Caucasus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: kk:Кавказ
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot mengubah: mr:कॉकेशस; perubahan kosmetik
Baris 59: Baris 59:
*[http://www.iranica.com/newsite/articles/v5f1/v5f1a032.html Caucasus and Iran] entry in [[Encyclopaedia Iranica]]
*[http://www.iranica.com/newsite/articles/v5f1/v5f1a032.html Caucasus and Iran] entry in [[Encyclopaedia Iranica]]
*[http://www.oc.unito.it/en/index.html University of Turin-Observatory on Caucasus]
*[http://www.oc.unito.it/en/index.html University of Turin-Observatory on Caucasus]
<br/>{{Countries and regions of the Caucasus}}
<br />{{Countries and regions of the Caucasus}}
{{Regions of the world}}
{{Regions of the world}}


Baris 107: Baris 107:
[[hu:Kaukázus (régió)]]
[[hu:Kaukázus (régió)]]
[[krc:Кавказ]]
[[krc:Кавказ]]
[[mr:कॉकासस]]
[[mr:कॉकेशस]]
[[xmf:კავკაცია]]
[[xmf:კავკაცია]]
[[mzn:قفقاز]]
[[mzn:قفقاز]]

Semakan pada 15:42, 26 Disember 2011

Negara-negara Caucasus
Peta 1994 kawasan Caucasus, menunjukkan lokasi sumber berharga

Caucasus atau Caucas (juga dirujuk sebagai Caucasia,[1]Templat:Lang-ady; Rusia: Кавка́з) ialah sebuah wilayah di Eropah Timur dan Asia Barat di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Caucasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Caucasus kadang-kala dianggap sebagai sebahagian dari Asia Tengah. Caucasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.

Puncak tertinggi di Caucasus adalah Gunung Elbrus (5.642m), yang juga dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah. Secara umumnya Caucasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;

Etimologi

Kata Caucasus berasal dari perkataan "Caucas", nenek moyang Caucasia Utara. [2] Beliau adalah putera Togarmah, cucu anak lelaki ketiga dari Nabi Nuh a.s. iaitu Yafet. Menurut Leonti Mroveli selepas runtuhnya Menara Babel dan pembahagian umat manusia ke dalam pelbagai bahasa, Togarmah tinggal dengan anak-anaknya: Kartlos, Haik (Georgia:ჰაოს, Haos), Movakos, Lekos (orang Lak), Heros (Kerajaan Hereti, Kavkas, dan Egros (Kerajaan Egrisi) di antara dua gunung yang tidak dapat dilalui, kemungkinan Gunung Ararat dan Gunung Elbrus.

Demografi

Setiap wilayah di Caucasus mempunyai perbezaan dalam pertuturan dan bahasanya serta ia juga mempunyai pelbagai keluarga bahasa. Terdapat juga lebih daripada 50 kumpulan etnik yang hidup di setiap wilayah di Caucasus.[3] Tidak kurang dari tiga keluarga bahasa adalah unik bagi kawasan ini, tetapi juga bahasa-bahasa India-Eropah seperti Armenia dan Ossetic, dan bahasa Altaic Azerbeijan merupakan bahasa setempat di sini.

Sumber-sumber asli

Caucasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunite, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molybdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu (kedua-dua keras dan perang).

Lihat juga

Rujukan

  • Caucasus: A Journey to the Land Between Christianity and Islam By Nicholas Griffin
  • Small Nations and Great Powers: A Study of Ethnopolitical Conflict in the Caucasus By Svante E. Cornell
  • The Caucasus By Ivan Golovin
  1. ^ http://www.merriam-webster.com/dictionary/caucasia Merriam-Webster
  2. ^ G.Qoranashvili (1995), Questions of Ethnic Identity According to Leonti Mroveli's Historical Chronicles, Studies, Vol. 1, Tbilisi.
  3. ^ Caucasian peoples, Encyclopædia Britannica

Pautan luar