Manickam Letchuman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Manickam Letchuman

DPNS (Negeri Sembilan)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioSumber Manusia, Peladangan dan Kampung Baru
Menteri BesarMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaJeram Padang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Jeram Padang
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului oleh Mogan Velayatham
Digantikan oleh Mohd Zaidy Abdul Kadir
Majoriti
  • 2,691 (2013)
  • 1,062 (2018)
Butiran peribadi
Lahir (1959-11-30) 30 November 1959 (umur 64)
Parti politik Kongres India Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Vimala Vyapury Muniandy
PekerjaanAhli politik

Dato' Manickam a/l Letchuman ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Jeram Padang sejak 2013 mewakili Barisan Nasional. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua MIC Bahagian Jempol dan menjadi Pengerusi MIC Negeri pada 2015-2018 Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Bertindak Perladangan, Sumber Manusia Dan Kampung Baru Negeri Sembilan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 30 November 1959. Beliau mendapat pendidikan awal di SJK Tamil Ladang Blue Valley, Cameron Highlands (1966-1971) dan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (1972-1973). Kemudian beliau mendapat pendidikan tertinggi lulusan Sarjana Pendidikan (M.A) Sains Sosial (2004-2005) di Universiti Malaya (UM) selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Bahasa Melayu (1986-1987) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera bahasa Melayu dan bahasa Tamil (1982-1985) di universiti sama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan bermula April 1987 hingga Mei 2013. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Bahau kemudian menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SMK Pasoh 2 (Felda) Simpang Pertang Jelebu (Januari 2003-Nov 2005) dan SMK Datuk Mansor Bahau (Ogos 2006–Mei 2013).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Manickam mendirikan rumah tangga dengan Datin Vimala Vyapury Muniandy yang juga merupakan seorang pendidik.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2015)