Selayang (kawasan persekutuan)
Selayang ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat dengan kod P097. Parlimen ini tertubuh pada tahun 1974. Parlimen berpecah kepada dua parlimen iaitu parlimen ini dan parlimen Gombak (kawasan persekutuan) pada tahun 1994 oleh kerana pertambahan penduduk yang tinggi. Sebelum 1994 ianya dipertandingkan oleh calon UMNO dan selepas 1994 oleh calon MCA sehingga kini.
Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat William Leong Jee Keen dari PH-PKR
Statistik Banci 2020[sunting | sunting sumber]
Sumber:[1]
Statistik Banci 2020 P097 Selayang | |
---|---|
Jumlah Penduduk | 363,289 |
Kepadatan Penduduk | 1,275 / km2 |
Nisbah Jantina (L : P) | 111 : 100 |
Kumpulan Etnik | |
Bumiputera | 61.5 |
Cina | 21.6 |
India | 15.1 |
Lain-Lain | 1.8 |
Demografi[sunting | sunting sumber]
Pecahan etnik pengundi parlimen Selayang setakat 2018[2]
Sejarah Kawasan[sunting | sunting sumber]
Demografi[sunting | sunting sumber]
Penduduk di parlimen Selayang ini ialah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tiada kaum yang mempunyai majoriti penduduk di sini.
Sejarah Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga Dewan Negeri Selangor dalam parlimen ini iaitu:
- DUN N13 Kuang (kawasan negeri)
- DUN N14 Rawang (kawasan negeri)
- DUN N15 Taman Templer (kawasan negeri)
Pentadbiran dan Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Parlimen Selayang ditadbir oleh daerah Gombak,Selangor. Pusat Bandar Selayang iaitu Bandar Baru Selayang berada di dalam parlimen ini di mana pejabat pentadbiran daerah Gombak berpusat di situ.
Kerajaan tempatan dalam parlimen ini ialah Majlis Perbandaran Selayang yang dinaiktaraf dari Majlis Daerah Gombak pada tahun 1997.
Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]
Majlis Perbandaran Selayang. Terdapat beberapa zon MPS berada di bawah parlimen ini iaitu:
- Zon 14
- Zon 15
- Zon 16
- Zon 17
- Zon 18
- Zon 19
- Zon 20
- Sebahagian Zon 22
Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]
Pentadbiran Tanah
- Pejabat Tanah dan Daerah Gombak
- Balai Penghulu Mukim Rawang
Pejabat Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Kerja Raya daerah Gombak
Pejabat Wakil Rakyat
- Pejabat Parlimen Selayang
- Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang
Pejabat Agama Islam
- Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
Kesihatan Awam
- Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
- Hospital Selayang
- Klinik Kesihatan Sungai Tua
Polis
- Ibu Pejabat Daerah Gombak (Pentadbiran)
Pendidikan Awam
- PPD Gombak (Pentadbiran)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.