Pengguna:Wiki Farazi/Kotak pasir/Petempatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seksyen U5
Persiaran Galaksi, Shah Alam
Persiaran Galaksi menuju ke selatan, jalan raya utama di Seksyen U5 Shah Alam
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°10′22″N 101°32′33″E / 3.172775°N 101.542589°E / 3.172775; 101.542589Koordinat: 3°10′22″N 101°32′33″E / 3.172775°N 101.542589°E / 3.172775; 101.542589
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimSungai Buloh
Kawasan parlimenSungai Buloh
Kawasan negeri
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Shah Alam
 • Ahli ParlimenRamanan Ramakrishnan
 • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Izuan Kasim (Kota Damansara)
  • Halim Tamuri (Paya Jaras)
Keluasan
 • Jumlah2,043 km2 (789 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
40150
Kod kawasan603

Seksyen U5 (Jawi: سيکشن U5) merupakan seksyen dalam kawasan bandar raya Shah Alam, Selangor, Malaysia. Secara pentadbirannya, Seksyen U5 merupakan sebuah petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Sungai Buloh, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling, Selangor. Seksyen U5 ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Poskod bagi Seksyen U5 ialah 40150 Shah Alam.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Seksyen U5 terletak di bahagian pusat negeri Selangor.[2] Dalam peringkat daerah, Seksyen U5 terletak di bahagian utara Daerah Petaling berdekatan dengan sempadan Daerah Petaling dengan Daerah Gombak.[2] Dalam kawasan penyeliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen U5 terletak di bahagian utara bandar raya Shah Alam.[3][4] Seksyen U5 bersempadan dengan seksyen yang lain iaitu Seksyen U18 di bahagian utara, Seksyen U19 di bahagian timur laut, Seksyen U4 di bahagian timur, Seksyen U3 di bahagian tenggara, Seksyen U6 di bahagian selatan dan Seksyen U16 di bahagian barat.[3][4]

Dalam kawasan Seksyen U5, terdapat sebanyak 20 buah kawasan di dalamnya iaitu, Bandar Pinggiran Subang,[5] Kampung Baru Sri Pertanian, Kampung Melayu Subang Tambahan, Kampung Sri Pertanian, Laman Permai, Mutiara Subang, Subang Galaksi, Taman Desa Subang (Desa Subang), Taman Nusa Subang, Taman Perindustrian Sepadu Mah Sing (Mah Sing Integrated Industrial Park), Taman Puteri Subang (Puteri Subang), Taman Subang Damai (Subang Damai), Taman Subang Idaman (Subang Idaman), Taman Subang Impian (Subang Impian), Taman Subang Kristal (Subang Kristal), Taman Subang Murni (Subang Murni), Taman Subang Pelangi (Subang Pelangi), Taman Subang Segar dan Taman Subang Bestari (Subang Bestari).[2][4]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri pandang darat fizikal yang terdapat di Seksyen U5 Shah Alam terdiri daripada saliran iaitu sungai dan anak sungai, bukit, kawasan perhutanan semula jadi dan paya air tawar.

Seksyen U5 Shah Alam terletak di dalam kawasan tadahan Sungai Buloh. Terdapat dua sungai yang bernama di kawasan Seksyen U5 Shah Alam, iaitu Sungai Paku dan Sungai Kedondong. Sungai Paku merupakan cabang sungai kepada Sungai Hampar dalam lembangan Sungai Buloh di mana Sungai Paku akan mengalir ke utara menuju ke Sungai Hampar di Kampung Paya Jaras Hilir kemudian ke Sungai Buloh dan seterusnya ke Selat Melaka. Begitu juga dengan Sungai Kedondong, sungai ini merupakan cabang sungai kepada Sungai Hampar. Sungai Kedondong berpunca di sekitar kawasan pembinaan Kwasa Damansara lalu mengalir menuju ke arah barat laut untuk bertemu dengan Sungai Hampar, dan seterusnya ke Sungai Buloh lalu ke Selat Melaka. Pertemuan ini terletak di sempadan Seksyen U5 dengan Seksyen U4 dan Seksyen U19. Selain itu juga, anak sungai kepada Sungai Pelampas juga merentasi Seksyen U5 Shah Alam iaitu di kawasan Kampung Melayu Subang, Subang Galaksi dan Taman Puteri Subang.[2][6][7]

