Parameswara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parameswara

Raja Temasek ke 4

ParameswaraPortrait.jpg
Gelaran Putera Empayar Sampugita
Dikebumikan Tanjung Tuan
Pendahulu Paduka Seri Rana Wira Kerma, Raja Temasek.
Pengganti Megat Iskandar Shah
Pasangan Puteri Ratna
Kerabat diraja Kerabat Diraja Empayar Sampugita
Dinasti Temasek
Ayahanda Paduka Seri Rana Wira Kerma

Parameswara I (1399-1401[1] ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Empayar Sampugita. [2] [nota 1][3] Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Salasilah keturunan Parameswara keatas.

[4] [5]

Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. [6]

Menetap di Hilir Melaka[sunting | sunting sumber]

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya.[7] Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana.[8] Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar. [9] Di sinilah baginda menetap. [10][11]

Pengislaman[sunting | sunting sumber]

Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Daerah Perlak dan memeluk Islam pada 1414. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam bukunya berjudul The Malay Sultanate of Malacca, Profesor Dato Muhammad Yusoff Hashim daripada Universiti Malaya berkata bahawa terdapat beberapa masalah jika salasilah sultan-sultan Melaka dirumuskan dengan menggunakan Sejarah Melayu sahaja sebagai sumber. Ini kerana kandungan salinan-salinan Sejarah berlainan satu sama lain. Muhammad Yusoff juga memetik kerja Profesor Wang Gungwu dari China yang menyemak salasilah dengan menggunakan sebanyak sumber yang mungkin, terutamanya sumber-sumber China sezaman, untuk membuat semakan. Kerja Wang juga disokong oleh perjumpaan sebuah naskhah Sejarah oleh Profesor Roolvink daripada Universiti Leiden dalam tahun 1970. Muhammad Yusoff mengkhususkan enam daripada 13 bab dalam bukunya untuk membincangkan masalah salasilah dan sumber-sumber sejarah awal Melaka, terutama sekali Sejarah Melayu. Beliau berpendapat Parameswara bukan raja Melaka pertama yang memeluk Islam akan tetapi raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah (anak Parameswara).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, m.s. 29. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (2002). ISBN 983-52-0271-0
  2. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.  Parameter |part= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. Hashim, Muhammad Yusoff (1992). The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-2840-3. 
  4. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.  Parameter |part= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.  Parameter |part= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed)., Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.  Parameter |part= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  7. Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  8. Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  9. Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&
  10. Alexanderll, James (2006). Malaysia Brunei & Singapore. New Holland Publishers. p. 8. ISBN 1860113095, 9781860113093 Periksa nilai |isbn=: invalid character (bantuan).  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. "South and Southeast Asia, 500 - 1500". The Encyclopedia of World History 1. Houghton Mifflin Harcourt. 2001. p. 138.