Production I.G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Production I.G
Studio anime
IndustriIndustri anime
GenrePelbagai
Ditubuhkan15 Disember 1987
PengasasMitsuhisa Ishikawa
Takayuki Goto
Ibu pejabatTokyo, Jepun
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Mitsuhisa Ishikawa (Pengasas/CEO dan Presiden terkini)
KeluaranAnime, Permainan video, Manga
Hasil¥ 10,000,000
Bilangan pekerja
126 (setakat November 2007)
PembahagianBee Train (1997 - 2006)
Xebec
Mag Garden Corporation
Laman sesawang(Inggeris) http://www.production-ig.com/
(Jepun) http://www.production-ig.co.jp/

Production I.G, Inc. (株式会社プロダクション・アイジー, Kabushiki-gaisha Purodakusyon Ai Jī) (JASDAQ: 3791) ialah sebuah studio animasi dan syarikat perusahaan penerbitan Jepun, yang ditubuhkan pada tanggal 15 Disember, 1987 oleh Mitsuhisa Ishikawa.

Production I.G telah terbabit dalam beberapa penerbitan siri televisyen anime, OVA dan filem, babak animasi permainan video, reka cipta dan perkembangan permainan video, termasuklah penebitan serta pengurusan muzik. Di antara karya-karya terkenalnya termasuklah siri-siri seperti Patlabor dan Ghost in the Shell. Production I.G terkenal dengan kualiti animasinya yang tinggi.

Huruf-huruf I dan G sebenarnya diambil sempena nama pengasas syarikat tersebut iaitu Mitsuhisa Ishikawa dan pereka watak popular iaitu Takayuki Goto.[1]

Objektif utama I.G, menurut presidennya Mitsuhisa Ishikawa, adalah untuk mencipta siri-siri anime yang berdiri dengan sendirinya tanpa menjadi sebahagian daripada sambungan siri-siri manga.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]