Bahasa Jedek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jedek
Asli diMalaysia
WilayahKelantan
Penutur asli280  (2017)[1]
Keluarga bahasa
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Jedek ialah sebuah bahasa Asli yang baru sahaja ditemui di Kelantan, Malaysia.[2] Walaupun penutur bahasa Jedek menghurai diri mereka sendiri sebagai etnik Menriq atau Batek kepada orang luar, bahasa mereka berbeza daripada semua bahasa Asli yang lain.

Nama[sunting | sunting sumber]

Penutur bahasa Jedek tidak memiliki autonim (endonym). Berdekatan penutur bahasa Asli, terutama Jahai dan Menriq, merujuk diri mereka sebagai Jdɛk [ɟᶽəˈdɛk˺].[1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jedek ditutur oleh sekitar 280 orang di Sungai Rual, terletak di Sungai Rual hanya selatan bandar Jeli di Jeli, Kelantan, utara Semenanjung Malaysia. Sungai Rual ialah sebuah masyarakat penempatan semula beberapa kumpulan bekas pencari yang telah tinggal di sepanjang kawasan tengah Sungai Pergau. Bahasa Jedek ditutur hanya ke timur kawasan penutur bahasa Jahai di utara semenanjung Malaysia.[1]

Penggolongan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jedek ialah sebuah bahasa Austroasia tergolong dengan cabang Jahaik (Utara Asli). Bahasa ini tergolong dengan kumpulan Menraq-Batek bahasa.[1]

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jedek telah ditemui oleh pengkaji bahasa Universiti Lund, Sweden.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Bahasa ini tidak mempunyai kata kerja yang menunjukkan konsep pemilikan seperti pinjam, beli atau jual namun bahasa ini mempunyai banyak frasa untuk menerangkan konsep pertukaran dan perkongsian.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Yager, Joanne and Niclas Burenhult. 2017. Jedek: A newly discovered Aslian variety of Malaysia. Linguistic Typology. 21(3): 493-545. Retrieved 8 Feb. 2018, from doi:10.1515/lingty-2017-0012
  2. ^ sciencedaily.com
  3. ^ Mohd Zulkifli Zainuddin (9 Februari 2018). "'Bahasa Jedek' ditemui di Kelantan". Berita Harian. Dicapai 9 Februari 2018. 
  4. ^ "Dua pengkaji Sweden jumpa bahasa baru Jedek di Jeli". Malay Mail Online. 9 Februari 2018. Dicapai 9 Februari 2018. 

Templat:Austro-Asiatic languages


Templat:Austroasiatic-lang-stub