Pergi ke kandungan

Kumpulan Karangkraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd)
Logo Karangkraf
Logo Karangkraf

Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai e-Karangkraf.Com Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Media Berhad), nombor syarikat 200001027856 (530463-V), ialah sebuah syarikat penerbitan, percetakan, dan pengedaran majalah, buku, dan bahan bercetak di Asia Tenggara. Pada hari ini, kumpulan syarikat ini ialah penerbit majalah bahasa Melayu yang terbesar di Malaysia, dengan 30 judul diterbitkannya.[1] Kedudukannya sebagai penerbit utama diperkukuh lagi pada 2006 dengan pelancaran Sinar Harian, akhbar bahasa Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar pelbagai edisi yang mengkhususkan wilayah di Semenanjung Malaysia.

Pasaran dalan bahan bacaan bahasa Melayu yang menggalakkan mendorong kepada peningkatan judul yang diperkenalkan oleh Karangkraf Sdn. Bhd. yang ketika itu terletak di Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Penchala, Petaling Jaya, Selangor. Pada penghujung 2002 Karangkraf telah berpindah ke kompleks barunya di Shah Alam, Selangor yang dikenali sebagai kompleks Karangkraf. Bangunan berwarna ungu ini terletak di atas tapak seluas 12.5 ekar yang menempatkan kesemua operasi Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di bawah satu bumbung.

Sehingga 2008, Karangkraf telah menerbitkan sejumlah 29 judul terbitan cetak. Pada 2010, Karangkraf mempunyai lebih 1,400 orang kakitangan di seluruh Malaysia.

Penubuhan Karangkraf bermula daripada penerbitan buku ‘Kajian Sejarah Melayu’ pada tahun 1977 oleh Hussamuddin Haji Yaacub, seorang pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia menjadi langkah awal untuk Hussamuddin menubuhkan sebuah syarikat penerbitan bersama-sama saudara-saudaranya, Haji Fickri Haji Yaacob dan Muhd Nasir Haji Hamzah pada 1978. Sebuah rumah sewa di SS2, Petaling Jaya dijadikan pejabat operasi sekaligus kediaman mereka.

Antara penerbitan awal Kumpulan Karangkraf ialah majalah Mingguan Kanak-Kanak yang pernah mencapai edaran 159,000 naskhah seminggu. Penerbitan ini diikuti dengan penerbitan Majalah Gelihati, Majalah Remaja dan Bacaria di samping turut menjadi pengedar kepada 14 penerbitan lain, antaranya Majalah Sarina, Majalah Kisah Cinta, Watan, Alam Wanita dan Majalah Koleksi. Pada 1981 lagi, syarikat ini telah muncul sebagai pengedar akhbar dan majalah bumiputera terbesar di Malaysia.

Pada Januari 1983, Kumpulan Karangkraf diperkasakan dengan penubuhan Kumpulan Media Karangkraf yang diterajui sendiri oleh Haji Hussamuddin, manakala abangnya, Mohd. Fahim menjadi Pengerusi. Pada 28 November 1984, Kumpulan Akhbar Watan yang ditubuhkan empat bulan sebelum itu telah menggabungkan tokoh politik terkemuka Tan Sri Mohd. Khir Johari sebagai Pengerusi dan Haji Hussamuddin sebagai Pengarah Urusan yang menerajui kemunculan semula akhbar Watan yang diambil alih daripada penerbit sebelumnya, Pustaka Antara.

Dari sebuah rumah sewa, Kumpulan Media Karangkraf memperkukuh operasi dengan memiliki bangunan 3 blok, 3 tingkat di No. 50 & 52, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, sebagai premis perniagaan. Begitu juga dengan jumlah kakitangan yang bertambah secara mendadak selaras dengan keperluan majalah-majalah yang diterbitkannya.

Namun begitu, sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berdaya maju, suatu ‘lompong’ yang perlu dilengkapi ialah urusan pencetakan. Syarikat berasa sudah tiba masanya memiliki syarikat pencetakan sendiri, sekaligus tidak bergantung harap dengan syarikat pencetakan lain untuk mengeluarkan majalah-majalah terbitannya.

Maka, tertubuhlah Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB). Kesungguhan dan keyakinan membolehkan UPSB bergerak pantas walaupun terpaksa menempuhi pelbagai ranjau dan cabaran. UPSB mampu mencetak sehingga 2 juta naskhah setiap bulan dilengkapi dengan pelbagai jenis mesin yang canggih di samping para pekerja mahir. Oleh sebab itu, UPSB telah dianugerahkan sijil antarabangsa ISO 9001:2000 pada Oktober 2004.

UPSB dan Kumpulan Media Karangkraf bergerak seiring. Pada Oktober 2003, dengan jumlah 27 judul, Kumpulan Media Karangkraf telah diiktiraf sebagai penerbit majalah bahasa Melayu terbanyak oleh Malaysian Book of Records. Anugerah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Kumpulan Media Karangkraf terus merancakkan nadi industri penerbitan tanah air. Penubuhan Alaf 21 pada April 1997 dan Buku Prima pada 2006 memberi ruang kepada penulis dan masyarakat pembaca untuk berkongsi ilmu.