Topografi sekitar Seksyen U5 Shah Alam ialah di antara 25–70 meter (82.0–229.7 ka) dari aras permukaan laut.[8] Kawasan berbukit-bukau di Seksyen U5 Shah Alam tertumpu di bahagian tengah. Bukit dengan titik tertinggi di Seksyen U5 Shah Alam terletak di Perumahan Laman Permai, di mana ketinggiannya mencecah 70 meter (229.7 ka) dari aras permukaan laut.[8] Terdapat bilangan kecil sahaja kawasan perhutanan semula jadi di Seksyen U5 Shah Alam.[7] Sekyen U5 juga merentasi kawasan berpaya air tawar iaitu Paya Pelempas. Paya Pelempas terletak di dalam kawasan tadahan air Sungai Pelempas.[7]

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Dewan komuniti[sunting | sunting sumber]

Dewan Bunga Matahari di Jalan Nova U5/45 pada tahun 2023.

Hanya terdapat satu sahaja dewan komuniti yang boleh digunakan oleh penduduk setempat dalam zon Seksyen U5, iaitu Dewan Serbaguna MBSA U5. Dewan ini juga dikenali sebagai Dewan Bunga Matahari U5 dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[9][10] Dewan ini terletak di Jalan Nova U5/45 bertentangan dengan kawasan lapang Jalan Nova U5/45,[9][10] dan berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari Dua dan Komersial Jalan Nova P U5/P dan Jalan Nova Q U5/Q. Dewan ini telah diwartakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pada 3 Disember 2015.[11]

Masjid[sunting | sunting sumber]

Tiada masjid dalam kawasan Seksyen U5 Shah Alam buat masa kini. Namun, Masjid Subang Bestari U5 merupakan satu-satunya masjid yang dalam pembinaan di dalam kawasan Seksyen U5 Shah Alam. Tapak pembinaan Masjid Subang Bestari U5 terletak di Jalan Nova U5/93.[12] Projek membina Masjid Subang Bestari U5 terkandung dalam Belanjawan Selangor 2018, yang di aman telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Mohamed Azmin Ali dengan peruntukan sebanyak RM17 juta.[13] Projek ini merupkaan ilham daripada PAS Cawangan U5 dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSA Zon 18.[13] Menurut Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Shariti Mansor dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima ke-14 tahun 2022 berkata mengenai pembinaan Masjid Subang Bestari, terdapat kelewatan dari segi pelaksanaan kerja dan projek ini masih berada di bawah kelulusan Pelan Bangunan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.[14] Kelewatan kelulusan Pelan Bangunan untuk Masjid Subang Bestari U5 adalah disebabkan oleh pihak kontraktor yang lewat mendapat kelulusan daripada pihak pentabdir tempatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Julai–Ogos 2021 yang lalu.[15] Masjid Subang Bestari U5 dijangka siap menjelang bulan Disember 2023.[15]

Surau[sunting | sunting sumber]

Terdapat 24 buah surau di Seksyen U5 Shah Alam.[16] Sebanyak 21 buah surau dalam kariah Masjid Al-Hijrah, Taman Subang Perdana (atau Masjid Taman Subang Perdana),[17] dan selebihnya iaitu tiga buah surau lagi di dalam kariah Masjid Al-Huda, Kampung Paya Jaras. Berikut ialah senarai surau di Seksyen U5 Shah Alam beserta kedudukan surau berada.

