Sungai Ujong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Ujong ialah nama lama bagi Seremban.[1] Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong".[2]

Sungai Ujung merupakan daerah adat yang meliputi kawasan Labu, Pantai, Ampangan, Rantau, Mambau dan Kuala Sawah. Oleh kerana kawasan ini kaya dengan bijih timah, kawasan ini menjadi rebutan hangat antara pemimpin tempatan dan juga Inggeris. Kawasan yang dipanggil Luak Sungai Ujung ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu waris di darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk waris di air.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Sungai Ujung menjadi saksi kepada beberapa siri peristiwa penting diantaranya:

  1. Parameswara pernah singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya disitu, sebelum baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka) untuk mendirikan kerajaan di situ.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bendahara, A. (2015). Seremban to usher in new year with a bang - Columnist - New Straits Times. Www2.nst.com.my. Retrieved 15 August 2015, from http://www2.nst.com.my/opinion/columnist/seremban-to-usher-in-new-year-with-a-bang-1.451241
  2. ^ http://docslide.us/documents/malaysian-studies-1.html
  3. ^ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&