Pergi ke kandungan

Haji Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Haji Mohd Douglas bin Mahuri atau lebih dikenali sebagai Haji Arshad (21 Jun 1932 – 26 Ogos 1995) adalah seorang pelakon dari Malaysia. Beliau menjadi popular apabila dia menggantikan tempat seniman Mahmud Jun yang menolak pelawaan pengarah M. Amin untuk berlakon dalam filem arahannya yang pertama, Lanchang Kuning.[1]

Haji Arshad
Kelahiran
Mohd Douglas bin Mahuri

(1932-06-21)21 Jun 1932
Meninggal dunia26 Ogos 1995(1995-08-26) (umur 63)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Permata, Kuala Selangor
Nama lainHaji Arshad
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1956–1995
PasanganRaja Fatimah Raja Saat

Beliau antara pelakon yang sering membawa watak jahat atau antagonis dalam filem Melayu klasik (hitam-putih). Walaupun hanya diberikan watak pelakon pembantu, tapi pengarah ketika itu seperti Salleh Ghani dan S. Roomai Noor berjaya menggilap bakat Haji Arshad untuk watak bomoh dalam filem Bawang Putih Bawang Merah. Lakonan berkesan dalam filem terbabit berjaya menambat hati pengarah S. Roomai Noor untuk mengambilnya berlakon dalam filem Mahsuri. Kesungguhan dan ketabahan mendalami bidang lakonan meletakkan Haji Arshad sebagai pelakon pembantu watak jahat utama di Studio Cathay-Keris Film Productions [2] ketika itu. Namun, nasib tetap tidak menyebelahinya walaupun berjaya membuktikan kehebatan dalam lakonan dengan hanya diberikan watak pembantu utama kepada pelakon seperti seniman Nordin Ahmad dan seniman Mahmud Jun. Sepanjang kariernya, Haji Arshad sempat membintangi lebih 30 filem selain memegang peranan sebagai penolong pengarah untuk filem Kalong Kenangan dan filem Istana Berdarah. Kedua-dua filem tersebut diarahkan oleh pengarah Hussein Haniff.

Pada tahun 1986 beliau telah dianugerahkan piala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 atas lakonan berkesannya di dalam filem Tsu Feh Sofiah.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1956 Pencuri Inspektor Polis Filem pertama, pelakon tambahan
1957 Mogok Pelakon tambahan
1959 Bawang Putih Bawang Merah Pak Dukun
Mahsuri Lela
Jula Juli Bintang Tiga Tengku Sulong
1961 Sri Mersing Tambak
Lela Satria
Hang Jebat Hang Lekir
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Datuk Bendahara Luar
Yatim Mustapha Tengku Shahdan
1962 Lanchang Kuning Panglima Ali
Tun Fatimah Tun Busu Setia
Jula Juli Bintang Tujuh
1963 Cempaka Biru
Gul Bakawali
1964 Kalong Kenangan Malik Juga sebagai penolong pengarah
Istana Berdarah
Selamat Hari Raya Dirinya sendiri Filem pendek
1981 Ribut Barat Ayah Azmi dan Adnan
1986 Tsu Feh Sofiah
1989 Pak Tam Duda Pak Talib Filem terakhir

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]