Wikipedia:Permohonan pendapat/Menyekat hak penciptaan rencana bagi pengguna awanama: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azuru79 (bincang | sumb.)
Baris 49: Baris 49:


* Setuju! Harap dengan tindakan ini, penyunting awanama akan berfikir lebih mendalam sekiranya ingin mencipta rencana. --<b style="white-space:nowrap;text-shadow:#F8F8FF 0em 0em 0.8em,#FF4500 -0.8em -0.8em 0.9em,#90EE90 0.7em 0.7em 0.8em;color:#696969"> [[User:Tofeiku|Tofeiku]]</b>[[User talk:Tofeiku|<span style="color:Orange"><sup>Bincang</sup></span>]] 15:13, 2 September 2019 (UTC)
* Setuju! Harap dengan tindakan ini, penyunting awanama akan berfikir lebih mendalam sekiranya ingin mencipta rencana. --<b style="white-space:nowrap;text-shadow:#F8F8FF 0em 0em 0.8em,#FF4500 -0.8em -0.8em 0.9em,#90EE90 0.7em 0.7em 0.8em;color:#696969"> [[User:Tofeiku|Tofeiku]]</b>[[User talk:Tofeiku|<span style="color:Orange"><sup>Bincang</sup></span>]] 15:13, 2 September 2019 (UTC)

* Setuju. Terlalu banyak suntingan karut dari pengguna awanama dan pada masa yang sama kapasiti penyelia pada masa ini sangat tidak cukup untuk memantau dan menangani masalah ini. Dengan kurangnya beban ini, penyelia boleh fokus kepada suntingan-suntingan yang lebih konstruktif. [[Pengguna:Zulfadli51|Zulfadli51]] ([[Perbincangan pengguna:Zulfadli51|bincang]]) 14:49, 7 September 2019 (UTC)


===Tidak setuju===
===Tidak setuju===

Semakan pada 14:49, 7 September 2019

Usul : Menyekat hak mencipta rencana bagi pengguna awanama (alamat IP)

Rasional

Menyekat penghasilan rencana karut-marut dan laman serangan individu (utama)

Ulasan pembawa usul

Wikipedia adalah sebuah laman Wikipedia yang bebas bagi mana-mana individu untuk mencipta dan menyunting mana-mana rencana. Oleh sebab itu wujud banyak isu yang mempersoalkan kredibilitii dan ketepatan dalam Wikipedia sebagaimana kes Seigenthaler. Sejak akhir-akhir ini, saya dapati terlalu banyak rencana karut-marut yang telah dicipta oleh pengguna awanama. Sejak 1 Januari 2019 hingga 14 Ogos 2019,  lebih 1,500 laman di Wikipedia Bahasa Melayu telah dihapuskan oleh penyelia. Manakala sejak 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, lebih  2,500 laman telah dihapuskan. Bagi mengelakkan isu kewujudan rencana serangan biografi dan karut-marut, saya mencadangkan, penyekatan hak mencipta rencana bagi pengguna yang tidak berdaftar. Sekiranya pengguna awanama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana tersebut diwujudkan seperti di Wikipedia Bahasa Inggeris.(gambar). - CyberTroopers bincang/sumbangan

Perbezaan hasil carian di mswiki dan enwiki.

Ringkasan kes Seigenthaler :

Sebuah rencana berkenaan John Seigenthaler telah ditulis oleh seorang penyunting awam yang tidak berdaftar. Rencana itu memuatkan bahawa Seigenthaler  telah disyaki terlibat dalam pembunuhan kedua-dua John dan Robert Kennedy. Oleh itu, pada 29 November, wartawan yang telah bersara, John Seigenthaler Sr. menulis sebuah editorial yang mengadu tentang kepalsuan dalam biografi Wikipedianya. Ini sebenarnya telah ditulis pada bulan Mei dan dikeluarkan pada bulan Oktober selepas dia menghubungi Jimmy Wales, namun artikel di USA Today bagaimanapun mendapat perhatian media yang cukup besar. Cerita itu kekal dalam berita selama beberapa minggu dan masih sering disebut sebagai ilustrasi kanonik tentang potensi maklumat salah di Wikipedia.
Dengan isu ketepatan Wikipedia dalam berita, suatu perspektif lain daripada artikel dikeluarkan Nature yang melaporkan bahawa terdapat kesalahan dalam Wikipedia berkenaan Encyclopædia Britannica untuk artikel saintifik. Editor Wikipedia memperbaiki kesilapannya dalam beberapa minggu kemudiannya, sementara Britannica bertindak balas dengan kritikan terperinci mengenai kajian itu, menolak perbandingan dan menentang banyak perkara yang telah dibuat Nature.


Mengapa perkara ini menjadi sebuah isu?

Berhubung isu ini, pada pendapat saya, tunjang utama kepada isu ini adalah disebabkan oleh ketidakbertanggungjawab pengguna Wikipedia yang melakukan vandal. Walau dengan kewujudan pelbagai jawatan di dalam Wikipedia seperti Pengelola, Birokrat, Penyelia dan sebagainya, vandalisme masih boleh berlaku maklumlah manusia sekarang makin bijak memanipulasi teknologi kini dengan penggunaan IP berbeza. Pengguna sekarang boleh mewujudkan laman serangan secara bebas dengan menggunakan alamat IP berbeza walaupun alamat IP yang digunakannya disekat oleh Penyelia. Walaupun belum ada laman serangan atau pernah ada namun telah dipadam serta-merta (terima kasih kepada Penyelia yang bertindak pantas), tidak mustahil akan wujud di masa akan datang dan perkara ini akan memudaratkan Wikipedia seperti yang boleh dilihat ialah kes penutupan akses Wikipedia di beberapa negara iaitu China, Turki dan sebagainya. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:30, 14 Ogos 2019 (UTC)[balas]

