Perampasan kapal tangki MT Orkim Harmony

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perampasan MT Orkim Harmony
Sebahagian daripada Lanun di Selat Melaka dan Lanun di Indonesia
Southeast Asia location map.svg
Anggaran kehilangan tangki ditemui pada 19 Jun.[nota 1]
Tarikh 11–19 Jun 2015
Lokasi Hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia
9°06′N 103°06′E / 9.10°N 103.10°E / 9.10; 103.10
Hasil Perampasan dilumpuhkan.[1][2][3][4]
  • Australia melihat kapal tangki di Teluk Thailand.
  • Malaysia memulihkan kapal tangki dan menyelamatkan semua 22 anak kapal.
  • Vietnam menangkap semua lapan melarikan diri lanun selepas mereka ditangkap menyerang sempadan Vietnam.
Pihak yang terlibat
 Malaysia

 Australia

 Vietnam

  • Angkatan Pertahanan Sempadan Vietnam
  • Pengawal Pantai Vietnam

Bantuan lain/angkatan siapsiaga:
 Indonesia

 Thailand

Lanun Indonesia[7][8]
Komandan
Abdul Aziz Jaafar
Ahmad Puzi
Adam Steff
Peter Knox
Doãn Bảo Quyết
Nguyễn Quang Đạm
Ngô Ngọc Thu
Ruslan[9]
Kekuatan
1,500 pasukan kuat, 16 kapal dan 4 pesawat

Pesawat pengawasan AP-3C Orion
4 kapal

1 tangki
8 lanun[10]
1 bot keselamatan
Korban
tiada 8 ditahan[3][11]
1 tebusan cedera[12]

Perampasan kapal tangki MT Orkim Harmony merupakan sebuah siri perampasan yang berlaku pada 11 Jun 2015. Kapal tersebut hilang dari pemantauan radar pada 8.50 malam. Kapal ini membawa 6,000 (5,879) tan metrik muatan petrol RON95 bernilai RM21 juta menjurus kepada rompakan lanun. Kapal MT Orkim Harmony sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang. Kapal tangki itu berdaftar di Malaysia. Ia membawa 22 orang kru dengan 16 daripadanya adalah warga Malaysia, 5 rakyat Indonesia dan 1 warga Myanmar. Mereka berusia antara 20 hingga 64 tahun.[13] MT Orkim Harmony adalah kapal milik syarikat Magna Meridian Sdn Bhd dan muatan petrol yang dibawa adalah milik Petronas. Setakat ini ada 11 kapal tangki yang dimiliki oleh dua syarikat.

Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang berpangkalan di Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan mengenai kapal tangki membawa petrol hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Lanun tersebut telah mematikan sistem pengenalan automatik (AIS) supaya kapal tersebut tidak dapat dikesan atau dijejaki pihak berkuasa sekali gus memudahkan penjenayah terbabit melarikan kapal berkenaan.[14]

Sehingga 16 Jun 2015, kerajaan, syarikat serta keluarga kru setakat ini juga tidak menerima apa-apa panggilan daripada mana-mana pihak bagi tujuan menuntut wang tebusan. Syarikat berkenaan hanya melaporkan tentang kehilangan kapal itu pada pukul 7.30 pagi, 12 Jun sedangkan kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu 11 Jun, jam 8.57 malam. kelewatan laporan dari syarikat itu kira-kira 10 jam, kedudukan kapal dianggarkan berada 180 kilometer dari lokasi terakhirnya.

Modus operandi rompakan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan modus operandi kes rompakan terdahulu, muatan minyak akan dipindahkan ke kapal lain di tengah laut dan kru akan dilepaskan untuk mengendalikan semula kapal tersebut ke pelabuhan berhampiran. Namun muatan petrol RON95 dibawa kapal MT Orkim Harmony adalah sukar dan berisiko untuk dipindahkan memandangkan ia mudah terbakar.

Mereka masih mencari kemudahan untuk memindahkan minyak kepada pelanggan mereka. Bahan bakar kapal itu boleh bertahan selama 22 hari.

Kapal itu dilengkapi pelbagai alat perhubungan dan sistem pengesan yang boleh memberikan kedudukannya sepanjang masa namun sehingga kini ia gagal dikesan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menyatakan setakat ini tiada panggilan kecemasan diterima daripada kapal itu selain tiada tanda ia menghadapi kemalangan ketika hilang pada 8.57 malam Khamis . Beliau menolak kemungkinan kapal itu dirampas dan anak kapal dijadikan tebusan memandangkan sehingga 3.30 petang tadi tiada mana-mana pihak menghubungi untuk meminta wang tebusan.

