Pergi ke kandungan

Halimah Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halimah Ali
حليمه علي
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kapar, Selangor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Abdullah Sani Abdul Hamid
Majoriti11,782 (PRU-15)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Selat Klang
Dalam jawatan
20082018
Didahului oleh Norliza Ahmad
Digantikan oleh Abdul Rashid Asari
Majoriti2,754 (PRU-13)
1,459 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2008–2014
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim
Digantikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
PortfolioPendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Maklumat peribadi
Lahir (1960-06-27) 27 Jun 1960 (umur 65)
Marudi, Sarawak Sarawak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDr Ahmad bin Supian
Anak
  • Dr. Muhammad Imran
  • Dr. Siti Khadejah
  • Dr. Zaid Abdullah
  • Dr. Hafiz Abdur Rahman
  • Dr. Zubir Abdur Rahim
  • Dr. Syahidah Rozinah Liyana
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor Perubatan

Dr. Hajah Halimah binti Ali (Jawi: حليمة علي; lahir 27 Jun 1960) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar.

Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Latar belakang dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Marudi, Miri, Sarawak[1]. Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Elizabeth, Hobart, Tasmania. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Tasmania dan memperoleh Sarjana Muda Sains Perubatan. Selanjutnya beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari universiti yang sama. Beliau turut mempelajari pengajian Islam di Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) dan menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawur Islam.

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur(UHKL). Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Sungai Udang, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Aktiviti kemanusiaan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi [2]

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong. Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana dan lain-lain tempat.

  • Ahli lembaga Pengarah Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS),
  • Ahli lembaga Pengarah Kolej Integrasi Tahfiz Selangor,
  • Ahli Majlis Pendidikan PAS
  • Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor

Penglibatan politik

[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 N45 Selat Klang Halimah Ali (PAS) 6,508 34.07% Norliza Ahmad (UMNO) 12,593 65.93% 19,447 6,085 71.68%
2008 Halimah Ali (PAS) 11,437 53.41% Norliza Ahmad (UMNO) 9,978 46.59% 21,787 1,459 75.37%
2013 Halimah Ali (PAS) 17,085 54.38% Faisal Yahya (UMNO) 14,331 45.62% 31,874 2,754 86.40%
2018 N44 Selat Klang Halimah Ali (PAS) 11,766 34.52% Abdul Rashid Asari (PPBM) 12,266 35.99% 34,571 500 83.55%
Mohd Khairi Hussin (UMNO) 9,949 24.19%
Jeichandran Wadivelu (PRM) 52 0.15%
Zainal Azwar Kamaruddin (BEBAS) 49 0.14%
2018 N32 Seri Setia Halimah Ali (PAS) 9,698 41.40% Halimey Abu Bakar (PKR) 13,725 58.60% 23,615 4,027 44.15%
Parlimen Malaysia[3]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P109 Kapar Halimah Ali (PAS) 65,751 41.61% Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) 53,969 34.15% 158,030 11,782 83.45%
Muhammad Noor Azman (UMNO) 35,079 22.20%
Mohd Pathan Hussin (PEJUANG) 1,015 0.64%
Daroyah Alwi (PBM) 1,474 0.93%
VP Sevelinggam (BEBAS) 477 0.30%
Rahim Awang (WARISAN) 265 0.17%

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Tuduhan tangkap basah

[sunting | sunting sumber]

Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web MyKmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.

Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.[5]

Rujukan / Pautan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bernama (2018-08-29). "Dr Halimah: Rasai denyut nadi orang susah bukan baru". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-01.
  2. ^ [1]
  3. ^ "The Star GE15 Selangor". election.thestar.com.my.
  4. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Johan Setia Mahkota" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  5. ^ Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta