RPD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Mesingan RPD merupakan sejenis mesingan butan Soviet Union yang digunakan oleh kebanyakan tentera negara-negara Komunis. Ia dibuat di Soviet Union dan Republik Rakyat China. RPD bermakna Ручной Пулемет Дегтярева (Ruchnoy Pulemyot Degtyareva) (Degtyarev light machine gun).

Mesingan RPD direka untuk Tentera Soviet dalam tahun 1944 untuk kegunaan sebagai senjata automatik bantuan untuk skuad tentera. Mesingan ini diterima untuk perkhidmatan dengan tentera Soviet dalam tahun 1950-an. Penembak boleh menggunakan mesingan ini secara meniarap menggunakan bipod yang ada di mesingan tersebut. Penembak juga boleh menggunakan mesingan ini secara berdiri dengan mesingan digantung di paras pinggang dengan bantuan satu tali galas. Peluru disuap masuk menggunakan suapan rantai tidak berkecai - non-disintegrating belt feed.

Di Republik Rakyat China, senjata ini ditiru dan dikeluarkan dengan beberapa pengubahsuaian dalaman dan diberikan nama Type 56. mesingan ini kemudiannya dibekalkan dengan banyak untuk kegunaan NVA dan juga NLF (Viet Cong) semasa Perang Vietnam.

Mesingan RPD digantikan dalam perkhidmatan tentera Soviet dalam tahun 1960-an dengan mesingan RPK yang lebih moden, Walaupun anggota tentera tidak gembira dengan pertukaran tersebut, mesingan RPD hanya digunakan oleh pasukan simpanan dan kini sudah tidak digunakan lagi oleh tentera Rusia.

Tentera gerila memberontak seperti Tamil Tigers masih menggunakan mesingan ini dalam pemberontakan mereka menentang kerajaan Sri Lanka.