Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 133: Baris 133:
|8=8. Raja Dewa Kelantan Tengku Zainal Abidin
|8=8. Raja Dewa Kelantan Tengku Zainal Abidin
|9=9. YM Tengku Ngah
|9=9. YM Tengku Ngah
|10=10. Haji Wan Seman
|10=10. Nik Ali
|11=11. ??
|11=11. Wan Embong
|12=12. [[Sultan Ibrahim Petra]]
|12=12. [[Sultan Ibrahim Petra]]
|13=13. YM Che' Puan Besar Cik Embong
|13=13. YM Che' Puan Besar Cik Embong
Baris 143: Baris 143:
|18=18. YBM Tengku Panglima Raja Penambang Tengku Chik bin Raja Muda Tuan Bongsu
|18=18. YBM Tengku Panglima Raja Penambang Tengku Chik bin Raja Muda Tuan Bongsu
|19=19. Ku Mek binti Panglima Tosor
|19=19. Ku Mek binti Panglima Tosor
|20=
|20=20. To’ Semian Wan Abdul Rahman
|21=21. ??
|21=
|22=
|22=
|23=
|23=
Baris 150: Baris 150:
|25=25. Sultanah Zainab binti Nik Muhammad Amin
|25=25. Sultanah Zainab binti Nik Muhammad Amin
|26=26. Daud
|26=26. Daud
|27=27. ??
|27=
|28=28. YTM Tengku Petra Semerak Tengku Idris ibni Sultan Ahmad
|28=28. YTM Tengku Petra Semerak Tengku Idris ibni Sultan Ahmad
|29=29. YM Tengku Bongsu binti Engku Long Seni
|29=29. YM Tengku Bongsu binti Engku Long Seni
|30=30. [[Sultan Muhammad IV]] (= 24)
|30=30. [[Sultan Muhammad IV]] (= 24)
|31=31. ??
|31=
}}
}}



Semakan pada 07:04, 23 Oktober 2020

Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan
Tengku Temenggong Kelantan
Tempoh25 November 2013 – kini
Didahului olehTengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Tempoh6 September 2014 – kini
Didahului olehDato' Kapt. Khairi bin Mohamad
KeputeraanTengku Mohamad Rizam
(1961-07-18) 18 Julai 1961 (umur 62)
Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganYang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Anakanda
  • YM Tengku Nur Qistina Petri
  • YM Tengku Abdul Rahman Petra
  • YM Tengku Yahya Aziz Petra
Nama penuh
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaTengku Abdul Aziz bin Almarhum Tengku Mohd Hamzah
BondaTengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra
AgamaIslam Sunni

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (diputerakan pada (1961-07-18)18 Julai 1961 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan) ialah Tengku Temenggong Kelantan dan juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN). Yang Berhormat Mulia merupakan saudara sepupu kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kehidupan awal

Tengku Mohamad Rizam diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Julai 1961. Tengku Mohamad Rizam merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Mohamad Rizam juga merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.[1]

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 18 Julai 1991 dengan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra iaitu anakanda kepada Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tengku Mohamad Rizam dan Tunku Noor Hayati dikurniakan dengan 2 orang putera dan seorang puteri.

Pendidikan

Tengku Mohamad Rizam memulakan pendidikan pertama di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (I), Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Kemudian meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Pada usia 15 tahun, beliau kemudiannya berpindah ke St.John's Institution di Kuala Lumpur kerana mengikuti nenda beliau iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-6.[2]

Setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Education (MCE) di St.John Institution di Kuala Lumpur, Tengku Mohamad Rizam menduduki A Level selama 2 tahun di Cheltenham College, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke Ohio University, Athens, Ohio, USA dan mendapat Bachelor of Business Administration (Hons) Major in Marketing pada tahun 1984. Beliau juga menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kemudian mendapat Master of Business Administration (MBA) daripada United States International University, San Diego, California USA pada tahun 1985.

Kerjaya

Tengku Mohamad Rizam memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank. Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) menggantikan Dato' Kapt. Khairi bin Mohamad pada 6 September 2014.[3] [4]

Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan pada tahun 1999 disusuli dengan Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010 dan seterusnya diangkat sebagai Tengku Temenggong Kelantan menggantikan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra pada tanggal 25 November 2013.

Tengku Mohamad Rizam merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan juga Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tengku Mohamad Rizam
Jata negeri Kelantan
Jata negeri Kelantan
Gaya panggilan Yang Berhormat Mulia
Gaya pertuturan Yang Berhormat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran

  • 18 Julai 1961 – 30 Mac 1999: Yang Mulia Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 30 Mac 1999 – 2 Jun 2010: Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Jaya Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 2 Jun 2010 - 25 November 2013: Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz[5]
  • 25 November 2013 – 9 September 2017: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 9 September 2017 - kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz

Penganugerahan Kurniaan Darjah

Tengku Mohamad Rizam telah dianugerahkan:

Kurniaan Kelantan

  • Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK, 2017)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (SPMK, 2010) membawa gelaran Dato'
  • Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (SJMK, 1999) membawa gelaran Dato'

Kurniaan Persekutuan Malaysia

Isterinya, Tunku Noor Hayati telah dianugerahkan:

Kurniaan Kelantan

  • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (DJMK, 2012) membawa gelaran Dato'

Keturunan

Rujukan

  1. ^ Butiran Tengku Mohamad Rizam
  2. ^ Profil Yang Berhormat Mulia Tengku Yang DiPertua Maik
  3. ^ http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/buletin-bil-3-2014/book/4/1?page=16/
  4. ^ http://spn.kelantan.gov.my/index.php/ms/pusat-media-2/galeri-video/
  5. ^ "Tengku Mohamad Rizam bergelar Tengku Panglima Raja". Utusan Online. 3 Jun 2010. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  6. ^ Terima gelaran Tan Sri
  7. ^ Salasilah Kelantan 7
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Kerabat diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: 18 Julai 1961
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Temenggong Kelantan
2013
Pemegang jawatan kini