Mokhzani Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mokhzani Ismail
Kelahiran (1961-02-24) 24 Februari 1961 (umur 63)
Jejawi, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, jazz
PekerjaanKonduktor muzik, penggubah lagu
InstrumenPiano
Tahun aktif1981–kini
Pengkarya berkait
Orkestra RTM

Datuk Haji Mokhzani Ismail (lahir 24 Februari 1961) merupakan konduktor muzik dan penggubah lagu Malaysia.[1] Beliau juga merupakan Pengarah Muzik di Orkestra RTM, orkestra muzik yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mokhzani dilahirkan di Kampung Alor Lanchang, Jejawi, Perlis,[4] mewarisi bakat muzik dari bapanya, Ismail Ariffin. Beliau mula mengambil pendidikan muzik pada usia 8 tahun. Beliau bersama abang sulungnya, Yazid berkolaborasi bersama bapa mereka menyanyikan lagu-lagu popular era 1960an, yang mana Mokhzani dan Yazid bermain gitar, manakaka bapa mereka bermain biola.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mokhzani mendapat diploma persembahan piano di Associated Board Royal School of Music di London, England.[2] Pada 1987, beliau menerima biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan terus berangkat ke Amerika Syarikat bagi menyambung pelajarannya di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts mengambil jurusan Piano dan Orkestra Jaz dan menerima graduan pada 1990.[2] Semasa tahunnya di Berklee, beliau dimasukkan dalam senarai dekan dan menerima juga ijazah sarjana muda dari Dilly Gillespe dan George Martin.[2]

Kerjaya muzik dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mokhzani memimpin Orkestra RTM di pelbagai konsert kerajaan dan gala yang berprestij dalam program pertukaran Asean bersama dengan Orkestra Penyiaran Singapura, Orkestra TV Jakarta di Indonesia, Thailand, Australia, Vietnam, Singapura, Filipina dan Brunei. Beliau mengendalikan 76 keping orkestra untuk Simfoni Putrajaya. Beliau turut mencipta lagu tema untuk Hari Kebangsaan dari 1994 hingga ke Cemerlang Gemilang Terbilang dan tema 1Malaysia, lagu-lagu korporat dan jingle.

Beliau merupakan tulang belakang Malam Simfoni Irama Malaysia 2006 dan konsert Jazz Tribute to Malaysia yang pertama seumpamanya di negara ini. Beliau mengasaskan pengasas MJAZZ Trio dan penjenamaan baru Orkestra Jaz RTM. Beliau juga menulis lagu untuk artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Saleem, Azharina, Adibah Noor dan Mawi. Mokhzani juga turut mengajar dan menyelia pelajar muzik di pelbagai universiti dan kolej.

Pada tahun 2003, beliau mencipta skor muzik filem Embun dan memenangi Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16. Kejayaan dan sumbangan beliau terhadap negara telah membawa beliau menerima beberapa anugerah dari Kerajaan Malaysia seperti 2 gelaran tertinggi Dato' dari Perlis dan Pahang (DPPJ-1999, DIMP-2001) dan juga anugerah lain dari persekutuan seperti JSM (2004 - Johan Setia Mahkota) dan KSD (1999 - Kesatria Setia di Raja) dan Tokoh seni Perlis pada tahun 2002. Beliau dilantik sebagai Profesor oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memberi kuliah di UPSI, Aswara, UiTM dan mengendalikan bengkel di negara Asean.

Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia yang berprestij untuk konsert jazz trumpeter Chris Botti yang habis terjual dalam jelajah dunia di Dewan Filharmonik Petronas dan juga dengan Orkestra Filharmonik Belia Malaysia dalam konsert Anugerah Merdeka.

Pada tahun 2021, beliau telah dilantik selaku Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke-35. Beliau menggantikan Azmeer yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi melibatkan lagu lagu yang bertanding serta Top 3 dalam Anugerah Juara Lagu sebelum ini.

Pada 13 November tahun yang sama, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mokhzani harumkan nama negara Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2015.
  2. ^ a b c d e Amirah Amali Syafaat (28 Februari 2016). Bermain muzik dengan hati | Selebriti Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2016.
  3. ^ Lakar sejarah antarabangsa Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  4. ^ Eris Choo (Ogos 2019). ""Kampung" Boy to Musical Maestro: Dato' Mokhzani Ismail". Going Places. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 November 2021). "Mokhzani Ismail dianugerah Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]