Zarina Zainuddin: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 192: | Baris 192: | ||
|- |
|- |
||
!rowspan="2" |'''2018''' |
!rowspan="2" |'''2018''' |
||
| ''Tak Ada Cinta Sepertimu'' |
| ''[[Tak Ada Cinta Sepertimu]]'' |
||
| Rohani |
| Rohani |
||
| Astro Ria |
| Astro Ria |
Semakan pada 05:12, 21 Disember 2018
Zarina Zainuddin | |
---|---|
Fail:ZarinaZainuddin.jpg | |
Kelahiran | 1970 (umur 53–54) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1989 – kini |
Pasangan | Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar (berkahwin 1993) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | Zainuddin Ibrahim (bapa) Zahura Abdul Mutalib (ibu) |
Zarina Zainuddin (lahir 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.
Kehidupan awal
Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban , Negeri Sembilan namun membesar di Parit , Perak [1] dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.
Kerjaya
Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.
Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production Sdn. Bhd dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut. [2]
Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS suatu ketika dahulu. [3]
Zarina bakal membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang bakal ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang , sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. [4] Pada Syawal kedua, Zarina bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang akan bersiaran di TV1.
Kehidupan peribadi
Zarina telah bernikah dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai [5] , Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.
Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran. [6]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
1989 | Sumpahan Berdarah | |||
Sepasang Mata Maut | ||||
1990 | Lirikan Siluman Ular | Peter Chan | ||
1993 | Tarik-Tarik | M.Jamil | ||
Antara Gadis | Seha | Yuzwan Wahid | ||
2011 | Momok Jangan Panggil Aku | Nik | M.Jamil | |
2013 | Ular | Rohani | Jason Chong | |
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta | Ibu Hardy | Osman Ali | |
2015 | Girlfriend Kontrak | Virgina Kennedy |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Senja Permai | Astro Ria | ||
2011 | Ana lu'lu | TV3 | ||
2012 | Bicara Hati | Astro Prima | ||
2013 | Teduhan Kasih [7] | TV3 | ||
Tanah Kubur | Astro Prima | Episod : "Qasaf" sebagai pelakon undangan | ||
2014 | ||||
Istikharah Cinta | Datin Amnah | TV3 | ||
Kifarah | Misleha | |||
2016 | Menongkah Kasih | Datin Rahmah | TV9 | |
Surah Buat Maisarah | Datin Zuraida | TV3 | Slot Zehra | |
Love You Mr. Arang | Mak Tom | Slot Iris | ||
Isteri Tuan Ihsan | Puan Sri Halimah | Astro Ria | ||
2017 | ||||
Oh My Pondok | Astro Oasis | Pelakon undangan | ||
Ku Kirim Cinta | Zainab | TV3 | Slot Akasia | |
Cinta Di Langit Cardiff | Nelle | TV2 | ||
Raisha | Shida | TV3 | ||
2018 | Tak Ada Cinta Sepertimu | Rohani | Astro Ria | |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | TV3 | Pelakon undangan |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ya Habibi | TV2 | ||
2015 | Cik Puan Sinderella | Puan Salina | Astro Maya | |
Projek Bakar Lemak | Maryam | TV1 | ||
Abang Haji | TV3 | |||
2016 | Angin Cinta | Astro First Eksklusif | ||
2017 | Huru Hara Raya | TV3 | ||
Serondeng Daging Abang Sado | TV1 | |||
Projek Kuih Raya Mak Leha | Mak Leha | TV9 | ||
2018 | Luyak | Zaleha | TV2 |
Program TV
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza | Tetamu Jemputan | Astro Oasis |
Iklan
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | Ridsect : Sempena Hari Ibu |
Anugerah dan pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik | Telefilem Becha Usang | Tercalon |
Rujukan
- ^ 32 Mac 2009. Dieksploitasi hiburan. Kosmo Online
- ^ (19 April 2015) oleh Amirah Amaly Syafaat. Zarina Zainuddin dikawal ketat - Hiburan. Utusan Online
- ^ 8 Ogos 2011. Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup - Berita Hiburan. mStar
- ^ 11 Jun 2017. Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Budiey
- ^ 12 September 2016, ditulis oleh Nor Eryani Yusup. Bekalan syurga Zarina Zainuddin. Kosmo
- ^ 5 Januari 2015. MYARTIS | MY | ARTIS: RAHSIA 21 TAHUN - ZARINA ZAINUDDIN AKHIRNYA DEDAH WAJAH SUAMI & MADU. MYARTIS.COM
- ^ 24 Ogos 2013. Zarina dipukul penjual sayur. Kosmo