Mohd Zaidy Abdul Kadir
Mohd Zaidy Abdul Kadir | |
|---|---|
| محمّد زيدي عبد القادر | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Jeram Padang | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Manickam Letchuman (BN–MIC) |
| Majoriti | 693 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Zaidy bin Abdul Kadir |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Kadir merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Jeram Padang sejak Ogos 2023 dan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Batu Kikir. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Beliau juga merupakan ADUN Jeram Padang pertama dalam sejarah yang bukan daripada kalangan kaum India dan yang mewakili UMNO.[1][2]
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Pusat Juasseh (1989-1991), SK Batu Kikir (1992-1994) dan SMK Batu Kikir (1995-1999) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi di Kolej MARA Seremban (2000-2002). Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2006) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sarjana Pengurusan Projek (2024) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kini sedang mengikuti pengajian Falsafah Kedoktoran (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam kerjaya profesional, beliau pernah berkhidmat sebagai Jurutera Awam di United Engineers Malaysia (UEM) Builders (2007-2009) sebelum meneruskan peranan sebagai Pengarah syarikat Armada Prima Engineering (M) Sdn Bhd, Goldhill Radiant Sdn Bhd dan Titanium Evergreen Sdn Bhd dari tahun 2009 hingga 2023. Atas sumbangan dan khidmat bakti, beliau telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2014 yang membawa gelaran Dato’.
Dalam arena politik, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2018-2023). Beliau kemudiannya dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi N.07 DUN Jeram Padang dan berjaya memenangi pilihan raya tersebut. Selain berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan MARA Liner Sdn. Bhd.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N07 Jeram Padang | Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO) | 5,462 | 53.39% | Surash Sreenivasan (BERSATU) | 4,769 | 46.61% | 10,358 | 693 | 63.42% | ||
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) – Dato' (2014)[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Exco dan DUN". www.ns.gov.my.
- ↑ "Calon PRU Mohd Zaidy Abdul Kadir". pru.sinarharian.com.my.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi, termasuk undian untuk pihak ketiga. Keputusan sebelum pilihan raya 1986 tidak tersedia.
- ↑ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". www.istiadat.gov.my.
