Portal:Azerbaijan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Portal Azerbaijan

Bendera Azerbaijan
Gerb
Lokasi di peta dunia

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Rencana pilihan

Republik Demokratik Azerbaijan (bahasa Azerbaijan: Azərbaycan Xalq Cümhuriyyəti) adalah republik demokratik dan sekular di dunia Muslim. Republik ini ditubuhkan pada tanggal 28 Mei 1918, setelah jatuhnya empayar Rusia yang bermula dengan Revolusi Rusia tahun 1917. Kemerdekaannya dinyatakan oleh Dewan Nasional Azerbaijan di Tbilisi. Republik ini bersempadan dengan Rusia di utara, Republik Demokratik Georgia di barat-laut, Republik Demokratik Armenia di barat, dan Empayar Parsi di selatan. Luas negara ini secara kasar sekitar 120,000 km ², dengan populasi 6 juta jiwa. Ganja merupakan ibu negara sementara republik ini kerana Baku dikuasai oleh kaum Bolshevik.

(Lebih mengenai...)

Gambar pilihan

Khinaliq road.jpg
Jalan menuju desa Khinalug.

Tahukah anda

Leyla Mammadbeyova.JPG

Berita Azerbaijan

ProjekWiki

Tokoh pilihan

Aliyev April06.jpg

Ilham Heydar oglu Aliyev adalah Presiden Azerbaijan saat ini. Ia juga Ketua Parti Azerbaijan Baru atau Yeni Azərbaycan Partiyası. Ia lahir 24 Disember 1961 di Baku dalam keluarga yang mempunyai keistimewaan hidup. Tempoh 1967-1977, ia mendapat pendidikan sekolah dan memasuki Universiti Negara Moscow pada Hubungan Antarabangsa (MSUIR) pada tahun 1977. Setelah lulus pada 1982, ia melanjutkan pendidikan pasc-asarjananya di MSUIR dan mengajar di sana selama 5 tahun. Ia menyelesaikan kajiannya dan menerima Ph.D. dalam ilmu politik dan sejarah pada tahun 1985.

(Lebih mengenai...)

Kategori

Topik Azerbaijan

Portal saudara

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg