Kuda kepang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kuda kepang
Kuda lumping
Kuda Lumping 1.jpg
Kuda Kepang di Yogyakarta, Indonesia
Nama asliJaran Kepang
Alat muzikGamelan
Asal usulIndonesia Jawa, Indonesia

Kuda kepang atau kuda lumping (bahasa Jawa: ꦗꦫꦤ꧀​ꦏꦺꦥꦁ, translit. Jaran Kepang) ialah seni tarian berkuda yang berasal dari pulau Jawa di Indonesia, ia biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian Kuda kepang merupakan seni bersejarah yang terus dikembangkan dan dilestarikan oleh masyarakat pulau Jawa.

Tarian ini dikatakan datang dari pelakonan semula peperangan pahlawan Jawa pimpinan Diponegoro melawan pihak penjajah Belanda yang menindas rakyat di pulau itu, namun ada yang berpendapat ia datang dari penceritaan askar-aksar kerajaan Mataram melawan pihak Barat tersebut.[1] Seni ini terus dikembangkan dan dilestarikan oleh orang Jawa tidak sahaja di kepulauan tersebut malah tersebar dibawa oleh para penghijrah ke Semenanjung Tanah Melayu lalu kini diamalkan di Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian ini juga menjadi kebanggaan masyarakat Jawa di ketiga-tiga negara ini dibuktikan pewakilan tarian ia di negara-negara tersebut di pertandingan-pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia.

Persiapan[sunting | sunting sumber]

Bilangan penari[sunting | sunting sumber]

Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:

  • 9 orang penari
  • 5 orang pemain muzik
  • 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
  • 9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang penari yang biasanya berpakaian seragam; salah seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "danyang".

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada:

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Pantang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis tarian yang diadakan dari kawasan ke kawasan dalam pulau Jawa itu sendiri.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mardiyati, Ade (16 Mac 2010). "Kuda Lumping: A Spirited, Glass-Eating Javanese Game of Horse". The Jakarta Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2011. Dicapai pada 31 July 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]