Kariah Masjid Al-Hijrah[16][17][18][19] Kariah Masjid Al-Huda[16][20]
  • Surau Sayyidina Abdul Rahman Bin ‘Auf di Jalan Zuhal U5/177, Pangsapuri Subang Impian
  • Surau Baitul Mukmin di Jalan Zuhrah U5/156, Taman Subang Murni
  • Surau Malikus Soleh di Jalan Tiga, Kampung Melayu Subang Tambahan
  • Surau Jasmin di Jalan Pluto U5/138, Pangsapuri Jasmin
  • Surau Madrasatul Falahiah di Jalan Enam, Kampung Melayu Subang Tambahan
  • Surau Al-Hikmah Subang Bestari di Jalan Nova U5/75, Subang Bestari
  • Surau Al-Muttaqin di Jalan Utarid U5/2, Pangsapuri Utarid
  • Surau Sri Murni di Jalan Bumi U5/137, Pangsapuri Sri Murni
  • Surau Al-Razi di Jalan Matahari U5/117, Bandar Pinggiran Subang
  • Surau At-Taqwa di Jalan Pluto U5/138, Pangsapuri Orkid
  • Surau Al-Muhajirin di Jalan Utarid U5/9, Mutiara Subang
  • Surau Ar-Raudhah di Jalan Matahari U5/102, Taman Nusa Subang
  • Surau An-Najah di Jalan Suria U5/103A, Taman Subang Idaman
  • Surau As-Sobirin di Jalan Uranus U5/128A, Taman Puteri Subang
  • Surau Ar-Raudhoh di Jalan Nova U5/45, Pangsapuri Seri Bintang
  • Surau Al-Mukmin di Jalan Uranus U5/125, Pangsapuri Merak
  • Surau Al-Ukhwah di Jalan Nova U5/50, Subang Bestari
  • Surau Seri Kejora di Jalan Nova U5/71A, Pangsapuri Sri Kejora
  • Surau Qamarul Huda di Jalan Nova U5/71A, Subang Bestari
  • Surau Al-Firdaus di Jalan Nova U5/86, Pangsapuri Seri Galaksi
  • Surau Al-Hakim di Jalan Nova U5/85, Taman Subang Bestari
  • Surau Al-Furqan di Jalan Asteroid U5/30, Pangsapuri Flora
  • Surau Al-Istisyadiah di Jalan Bintang U5/33, Pangsapuri Seri Hijauan
  • Surau Nurul Iman di Jalan Bintang U5/33, Pangsapuri Subang Suria

