Parameswara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Izat (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Hafiz Izat (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Ricky250
Teg: Undur
Baris 35: Baris 35:
'''Parameswara''' ([[1344]] – [[1414]]), juga dikenali sebagai '''Iskandar Shah''' dalam [[Sulalatus Salatin]], merupakan raja terakhir Kerajaan [[Temasek]] ([[Singapura]]) dan pengasas [[Kesultanan Melayu Melaka]] yang berketurunan Palembang. Menurut Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun [[1389]] hingga tahun [[1398]], kemudian melarikan diri ke ke [[muara]] [[Sungai Bertam]] pada [[1402]] setelah diserang oleh tentera laut [[Majapahit]] pada tahun 1389.
'''Parameswara''' ([[1344]] – [[1414]]), juga dikenali sebagai '''Iskandar Shah''' dalam [[Sulalatus Salatin]], merupakan raja terakhir Kerajaan [[Temasek]] ([[Singapura]]) dan pengasas [[Kesultanan Melayu Melaka]] yang berketurunan Palembang. Menurut Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun [[1389]] hingga tahun [[1398]], kemudian melarikan diri ke ke [[muara]] [[Sungai Bertam]] pada [[1402]] setelah diserang oleh tentera laut [[Majapahit]] pada tahun 1389.


Dalam beberapa [[dekad]], bandar baharu yang diasaskan baginda di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan menjadi [[ibu kota]] Kesultanan Melayu Melaka. [[Suma Oriental|Riwayat Portugis]] yang ditulis ratusan tahun selepas kemangkatan baginda mencadangkan bahawa baginda berasal dari [[Palembang]] (sekarang di [[Indonesia]])dan takhta Kerajaan Temasek dirampas baginda sebelum dihalau dari Singapura, sama ada oleh orang [[Empayar Siam|Siam]] atau Kerajaan Majapahit sebelum mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
Dalam beberapa [[dekad]], bandar baharu yang diasaskan baginda di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan menjadi [[ibu kota]] Kesultanan Melayu Melaka. [[Suma Oriental|Riwayat Portugis]] yang ditulis ratusan tahun selepas kemangkatan baginda mencadangkan bahawa baginda berasal dari [[Palembang]] dan takhta Kerajaan Temasek dirampas baginda sebelum dihalau dari Singapura, sama ada oleh orang [[Empayar Siam|Siam]] atau Kerajaan Majapahit sebelum mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.


== Etimologi ==
== Etimologi ==

Semakan pada 22:34, 5 Oktober 2020

Parameswara
Raja Temasek ke 4
Fail:ParameswaraPortrait.jpg
Gambaran pelukis berkenaan rupa Parameswara
PemerintahanHindu
Nama penuhParameswara
GelaranPutera Empayar Sampugita
DimakamkanTanjung Tuan
PendahuluPaduka Seri Rana Wira Kerma, Raja Temasek.
PenggantiMegat Iskandar Shah
PasanganPuteri Ratna
Kerabat dirajaKerabat Diraja Empayar Sampugita
DinastiTemasek
AyahandaPaduka Seri Rana Wira Kerma

Parameswara (13441414), juga dikenali sebagai Iskandar Shah dalam Sulalatus Salatin, merupakan raja terakhir Kerajaan Temasek (Singapura) dan pengasas Kesultanan Melayu Melaka yang berketurunan Palembang. Menurut Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun 1389 hingga tahun 1398, kemudian melarikan diri ke ke muara Sungai Bertam pada 1402 setelah diserang oleh tentera laut Majapahit pada tahun 1389.

Dalam beberapa dekad, bandar baharu yang diasaskan baginda di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan menjadi ibu kota Kesultanan Melayu Melaka. Riwayat Portugis yang ditulis ratusan tahun selepas kemangkatan baginda mencadangkan bahawa baginda berasal dari Palembang dan takhta Kerajaan Temasek dirampas baginda sebelum dihalau dari Singapura, sama ada oleh orang Siam atau Kerajaan Majapahit sebelum mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.

Etimologi

Nama "Parameshwara" dalam bahasa Sanskrit, "Parameśvara", ertinya "Tuhan Yang Maha Esa". Dalam bahasa Hindi ialah ईश्वर (sebutan: īśvára). Perkataan ini merujuk kepada dewa tunggal dalam tauhid. Perkataan "Param" yang bermaksud "tertinggi" ditambah kepada "Ishvara" memperhebat gelaran Tuhan. Parameśvara juga merupakan salah satu nama Dewa Shiva.

Terdapat hanya satu rekod yang memberikan gambaran terperinci menceritakan kerajaan di Singapura dan Melaka iaitu Sejarah Melayu yang pada masa itu dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis pada kira-kira tahun 1306. Sejarah Melayu kemudiannya disusun semula oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612.

Satu lagi rekod penting ialah buku Suma Oriental yang ditulis pada sekitar tahun 1512 hingga 1515 oleh Tomé Pires (1465?–1524 atau 1540) sejurus selepas pihak Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511.

Asal-usul

Salasilah keturunan Parameswara ke atas.

[1] [2]

Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.[3]

Menetap di Hilir Melaka

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya.[4] Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba didirikan baginda runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya lalu meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana.[5] Kemudian, baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka) dan di situ telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan daripada puak kaum Seletar.[6] Di sinilah baginda menetap.[7][8]

Pengislaman

Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Daerah Perlak dan memeluk Islam pada tahun 1414.[9]

Lihat juga

Nota

Rujukan

  1. ^ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. The Branch. XVI: 32. Unknown parameter |part= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. The Branch. XVI: 32. Unknown parameter |part= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed)., Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. The Branch. XVI: 32. Unknown parameter |part= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  5. ^ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Buku Google. Dicapai pada 15 Ogos 2015, daripada https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  6. ^ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Buku Google. Dicapai pada 15 Ogos 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  7. ^ Alexanderll, James (2006). Malaysia Brunei & Singapore. New Holland Publishers. m/s. 8. ISBN 1860113095, 9781860113093 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ "South and Southeast Asia, 500 - 1500". The Encyclopedia of World History. 1. Houghton Mifflin Harcourt. 2001. m/s. 138.
  9. ^ Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, m.s. 29. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (2002). ISBN 983-52-0271-0