Ismail Izzani: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 94: Baris 94:
| ''[[Kebaya Kasut Kanvas]]''
| ''[[Kebaya Kasut Kanvas]]''
| Mika
| Mika
| rowspan=2|[[TV3]]
| rowspan=3|[[TV3]]
| [[Slot Drama Pukul 6]]
| [[Slot Drama Pukul 6]]
|-
|-
Baris 100: Baris 100:
| Zamri
| Zamri
| [[Slot Lestary]]
| [[Slot Lestary]]
|-
| style="text-align:center;"|'''2021'''
| ''Keluarga Epik''
| Shamsul
|
|}
|}



Semakan pada 15:37, 27 Januari 2021

Ismail Izzani
Nama lahirIsmail Izzani bin Zainal Nazeri
Juga dikenali sebagai
  • Mael Janni
  • Oppa Jani
Kelahiran (2000-04-13) 13 April 2000 (umur 24)
Berasal dariAmpang, Selangor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
World Peace Entertainment
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Alif Abdullah, Andi Bernadee, Naim Daniel

Ismail Izzani Zainal Nazeri (lahir 13 April 2000) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau merupakan juara dalam pertandingan di YouTube. Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran 1980-an, Datin Suliza Salam.[2][3]

Kerjaya

Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul "Sabar" hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin meniti di bibir pendengar. Sehingga Ogos 2017, video muzik lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari lalu.[4]

Sebelum Ismail menceburkan dirinya dalam bidang nyanyian, dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, dia mula mengikuti pembelajaran secara 'home schooling' (belajar dari rumah) untuk memastikan jadual kerjaya dan pelajarannya berjalan seriring dan tidak bertembung.

Beliau sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017. Kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, kerana dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah. Bagaimanapun, perkara ini memerlukan dia membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, sungguhpun ia tidak sesekali menghalangnya untuk meneruskan minat ini.[5]

Namun, Ismail tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran seperti yang diberitahu oleh ibunya, Suliza Salam kepada pihak Utusan Online.[6]

Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin dan Rezki Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.[7]

Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke Youtube pada 15 Mac 2018.

Ismail juga turut berkecimpung dalam bidang lakonan, memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Batang Buruk Lesung Batu, seterusnya membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas dan Lelaki Lingkungan Cinta.[8]

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Catatan
2017 "Sabar"
"Demi Kita"
2018 "Luar Biasa"
(bersama Alif)
"Save Me"
"Bidadari"
2019 "Berserah"
(bersama Zizan Razak)
"Cinta"
"Hello" (bersama Andi Bernadee)
2020 "Nyawa"
"Ada Cara"

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Kebaya Kasut Kanvas Mika TV3 Slot Drama Pukul 6
Lelaki Lingkungan Cinta Zamri Slot Lestary
2021 Keluarga Epik Shamsul

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Batang Buruk Lesung Batu Astro Ria Pelakon Utama
2019 Lelaki Kelas Sebelah Anas TV3
Cerita Raya Luar Biasa Ismail Astro Ria
2020 Gangguan Psiko Stalker Astro Citra

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Angelin Yeoh (7 Mei 2018). "3 videos, 30 million views: Meet 'Luar Biasa' teen singer Ismail Izzani" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  2. ^ "Ismail Izzani anak baik - Suliza". Utusan Malaysia. 30 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  3. ^ "Ismail Izzani menghadam populariti". Kosmo!. 3 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018. Bergelar anak kepada penyanyi lama, Suliza Salam bukan satu sandaran buat Ismail Izzani memasuki dunia glamor.
  4. ^ Qarami Hashim (21 April 2017). ""Saya Tak Tiru Bieber" - Ismail Izzani". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  5. ^ Mohd Al Qayum Azizi (17 Mei 2017). "Ismail Izzani Janji Tidak Abai Pelajaran Selepas Tinggalkan Sekolah". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  6. ^ Nurfarahana Mohamad (15 Mac 2018). "Ismail Izzani tak ambil SPM". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai pada 21 Mac 2018.
  7. ^ Mya Amri (1 Jun 2017). "Mahu Perbaiki Mutu Nyanyian, Ismail Izzani Berhasrat Ambil Kelas Vokal". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Oktober 2020). "Permulaan baharu Ismail Izzani". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.

Pautan luar