Gunung Bromo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Bromo
Mount Bromo at sunrise, showing its volcanoes and Mount Semeru (background).jpg
Kompleks pergunungan di Kaldera Tengger saat matahari terbit. Gunung Bromo ialah gunung kedua dari kiri, kawah lebar, berasap
Titik tertinggi
Ketinggian2,329 m (7,641 ka) [1]
SenaraiRibu
Geografi
Gunung Bromo yang terletak di Jawa
Gunung Bromo
Gunung Bromo
Gunung Bromo yang terletak di Indonesia
Gunung Bromo
Gunung Bromo
Gunung Bromo (Indonesia)
Geologi
Jenis gunungStratovolkano (aktif)
Letusan terakhir2015-sekarang

Gunung Bromo (perkataan bahasa Jawa bagi Brahma, salah satu dewa Utama Hinduisme) merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur. Gunung Bromo menjadi tumpuan pelacong dalam dan luar negara kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.

Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan kawasan baya seperti lingkaran dengan jejari 4 km dari pusat kawah Bromo.

Sejarah letusan[sunting | sunting sumber]

Gambar Gunung Bromo dari NASA.

Sejak abad ke-20, gunung yang terkenal sebagai tempat pelancongan itu meletus sebanyak tiga kali, dengan selang waktu yang teratur, iaitu 30 tahun. Letusan terbesar terjadi pada tahun 1974, sedangkan letusan terakhir terjadi pada tahun 2001.

Sejarah letusan Bromo: 2004, 2000, 1995, 1984, 1983, 1980, 1972, 1956, 1955, 1950, 1948, 1040, 1939, 1935, 1930, 1929, 1928, 1922, 1921, 1915, 1916, 1910, 1909, 1907, 1908, 1907, 1906, 1907, 1896, 1893, 1890, 1888, 1886, 1887, 1886, 1885, 1886, 1885, 1877, 1867, 1868, 1866, 1865, 1865, 1860, 1859, 1858, 1858, 1857, 1856, 1844, 1843, 1843, 1835, 1830, 1830, 1829, 1825, 1822, 1823, 1820, 1815, 1804, 1775, dan 1767.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Kelihatan Gunung Bromo (latar depan, berasap) dan Gunung Semeru (belakang, berasap).

Perjalanan untuk menuju ke kawasan pelancongan tersebut sangat sukar kerana jalan yang ditempuh tidk boleh dilalui oleh kenderaan biasa, kecuali dengan menyewa jip yang disediakan oleh pengelola pelancongan, jadi para pelancong kebanyakannya berjalan kaki untuk menuju ke pusat lokasi.

Lautan pasir adalah andalan pelancongan dari Gunung Bromo, di kawasan pergunungan yang sejuk, kita dapat melihat padang pasir dan rerumput yang hidup subur melata.Pemandangan ketika matahari terbit boleh dilihat dengan jelas sekali dan sangat indah. Walaupun perjalanan ke Bromo sangat berdebu, tapi tidak terasa jauhnya, kerana keindahan pemandangannya yang sangat luar biasa.

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Bagi penduduk Bromo, suku Tengger, Gunung Brahma (Bromo) dipercayai sebagai gunung suci. Setahun sekali masyarakat Tengger mengadakan upacara Yadnya Kasada atau Kasodo. Upacara ini dijalankan di sebuah pura yang berada di bawah kaki Gunung Bromo utara dan dilanjutkan ke puncak gunung Bromo. Upacara diadakan pada tengah malam hingga dini hari setiap bulan purnama sekitar tanggal 14 atau 15 di bulan Kasodo (kesepuluh) menurut penanggalan Jawa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]