Kalau kapal bocor sekalipun mesti kru kapal sempat membuat panggilan kecemasan. Jika karam atau kemalangan pasti ada tumpahan minyak. Setakat ini tiada tanda-tanda seperti itu. Jadi kebarangkalian kapal itu dirompak (lanun) adalah besar.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal itu[sunting | sunting sumber]

Operasi SAR besar-besaran melibatkan 10 buah kapal, tiga bot dan satu pesawat milik Maritim dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kira-kira 1,500 anggota yang meliputi kawasan pencarian seluas 50,000 kilometer persegi diyakini akan membuahkan hasil sedikit masa lagi. Antaranya ialah tiga kapal milik TLDM iaitu KD Terengganu, KD Pendekar dan KD Ganyang.[15] Lain-lain ialah KM Mulia, Pengawal 32 dan Penggalang 14.

Jika keadaan cuaca baik ia akan berada pada kelajuan konsisten. Kalau kapal menuju ke utara, pada ketika ini ia dijangka berada di perairan Vietnam, kalau ke timur ia akan berada di perairan Sabah.

Tetapi jika sebelum sampai perairan Sarawak, kapal itu akan membelok ke kanan ia akan ke Pontianak (Kalimantan) atau lebih jauh ke Tanjung Priok berhampiran Jakarta. Kemungkinan juga kapal itu bersembunyi di perairan kepulauan Anambas dan Natuna (Indonesia).

Sehubungan itu Maritim dan TLDM telah membuat sekatan di semua laluan keluar daripada perairan negara.Pihak Maritim telah berhubung dengan semua pihak berkuasa negara-negara Asean serta mendapatkan kerjasama negara Amerika Syarikat dan Australia bagi menjejaki kapal itu.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Ibrahim Mohamed memaklumkan bahawa Maritim Malaysia telah memanjangkan maklumat ini kepada Singapore Police Coast Guard (SPCG), Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan Badan Keamanan Laur Republik Indonesia (Bakamla RI) bagi membantu mengesan kapal tersebut.[16]

Pengarah Operasi APMM Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad menyatakan bahawa operasi pencarian diteruskan meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

Kehilangan kapal MT Orkim Harmony adalah kes keempat di Laut China Selatan pada tahun ini dengan tiga daripada kes itu merupakan rompakan. Maritim menyiasat kes kehilangan kapal itu daripada semua sudut termasuk latar belakang anak kapal serta laluan kapal tersebut.

Sehubungan itu beliau menggesa semua syarikat perkapalan untuk membuat laporan kepada pihaknya secepat mungkin sekiranya berlaku kecemasan atau kehilangan kapal bagi memudahkan pencarian. [17]

Senarai kru kapal tangki[sunting | sunting sumber]

Negara Nama kru Umur
 Malaysia Melaka Nor Fazly Sahat 39 (Kapten)
 Malaysia Mohd Kholil Ashari Mohd Rozar Selangor 27
 Malaysia Kelantan Mohd Awis Aiman Abdullah 26
 Malaysia Sarawak Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito 24
 Malaysia Johor Ooi Jan Tong 64
 Malaysia Perak Nurul Hafis Abdul Rauf 34
 Malaysia Pulau Pinang Khaw Hock Aun 61
 Malaysia Kelantan Muhammad Hasren Ellaney Mohd Nasir 24
 Malaysia Ariff Adnan Mohd Tajudin Johor 24
 Malaysia Terengganu Nor Zaini Ahmad Bustaman 22
 Malaysia Kelantan Osman Khalid 23
 Malaysia Melaka Amirul Azim Zabarudin 21
 Malaysia Negeri Sembilan Mohd Ridzuan Suhaimi 23
 Malaysia Kedah Mohamad Adib Jamaludin 22
 Malaysia Melaka Tan Chee Hau 23
 Malaysia Pulau Pinang Muhammad Aiman Shafiz Marzuki 20
 Indonesia Bambang Suryawan 43
 Indonesia Iwan Asriadi 39
 Indonesia Nelson Hasiholan Sitorus 35
 Indonesia Ntan Kombongan 30
 Indonesia Mawit Matin 46
 Myanmar Myint Oo 49

