Tengku Muhammad Fakhry Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
Tengku Mahkota Kelantan
Tempoh4 Januari 2024 – kini
Didahului olehTengku Muhammad Fa-iz Petra
Tengku Bendahara Kelantan
TempohApril 2022 – 4 Januari 2024
Pemasyhuran12 November 2022
Didahului olehTengku Muhammad Fa-iz Petra
Diikuti olehKosong
Tengku Temenggong Kelantan
Tempoh30 Mac 1997 - 30 September 2010[1]
Didahului olehTengku Zainal Mulok
Diikuti olehTengku Mohamad Rizam
KeputeraanTengku Muhammad Fakhry Petra bin Tengku Ismail Petra
(1978-04-07) 7 April 1978 (umur 45)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganManohara Odelia Pinot (k. 2008; c. 2009)
Nama penuh
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
AyahandaSultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan lsmail Petra (Jawi: تڠكو محمد فخري ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيترا; diputerakan pada 7 April 1978 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) merupakan Tengku Mahkota Kelantan.

Baginda adalah putera ketiga kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

YTM Tengku diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 April 1978. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan dan mendapatkan pendidikan menengah di United World College, Singapura. Baginda kemudian menyambung pelajaran di Hurtwood House, England di peringkat A Level. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran di University of Westminster, London dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan. Baginda gemar mengisi masa lapang dengan berbagai aktiviti riadah seperti berbasikal, berenang dan bermain badminton.[2][3]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Adik-beradiknya terdiri daripada:

Isu dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tengku Muhammad Fakhry Petra telah berkahwin dengan seorang model dari Indonesia iaitu Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008. Manohara bagaimanapun telah melarikan diri pada 31 Mei 2009 sewaktu mereka berada di Singapura dan mendakwa telah didera.

Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memerintahkan Manohara Odelia Pinot kembali taat kepada suami. Manohara juga hendaklah membayar semula hutang berjumlah RM 1,112,250 kepada suaminya iaitu Tengku Temenggong Kelantan pada ketika itu. Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd Yusof Awang dan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Jan 2010. Mahkamah memerintah Manohara untuk kembali taat dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut. Manohara juga diperintahkan untuk membayar hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan (3 Januari 2010).

Tindakan Manohara melarikan diri ke Indonesia dan kenyataannya berbaur fitnah di media massa Jakarta. Sedangkan beliau dilayan baik oleh suaminya di Istana Mahkota, Kelantan. Peluang untuk membela diri tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Keistimewaan yang dinikmatinya tidak dapat dinikmati baik wanita Malaysia mahupun wanita Indonesia lain.

Manohara tidak hadir dalam perbicaraan itu walaupun telah diberitahu dan diberi peluang beberapa kali. Peguam Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November 2009. Andainya Manohara enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari, menurut perundangan Islam, beliau merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya. Wujud dokumen dan transaksi pemindahan wang RM1,112,250 dan bukan pemberian daripada suami kepada isteri.[4]

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada 30 September 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.

Pada 18 Disember 2010 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh ayahandanya.[5] Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya Sultan Kelantan berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. Ayahandanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.

Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika berlaku sebarang perkara di luar jangka. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan[6] semasa sultan sedang gering tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh keputusan pada 31 Disember 2010. Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi bertindak sebagai mewakili responden.[7]

Pada 27 Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan dalam senarai pewaris takhta Kelantan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.

Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry Petra dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.[8]

Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara kerana polis mengurungnya di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Ismail Omar. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan Sultan Ismail Petra untuk membawa Sultan Ismail ke Singapura.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar Malay Mail dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal manakala Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.[9]

Pada 17 Oktober 2014, di Mahkamah Tinggi, membatalkan saman dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.[10]

Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia. Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy, Gobind Singh Deo, Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[11]

Terasul, gelaran dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 7 April 1978 - 30 Mac 1979 : Yang Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra bin Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 30 Mac 1997 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 30 Mac 1997 - 30 September 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan
  • 30 September 2010 - 28 September 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 28 September 2019 - April 2022 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
  • April 2022 - 4 Januari 2024 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan[12]
  • 4 Januari 2024 - kini : Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan

Gelaran penuh baginda ialah: Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., Tengku Mahkota Kelantan

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Nota: * Kedua-dua darjah kebesaran tersebut telah dibatalkan pada tahun 2010. DK telah dikembalikan semula pada tahun 2019, tetapi status darjah SPMK tidak diketahui.

Eponim[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (1 Oktober 2010) Tengku Muhammad Fakhry Petra kecewa dengan tindakan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Tengku Temenggong dan semua anugerah yang dikurniakan kepadanya. mStar.
  2. ^ The Royal Ark, Butiran Tengku Muhammad Fakhry Petra
  3. ^ https://fbiinside.wordpress.com/about/
  4. ^ Manohara Diperintah Kembali Taat Dan Bayar Hutang Lebih RM1 Juta
  5. ^ Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan
  6. ^ "UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.
  7. ^ Dari Krisis Rumah Tangga ke Krisis Perebutan Takhta
  8. ^ Gugur pewaris takhta Mahkamah tolak Tengku Fakhry
  9. ^ Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta
  10. ^ Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
  11. ^ Habeas corpus difail mohon bawa Sultan Kelantan keluar HUSM
  12. ^ Rosalwani Che Soh (12 November 2022) Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan. Utusan Malaysia.
  13. ^ Royal Ark
  14. ^ (30 September 2010) Sultan Muhammad ke-V menarik balik gelaran "Tengku Temenggong Kelantan" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) yang dikurniakan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra. mStar.