak vs Orang Minyak Mak Jah
2014 Cara Mengundang Hantu
Abang Long Fadil Mak Fadil
Mistik Syirik Tahyul
2015 Selfie Suara Kubur
Keranda Tok Wan Terbang Mak Betong
2016 Zack Kapcai Pekerja Kilang
Volkswagen Kuning Nek Jah
2022 Rumah Wan Nani

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009–2011 Si Capik Mak Limah TV2
2010 Siong Mak Zah TV3
2012 Bonda Mak Huda
2016 Kak Marr Dirinya sendiri Penampilan khas
2018 Ammar & Opie Faridah
2019 Anugerah Cinta Aisyah Mak Munah TV Okey
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Mak Cik Munah TV3
2022 Jesnita Mak Yam Astro Prima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Histeria Mak Bidan VCD
2022 Sempurna Mencintaimu Mak Cik Munah TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (26 April 2015). "Tabah hadapi ujian". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2015.
  2. ^ Kemalia Othman (4 Januari 2016). "Mak Jah Perlu Berlakon Untuk Cari Wang Rawat Kanser". mStar Online. Dicapai pada 13 Jun 2016.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Jun 2019). "Mak Jah gadai emas demi rawat kanser". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  4. ^ Norhayati Nordin (11 Jun 2020). "Cuci telekung wakaf, Mak Jah kumpul bekalan akhirat". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  5. ^ Norhayati Nordin (2 Februari 2020). "'Buat kerja amal basuh telekung': Mak Jah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  6. ^ Budiey (8 Februari 2019). "Pelakon veteran Mak Jah masuk hospital". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Jun 2019.
  7. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (18 Jun 2019). "Mak Jah gadai barang kemas untuk rawat kanser". Berita Harian. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  8. ^ "Mak Jah hidap kanser, sanggup gadai barang kemas rawat penyakit". Media Hiburan. 19 Jun 2019. Dicapai pada 13 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]