Kehilangan kapal tangki yang lain[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 4 Jun 2015, kapal tangki Orkim Victory yang membawa 7,100 minyak diesel hilang di perairan yang sama. Kapal itu dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan. Sebuah bot laju lanun telah merompak kapal tangki itu. Kru kapal tangki itu ialah 8 rakyat Malaysia, 7 Indonesia dan 3 rakyat Myanmar.[18]
  2. Pada 15 Jun 2014, kapal tangki minyak MT Ai Maru yang ditawan lanun semalam di Selatan Pulau Aur, Mersing. Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa kapal milik Singapura itu membawa 'Marine Gas Oil' telah ditawan lanun kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Aur kira-kira 8.30 pagi dan diselamatkan kira-kira 1.40 pagi , 15 Jun 2015

Beradasarkan maklumat, KD Terengganu yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah diarahkan untuk memintas kapal tangki itu dan kemudian mengesannya bersauh di posisi 155 Pulau Aur.Bagaimanapun lanun telah melarikan diri dengan menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa. Kapal kemudiannya diserahkan kepada APMM Wilayah Selatan untuk siasatan lanjut. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Mohd Puzi Ab Kahar mengesahkan kapal tangki itu membawa kira-kira 700,000 liter minyak diesel yang bernilai RM1.4 juta.Kemungkinan terdapat penglibatan orang dalam termasuk anak kapal dan kaptennya dalam kejadian itu.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rujukan ada di pautan luar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Australian Air Force trails missing Malaysian tanker found in Cambodian waters". Australian Broadcasting Corporation. 18 June 2015. Dicapai 20 June 2015. 
  2. ^ Farrah Naz Karim; Tasnim Lokman (22 June 2015). "EXCLUSIVE: 'We passed ship the first time'". New Straits Times. Dicapai 22 June 2015. 
  3. ^ a b "All On Board MT Orkim Harmony Safe, Pirates Nabbed By Vietnamese Authorities". Bernama. 19 June 2015. Diarkibkan daripada asal pada 19 June 2015. Dicapai 19 June 2015. 
  4. ^ "Delta police nab pirate suspects". Việt Nam News. 22 June 2015. Dicapai 22 June 2015. 
  5. ^ "MT Orkim Harmony: Indonesian Navy Agrees To Join Hunt For Hijackers". Bernama. 19 June 2015. Diarkibkan daripada asal pada 19 June 2015. Dicapai 19 June 2015. 
  6. ^ Zafira Anwar (19 June 2015). "Indonesia joins hunt for MT Orkim Harmony hijackers". New Straits Times. Dicapai 19 June 2015. 
  7. ^ "Indonesian hijackers on board MT Orkim Harmoni tanker with pistols and parangs". The Jakarta Post. 18 June 2015. Dicapai 19 June 2015. 
  8. ^ "MT Orkim Harmony: Hijackers spoke with Indonesian accent - Navy chief". Astro Awani. 19 June 2015. Dicapai 20 June 2015. 
  9. ^ Hendra Mujiraharja (23 June 2015). "Identitas Pemimpin Perompak Kapal Tanker Terungkap" (dalam bahasa Indonesia). Okezone. Dicapai 23 June 2015. 
  10. ^ "Malaysian navy chief: At least 8 perpetrators on board hijacked MT Orkim Harmony tanker armed with pistols and parangs". The Straits Times. 18 June 2015. Dicapai 19 June 2015. 
  11. ^ Nicholas Cheng (19 June 2015). "Eight suspected tanker hijackers caught in Vietnam". The Star. Dicapai 19 June 2015. 
  12. ^ "MT Orkim Harmony Injured Cook Reported To Be Stable". Bernama. 19 June 2015. Diarkibkan daripada asal pada 19 June 2015. Dicapai 19 June 2015. 
  13. ^ IMB sahkan terima laporan kapal hilang
  14. ^ Lanun mahu jual petrol RM21 juta
  15. ^ TLDM perluas kawasan pencarian kapal tangki hilang
  16. ^ Maritim Malaysia perluas pencarian Kapal MT Orkim Harmony
  17. ^ Kapal MT Orkim Harmony mungkin dirompak lanun
  18. ^ Second oil tanker goes missing in Malaysia this month
  19. ^ TLDM selamatkan kapal tangki dirampas lanun

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 2°8.90′N 104°27.30′E / 2.14833°N 104.45500°E / 2.14833; 104.45500