Kem tahanan Teluk Guantanamo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tahanan ketika sampai di Camp X-Ray, Januari 2002
Camp X-Ray, 2002
Camp Delta di Teluk Guantanamo, 2005

Kem tahanan Teluk Guantanamo (bahasa Inggeris: Guantanamo Bay detention camp, diringkaskan G-bay atau GTMO[1]) ialah penjara tentera yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat sejak tahun 2002 di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di pantai Teluk Guantanamo, Cuba.[2] Tahanan yang ditangkap dalam Perang Terhadap Keganasan, kebanyakannya dari Afghanistan dan ada juga kemudian dari Iraq, Tanduk Afrika dan Asia Tenggara dihantar ke kem ini.

Semasa penubuhannya, Jabatan Keadilan A.S. menasihatkan pentadbiran George W. Bush bahawa kem tahanan ini boleh dianggap terletak di luar bidang kuasa undang-undang A.S. Mereka mengatakan tahanan tiada sebarang hak terhadap perlindungan mengikut Konvensyen Geneva. Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak 2004 telah menyatakan sebaliknya dan mahkamah A.S. mempunyai bidang kuasa: ia memutuskan dalam Hamdan lwn. Rumsfeld pada 29 Jun 2006, bahawa tahanan berhak mendapat perlindungan minimum mengikut Common Article 3 Konvensyen Geneva.[3]

Pada April 2011, Wikileaks mula menerbitkan 779 fail rahsia mengenai banduan di kem tahanan Teluk Guantanamo.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Guantanamo Bay prisoners plant seeds of hope in secret garden Diarkibkan 2015-09-25 di Wayback Machine, The Independent, 29 April 2006 – cermin Diarkibkan 2008-12-12 di Wayback Machine
  2. ^ Afghan Prisoners Going to Gray Area: Military Unsure What Follows Transfer to U.S. Base in Cuba, Washington Post, 9 Januari 2002
  3. ^ "Hamdan v. Rumsfeld" (PDF). 29 Jun 2006. Dicapai pada 10 Mei 2007.
  4. ^ Leigh, David; Ball, James; Burke, Jason (25 April 2011). "Guantánamo files lift lid on world's most controversial prison". The Guardian. UK. Dicapai pada 25 April 2011.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Guantanamo Bay