createpagemainns dan createpage

Menurut senarai hak kumpulan pengguna di Wikipedia Bahasa Inggeris, pengguna tidak berdaftar dan yang telah berdaftar tidak lagi dibenarkan mencipta rencana-rencana di ruang nama utama (createpagemainns) di Wikipedia Bahasa Inggeris. Pengguna berdaftar hanya dibenarkan mencipta rencana-rencana (createpage) tetapi terhad namun akses mencipta rencana bagi pengguna tidak berdaftar tidak lagi diberikan berikutan kes penciptaan laman-laman serangan, karut-marut dan sebagainya. Mesej Jimmy Wales berkenaan penutupan penciptaan rencana bagi pengguna awanama boleh diperoleh disini. Menurut beliau, sebab penutupan adalah :

  1. Pertama, artikel Seigenthaler dibuat oleh pengguna awanama.
  2. Kemudian, seorang patroller hanya membetulkan kesilapan ejaan tetapi tidak perasan akan dakwaan palsu dalam rencana rencana tersebut.
  3. Kerana entri itu tidak pernah disambung dengan baik dari artikel yang berkaitan.

Perbezaan WBM dan WBI

Di sini merupakan beberapa ringkasan perbezaan hak kumpulan pengguna yang tidak berdaftar di antara Wikipedia Bahasa Melayu dengan Wikipedia Bahasa Inggeris:

Diluluskan Ditolak
   
Hak Wikipedia Bahasa Melayu Wikipedia Bahasa Inggeris Catatan
Mencipta rencana (createpage)    
Memindahkan laman induk pengguna (move-rootuserpages)    
Menambah dan menggugurkan teg yang dikenakan sembarangan pada semakan dan entri log individu (changetags)     Hanya Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI
Mengenakan teg di samping suntingan seseorang (applychangetags)    
Menulis ganti fail sedia ada yang dimuat naik sendiri (reupload-own)    
Pindah laman kategori (move-categorypages)     Hanya Birokrat, Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI.
Sunting laman (edit)     Hanya pengguna yang disekat sahaja dibatalkan hak ini

Lihat juga rencana berkaitan

Pengundian

Setuju

  • Setuju 100%! Betul Wikipedia ni "boleh disunting oleh sesiapa sahaja". Tapi kita perlu cakna berkenaan kes-kes yang akan menyebabkan akses kepada Wikipedia akan disekat. Ramai penyunting disini telah bertungkus lumus menaikkan kredibiliti Wikipedia terutamanya Wikipedia Bahasa Melayu yang semakin menaik penyumbangnya saban bulan. Dan saya juga tidak mahu apa yang diusahakan oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia di belakang tabir dalam menarik pengguna baru dan minat Perpustakaan Negara Malaysia untuk bergabung menjadi sia-sia sahaja. Jadi, saya tidak mahu seperti kes diatas berlaku dan seterusnya sekatan terhadap Wikipedia Bahasa Melayu akan berlaku seperti Wikipedia bahasa-bahasa asing yang lain. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:18, 2 September 2019 (UTC)[balas]
  • Walaupun lebih senang untuk mengesan penciptaan rencana oleh awanama berbanding penciptaan karut oleh pengguna berdaftar apabila melakukan kemaskini, saya setuju dengan usul ini bagi memudahkan urusan pengemasan dan pengguna akan lebih serius dalam penyumbangan rencana berkualiti. -- Polar (bincang) 03:13, 2 September 2019 (UTC)[balas]
  • Setuju. Terlalu banyak suntingan karut dari pengguna awanama dan pada masa yang sama kapasiti penyelia pada masa ini sangat tidak cukup untuk memantau dan menangani masalah ini. Dengan kurangnya beban ini, penyelia boleh fokus kepada suntingan-suntingan yang lebih konstruktif. Zulfadli51 (bincang) 14:49, 7 September 2019 (UTC)[balas]

Tidak setuju

  • Saya lebih tidak bersetuju kerana kondisinya yang menentukan status awanama sebagai status berniat jahat dirasakan terlalu taksa atau kabur (vague), malah mahukan penciptaan awanama lebih dibenarkan secara bersyarat - jika kandungan yang tercipta disertakan dengan pautan kepada bahan rujukan sah dan berkecuali, maka ia boleh diterima. Kalau tidak, sumbangan akan ditolak dan dihapuskan secara total. Seandainya aspek itu ada disentuh dan diberi penyelesaiannya (dan silap saya terlepas baca), maka saya boleh beralih pendapat kepada menyokong usul ini.
Saya sedar ada pengguna awanama yang berniat baik mahu menyumbang maklumat sah mereka sendiri, namun mereka memutuskan memasukkan terus kerana pendaftaran dirasakan terlalu merumitkan - sekiranya kita ada pendekatan yang sangat meyakinkan di mana para pembaca di luar lingkungan penyunting Wikipedia tahu mereka perlu mendaftar sebelum menciptakan rencana, barulah saya yakin kita boleh mansuhkan pelonggaran ini.
Sekali lagi saya ingin tegaskan, bangkangan saya agak bersyarat berdasarkan maklumat semasa dan boleh berubah. --Anumengelamun (bincang) 07:26, 5 September 2019 (UTC)[balas]

Berkecuali

  • ada kebaikan ada keburukan. lebih baik sekatan itu terhad pada topik topik tertentu sahaja seperti orang kenamaan, politik dan sebagainya. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Yop86w (bs).