Sangkar (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 46: Baris 46:
'''''Sangkar''''' merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 diarahkan oleh [[Kabir Bhatia]].<ref>Jessica Chua (17 Julai 2019). [http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/7202/fists-up-malaysia-s-first-mma-film-sangkar-is-coming-soon Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon] Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref> Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.
'''''Sangkar''''' merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 diarahkan oleh [[Kabir Bhatia]].<ref>Jessica Chua (17 Julai 2019). [http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/7202/fists-up-malaysia-s-first-mma-film-sangkar-is-coming-soon Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon] Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref> Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.


Ia dijangka ditayangkan pada 29 Ogos 2019. Filem ini merupakan filem MMA atau seni mempertahankan diri campuran pertama Malaysia, ia dibintangi oleh [[Remy Ishak]], [[Zul Ariffin]] dan [[Mira Filzah]] sebagai pelakon utama.<ref>Zaidi Che (3 Julai 2019). [https://stail.my/cerita/budaya/sinopsis-sangkar-zul-ariffin-remy-ishak/ Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar] STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref>
Filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2019. Filem ini juga merupakan filem MMA atau seni mempertahankan diri campuran pertama Malaysia, ia dibintangi oleh [[Remy Ishak]], [[Zul Ariffin]] dan [[Mira Filzah]] sebagai pelakon utama.<ref>Zaidi Che (3 Julai 2019). [https://stail.my/cerita/budaya/sinopsis-sangkar-zul-ariffin-remy-ishak/ Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar] STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref>


==Sinopsis==
==Sinopsis==

Semakan pada 11:30, 24 Ogos 2019

Sangkar
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Dihasilkan oleh
(Eksekutif)
Dibintangi
SinematografiLabu
Disunting olehKabir Bhatia
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
29 Ogos 2019
(Malaysia, Singapura, Brunei)
Masa tayangan
1 jam 35 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM2.8 juta

Sangkar merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 diarahkan oleh Kabir Bhatia.[1] Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.

Filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2019. Filem ini juga merupakan filem MMA atau seni mempertahankan diri campuran pertama Malaysia, ia dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah sebagai pelakon utama.[2]

Sinopsis

Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Pelakon

Penerbitan

Sangkar ialah sebuah filem bertemakan seni mempertahankan diri campuran. Ia merupakan filem terbitan bersama empat syarikat penerbitan—Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment. Remy Ishak dan Zul Ariffin dipilih menjayakan watak utama, sebagai Johan dan Adam. Menurut Penerbit Eksekutif Infinitus Productions, Gayatri Su-Lin Pillai, pemilihan Remy dan Zul dibuat berdasarkan kebolehan mereka membawakan genre aksi selain ramai yang ingin melihat dua pelakon ini bergabung dalam sebuah naskhah.[3]

"Saya menerima banyak permintaan daripada peminat yang ingin melihat dua pelakon ini beraksi dalam sebuah filem. Justeru, kami sepakat memilih Remy dan Zul untuk menerajui Sangkar. Kebolehan lakonan dua bintang ini tidak perlu dipersoalkan. Malah mereka juga memiliki nilai komersial untuk menarik penonton ke panggung. Lagipun, filem ini akan menyaksikan pertembungan mereka membawakan watak utama bersama buat julung kalinya".[3]

Pelakon dan pengacara TV, Mira Filzah diberikan peranan sebagai Liya, adik kepada Johan lakonan Remy. Sangkar ialah filem kedua Mira dan gandingan sulung beliau bersama Remy sebelum mereka membintangi drama Pujaan Hati Kanda. "Walau tidak terbabit dengan babak lasak, saya kena buat persediaan dari segi emosi kerana watak Liya ada cabaran tersendiri," kata Mira dalam temu ramah bersama Harian Metro.[4] Pelakon lain yang terlibat termasuk Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel dan Andy Teh. Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA sebenar seperti bekas petarung UFC James 'Sledgehammer' Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.[5]

Keluaran dan sambutan

Sangkar dijangka akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 29 Ogos 2019. Bagi mempromosikan filem ini, satu siri jelajah bermula dari utara tanah air, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 30 Ogos sehingga 1 September.[6]

Muzik

Lagu tema filem ini, "Fighter" dipersembahkan oleh Aman RA.[7] Terdapat juga tiga lagu baru yang dimuatkan dalam filem ini—Dinho, DeLaFlare, Mali & SXPH ("Sangkar"), NtahSape2Ntah ("Luar Biasa"), 000 & Kid Raww ("Jangan").

Rujukan

  1. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  2. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  3. ^ a b Najiy Jefri (1 Julai 2018). Sangkar satukan Remy, Zul Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  4. ^ Najiy Jefri (21 Julai 2019). Mira ikuti kelas lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  5. ^ Haider Yutim (16 Julai 2019). 'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi Astro Awani. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  6. ^ ‘Sangkar’ bersedia ditayangkan dengan promosi terbesar 2019 Utusan Borneo (20 Julai 2019). Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  7. ^ Asraf Aided (12 Julai 2019). Wow... 'Fighter' Nyanyian Aman RA Dipilih Sebagai OST Filem Sangkar! Astro Gempak. Dicapai pada 20 Ogos 2019.

Pautan luar