Terkini,[bila?] akhbar Sinar Harian yang diterbitkan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu, Kelantan menjadi satu lagi bukti kejayaan Kumpulan Media Karangkraf. Selepas mendapat sambutan di luar dugaan[penjelasan lanjut diperlukan] di Kelantan dan Terengganu, Sinar Harian kini diterbitkan untuk edisi Pahang, edisi Selangor & KL, edisi Melaka & Negeri Sembilan, edisi Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang) dan edisi-edisi ini akan diikuti edisi Perak dan juga edisi Johor.

Pada 13 Mac 2018, Karangkraf telah menjadi syarikat media pertama menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Malaysia.[2]

Anak syarikat

[sunting | sunting sumber]
  • Awesome Broadcasting Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai SNR Multi Tech Sendirian Berhad, berjenama sebagai Awesome TV), nombor syarikat 200301014463 (616883-X)*
  • Sarawak Media Group Sdn. Bhd., (berjenama sebagai TVS), nombor syarikat 201801013814 (1275830-A)*
  • Enjoy TV Broadcasting Sdn. Bhd., (berjenama sebagai Enjoy TV5), nombor syarikat 201601019861 (1190798-X)*

*Karangkraf akan mengambil 3 syarikat

  • Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Akhbar Cabaran Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Media Group Sdn. Bhd., berjenama sebagai Sinar Harian), nombor syarikat 200401012066 (650569-D)

*Karangkraf akan mengambil syarikat utama

  • Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Ultimate Innovations Sendirian Berhad, dan kemudiannya Alaf 21 Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Publishing Sdn. Bhd.), berjenama sebagai Alaf 21, nombor syarikat 199301021681 (276419-M)
  • Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Prima Acara Sendirian Berhad, dan kemudiannya Buku Prima Sendirian Berhad), berjenama sebagai Buku Prima, nombor syarikat 200501033095 (715235-X)
  • Karya Bestari Sdn. Bhd., (berjenama sebagai Karya Bestari), nombor pendaftaran 197801005314 (42330-P)
  • Karangkraf Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai United News Sendirian Berhad, dan kemudiannya Kumpulan Karangkraf Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Publications Sdn. Bhd.), nombor syarikat 198001000396 (54179-V)
  • Grup Digital Karangkraf Sendirian Berhad, (dahulunya dikenali sebagai Ultimate Concepts Sendirian Berhad, kemudiannya Merdu Kenali Sendirian Berhad, dan akhirnya Kuali Nona Sendirian Berhad, Boox Digital Sdn. Bhd.), nombor syarikat 198601004847 (154007-V)
  • Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., nombor syarikat 201701033404 (1247575-P)
  • Ultimate Print Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Syarikat Prinam Sendirian Berhad, dan kemudiannya Karangkraf Cetak Sendirian Berhad), nombor syarikat 198001008424 (62208-H)
  • Ultimate Print Digital Centres Sdn. Bhd., nombor syarikat 201701034176 (1248347-U)
  • Karangkraf Niaga Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Dasar Harta Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Marketing Sdn. Bhd.), nombor syarikat 200201015189 (582852-K)
  • DNF Group Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai DNF Pictures Sendirian Berhad, berjenama sebagai SUKE TV), nombor syarikat 200801028476 (829803-X)*
  • Karangkraf Mall Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Oasis Books Sendirian Berhad, dan kemudiannya Karangkraf Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Mall Sdn. Bhd.), nombor syarikat 197701004121 (34682-M)
  • Karangkraf Network Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Media Network Sendirian Berhad, kemudiannya Karangkraf-PM Edar Sendirian Berhad, dan akhirnya Karangkraf Edar Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox Retail Sdn. Bhd.), nombor syarikat 197801006196 (43226-W)
  • Karangkraf Book2u Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Bistari Communications Sendirian Berhad, dan kemudiannya Karangkraf Credit & Leasing Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox2u Sdn. Bhd.), nombor syarikat 198501000325 (132768-A)
  • Karangkraf Book2u Stores Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Ultimate Pages Sendirian Berhad, dan kemudiannya Kedai Buku Sinar Bestari Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Boox2u Stores Sdn. Bhd.), nombor syarikat 199301021707 (276445-U)
  • Karangkraf Timur Sendirian Berhad, (berdaftar sebagai Boox Solutions Sdn. Bhd.), nombor syarikat 200401025285 (663792-A)
  • Karangkraf Medicare Sdn. Bhd., (dahulunya dikenali sebagai Ultimate Medicare Sdn. Bhd., berdaftar sebagai Boox Medicare Sdn. Bhd.), nombor syarikat 201701031232 (1245402-U)

*Karangkraf akan mengambil syarikat utama

  1. ^ Karangkraf: Gambaran keseluruhan korporat
  2. ^ W Saidatul Najemudin; Nur Fadhilah Ismadi (13 Mac 2018). "Karangkraf syarikat media pertama tandatangani IBR". Sinar Online. Foto oleh Nurulniza Suhaimi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-13. Dicapai pada 14 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]