Empat daripada jumlah keseluruhan surau di Seksyen U5 telah diberi kebenaran untuk menjalanakan solat Jumaat. Empat surau itu ialah Surau Malikus Soleh di Kampung Melayu Subang Tambahan, Surau Al-Ukhwah di Jalan Nova U5/50, Surau Ar-Raudhah di Jalan Matahari U5/102 dan Surau Al-Razi di Jalan Matahari U5/117.[21]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kod sekolah Nama sekolah Lokasi sekolah Kategori Gambar
BBA8268 SK Subang Bestari Jalan Nova U5/81, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah kerajaan
BBA8287 SK Subang Bestari Dua Jalan Nova U5/45, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah kerajaan
BEA8662 SMK Subang Bestari Jalan Nova U5/63, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah kerajaan
BZH8048 Akademi Tahfiz Al-Khawarizmi Jalan Nova N U5/N, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZS8024 Brainy Bunch Islamic Montessori Subang Bestari Jalan Nova U5/206, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZH8007 Institut Tahfiz Al Quran Profesional Jalan Matahari Z U5/Z, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZH8049 Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah Jalan Utama, Kampung Melayu Subang Tambahan Sekolah swasta
BZH8098 Maahad Tahfiz Dar Tarim Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZH8031 Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat Jalan Matahari Z U5/Z, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZA8003 Pondok Riyad Adduafa' Wal Masakin Jalan Nova L U5/L, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BLL8019 IHS Subang Bestari Jalan Zuhal U5/178, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8009 Sekolah Rendah Islam Ibnu Sina Jalan Matahari AB U5/AB, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8117 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Subang Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8081 Sekolah Rendah Islam Al-Iman Jalan Utarid C U5/C, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8087 Sekolah Rendah Agama Al-Khawarizmi Jalan Nova N U5/N, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8130 Sekolah Rendah Islam Al-Fawwaz Subang Bestari Jalan Nova N U5/N, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BJJ8030 Sekolah Islam As-Sakinah Subang Bestari Jalan Nova N U5/N, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZS8047 Tadika Islam IHS Subang Bestari Jalan Zuhal U5/178, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZS8041 Tadika Ya Bunayya Jalan Uranus AH U5/AH, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta
BZS8052 Taski Muhajirin Gemiling Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5 Shah Alam Sekolah swasta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seksyen U5, Shah Alam". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  2. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ a b "Tema Seksyen Shah Alam". Majlis Bandaraya Shah Alam. Majlis Bandaraya Shah Alam. Dicapai pada 20 November 2023.
  4. ^ a b c "ArcGIS Enterprise – Kawasan Lapang". imapsa.mbsa.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Majlis Bandaraya Shah Alam. 15 Februari 2023. Dicapai pada 20 November 2023 – melalui ArcGIS.
  5. ^ Affan Fauzi (28 April 2021). "Dunia Anak-Anak Tahfiz 'Etnik Rohingya' #Ramadan". Malaysia Gazzette. Dicapai pada 19 November 2023.
  6. ^ "Pemetaan Interaktif – Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)". iplan.townplan.gov.my. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  7. ^ a b c Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (November 1942) (dalam bahasa Inggeris). Malaya 1:63,360 1945 – Selangor (Parts of Kuala umpur, Ulu Selangor, Klang and Ulu Langat Districts) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2B/15 (2 ed.). India. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  8. ^ a b "Modul Analisis – Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)". iplan.townplan.gov.my. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  9. ^ a b Jakiran Bin Jacomah, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati (2014). "Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014 Sesi 1: Dewan Orang Ramai dan Balai Raya". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  10. ^ a b Hasbullah Mohd Ridzwan, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia (2014). "Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014 Sesi 2: Dewan Komuniti". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  11. ^ "Kertas Bilangan 66/2022 – Maklum Balas Penyata yang Telah Dibentangkan semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Pada 25–29 Julai dan 1–2 Ogos 2022" (PDF). Dewan Negeri Selangor. 2022. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 Jun 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  12. ^ Shariti Mansor, Ahli Dewan Negeri Kota Damansara (2019). "Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019 Sesi 2: 2 Buah Masjid Baru di DUN Kota Damansara seperti yang telah Dimaklumkan Sebelum Ini". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  13. ^ a b Harakah Daily (10 November 2017). "Pembinaan Masjid Subang Bestari diperuntukkan RM17 juta". Harakah Daily. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  14. ^ Shariti Mansor, Ahli Dewan Negeri Kota Damansara (2021). "Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021 Sesi 2: Masjid Subang Bestari U5 dan Masjid Kota Damansara 2". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  15. ^ a b Shariti Mansor, Ahli Dewan Negeri Kota Damansara (2022). "Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 Sesi 1: Masjid Subang Bestari U5". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  16. ^ a b c "Senarai Surau". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  17. ^ a b Shariti Mansor, Ahli Dewan Negeri Kota Damansara (2020). "Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020 Sesi 3: Senarai Masjid/Surau di N39 Kota Damansara yang Menerima Sumbangan Kerajaan Negeri sejak 2009". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  18. ^ "Profail Masjid – Masjid Taman Subang Perdana". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2017. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  19. ^ "Profail Masjid – Masjid Taman Subang Perdana". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2017. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  20. ^ "Profail Masjid – Masjid Al-Huda Kampung Paya Jaras". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2022. Dicapai pada 10 Disember 2023.
  21. ^ "Senarai Surau Solat Jumaat". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.