Pilihan raya kecil Krian Laut 1966

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil Krian Laut 1966

← 1965 12 Mac 1966 Selepas →
  PERIKATAN PMIP
Calon Sulaiman Taib Baharuddin Abdul Latiff
Parti Parti Perikatan PAS
Gabungan UMNO
Undian popular 11,206 8,484

Ahli parlimen sebelum pilihan raya

Abdul Rauf Abdul Rahman (meninggal dunia)
Parti Perikatan (UMNO)

Terpilih

Sulaiman Taib
Parti Perikatan (UMNO)

Pilihan raya kecil (PRK) untuk kawasan pilihan raya parlimen Krian Laut telah diadakan pada 12 Mac tahun 1966.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kawasan pilihan raya Krian Laut terletak di barat laut negeri Perak yang dimana bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Sungguhpun begitu, kawasan ini tidak bertahan lama, ia telah dimansuhkan pada tahun 1974. Kini, kawasan ini dikenali sebagai dengan nama baharu iaitu Parit Buntar. Krian Laut juga mempunyai dua buah kawasan pilihan raya negeri yang diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Kuala Kurau dan Parit Buntar.[1]

Kawasan parlimen Krian Laut pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2] Ia merangkumi tiga buah mukim dalam Daerah Kerian, Sungai Kurau, pekan Bagan Serai, dan pekan Kuala Kurau menghadap ke utara, Simpang Lima, Jalan Bharu, dan kawasan perkampungan Tanjung Piandang.[3]

Ahli Parlimen pertama yang berjaya mendapatkan kerusi Krian Laut ialah Abdul Rauf Abdul Rahman; beliau telah meninggal dunia pada 19 Januari di Rumah Sakit Taiping (kini Hospital Taiping).[4] Beliau telah menjadi ahli parlimen selama dua kali pilihan raya umum diadakan.

Penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon bagi kawasan Krian Laut, negeri Perak ialah pada hari Isnin, 14 Februari 1966.[5] Sebanyak dua calon dari parti yang berbeza iaitu Sulaiman Taib dari Parti Perikatan (PERIKATAN) dan Baharuddin Abdul Latiff dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP) telah bertanding di kawasan ini.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

PRK Krian Laut 1966[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil umum Malaysia 12 Mac 1966: Krian Laut
Setelah kematian ahli parlimen sebelum ini, Abdul Rauf.
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Sulaiman Taib 11,206 56.91
PMIP Baharuddin Abdul Latiff 8,484 43.09
Jumlah undian sah 19,690 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 546
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 26,953
Majoriti 2,722
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
  1. Nanyang Siang Pau.[6]
  2. Akauntan Haraki.[7]

Pilihan raya sebelumnya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 1964: Krian Laut
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Abdul Rauf Abdul Rahman 10,109 50.94
PMIP Abdul Wahab Mohd Noor 7,452 37.55
Barisan Sosialis Mohd Nordin Abdul Jalil 2,282 11.50
Jumlah undian sah 19,843 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 583
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 20,426 79.77
Pemilih berdaftar 25,605
Majoriti 2,657
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
  1. The Straits Times.[8]
  2. Singapore Elections.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  4. ^ "P-raya kechil Krian—March" [Pilihan raya kecil Krian Laut-Mac]. Berita Harian. 22 Januari 1966. m/s. 2. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  5. ^ "Penamaan chalun2 bagi dua p-raya minggu ini" [Penamaan calon-calon bagi dua pilihan raya minggu ini]. Berita Harian. 1966-02-13. m/s. 1. Dicapai pada 2021-08-17.
  6. ^ "聯吉盟〓沿海區補選勝利蘇萊曼誓言將忠誠服務感謝各族熱烈支持". 南洋商报 (Nanyang Siang Pau). 14 Mac 1966. m/s. 10. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  7. ^ Dr. Mohd Fadhli Ghani (12 Mac 2016). "12 Mac 1966 : PAS Menggugat Dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Krian Laut". Akauntan Haraki. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
  8. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  9. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.