Mohd Zaidy Abdul Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zaidy Abdul Talib adalah Exco Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mulai September 2014. Beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 di kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N15 Taman Templer mewakili parti PAS. Zaidy berjaya menewaskan Datuk Subahan Kamal dari Barisan Nasional/UMNO. [1] Dalam politik, Zaidy adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang (2011-).

Pada PRU12 , Datuk Seri Subahan Kamal hanya memenangi majoriti kecil dengan 613 undi. Tahun 2013 bagi PRU13 , Pakatan Rakyat menampilkan William Leong (Parlimen Selayang), Zaidy Abdul Talib (DUN Taman Templer), Tengku Maraziyah Tenku Sulaiman (Kuang) dan Gan Pei Nei (Rawang).

3 calon dari Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi masing-masing hanya Tengku Maraziyah Tenku Sulaiman (Kuang) yang tewas.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

YB Zaidy berasal dari Pondok Lati, Pasir Mas, Kelantan, dibesarkan di daerah Bera, Pahang, berumur 41 tahun. Beliau berkahwin dengan Kasmawati Haron dan mereka dikurniakan 6 orang anak. Mendapat Ijazah BSc (Fizik) Universiti Malaya 1996.

Exco Selangor[sunting | sunting sumber]

PAS hanya diberikan 3 kerusi exco saja berbanding 4 sebelumnya. Semua Exco mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang. Turut mengangkat sumpah ialah YB Zaidy, YB Iskandar Samad dan YB Dr. Ahmad Yunus Hairi.[2] Dua exco senior PAS, YB Sallehen Mukhyi dan YB Dr. Halimah Ali tidak dilantik semula.[3]

Turut dilantik ialah YB Elizabeth Wong Keat Ping, YB Dr. Da‎royah Alwi, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, YB Amirudin Shari, YB Datuk Teng Chang Kim, YB Ean Yong Hian Wah dan YB V Ganabatirau.[4]

Walaupun Pakatan Rakyat mengalami krisis pentadbiran sehingga membawa kepada pembubarannya selepas parti PAS mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat. 3 orang ADUN merangkap Exco dari parti PAS tetap bersama dengan Pakatan (Rakyat).[5]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib (ADUN N15 Taman Templer)

Portfolio :
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM, PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Alamat Pejabat :
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Telefon (pejabat) : 03-55447150 Faks : 03-55193329 email : zaidy@selangor.gov.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]