Orang Seletar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Seletar
Selitar / Slitar / Kon Seletar / Kon
Seorang Orang Seletar di atas perahu
Jumlah penduduk
3,000[1]
Kawasan ramai penduduk
Selat Johor:
 Malaysia (Johor)1,042 (2010)[2]
 Singapura1,200[3]
Bahasa
Bahasa Orang Seletar, bahasa Melayu
Agama
Animisme (utama), Islam, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Jakun, Kanaq, Orang Kuala, Temuan, Orang Laut

Orang Seletar merupakan satu daripada 18 suku yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong dalam kumpulan Melayu Proto iaitu satu daripada 3 kumpulan utama kaum Orang Asli. Mereka bertutur Bahasa Orang Seletar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suatu ketika dahulu, Orang Seletar ialah sebahagian daripada kaum Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Walau bagaimanapun, kini mereka sudah tinggal di kawasan darat Semenanjung Malaysia serta memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri.

Meskipun Orang Seletar pada asalnya ialah sebahagian daripada kaum Orang Laut, namun kini kerajaan Malaysia telah mengkategorikan suku mereka sebagai sebahagian daripada kaum Orang Asli.

Kawasan penempatan dan cara hidup[sunting | sunting sumber]

Secara tradisinya, Orang Seletar bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka sering hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka.

Orang Seletar kini tinggal di kawasan penempatan yang lebih teratur di selatan negeri Johor seperti Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme tetapi ada antara mereka yang telah menganut agama Islam.

Ada antara mereka yang sudah bekerja di kilang perindustrian. Mereka juga kini menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Malahan, ada di kalangan mereka yang mengusahakan kedai makanan laut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Orang Seletar". Joshua Project. Dicapai pada 2016-12-10.
  2. ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 99-716-9861-7.
  3. ^ "Orang Seletar in Singapore". Joshua Project. Dicapai pada 2016-12-10.