Migrain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Migrain
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Seorang lelaki dengan sakit kepala migrain
PengkhususanNeurologi
GejalaSakit kepala, loya, serta sensitif terhadap cahaya, suara, dan bau[1][2]
Permulaan biasa
Sekitar usia pembalighan[1]
TempohBerulang kali, dalam jangka masa panjang[1]
PuncaPersekitaran dan genetik[3]
Sejarah perubatan keluarga, lebih kerap berlaku pada golongan perempuan[4][5]
Pendarahan subaraknoid, trombosis vena, hipertensi intrakranium idiopatik, tumor otak, sakit kepala tekanan, sinusitis,[6] sakit kepala kluster[7]
PencegahanMetoprolol, valproat, topiramat[8][9]
Rawatan perubatan
Ibuprofen, parasetamol (asetaminofen), triptan, ergotamina[5][10]
Kekerapan12.6%
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Migrain ialah gangguan neurologi umum dengan kemungkinan gejala utamanya sakit kepala yang teruk dan berulang.[1] Lazimnya, sakit kepala tersebut mengganggu satu sisi kepala dengan sifatnya yang berdenyut, dengan keamatan yang sederhana sehingga teruk, dan boleh bertahan dari beberapa jam sehingga tiga hari.[1] Gejala selain sakit kepala mungkin termasuk loya, muntah dan sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau.[2] Kesakitan tersebut biasanya menjadi lebih teruk dengan berlakunya serangan migrain selepas senaman fizikal,[11] walaupun senaman fizikal yang kerap boleh menghalang serangan migrain pada masa depan.[12] Sehingga satu per tiga orang yang terganggu dengan migrain mempunyai simptom aura, yakni tempoh gangguan penglihatan yang biasanya singkat yang menandakan bahawa sakit kepala akan berlaku tidak lama lagi.[11] Kadangkala, aura boleh berlaku dengan kemudiannya sedikit sehingga hampir tiada sakit kepala berlaku, tetapi tidak semua orang mempunyai simptom seperti ini.[13]

Migrain dipercayai berpunca daripada campuran faktor persekitaran dan genetik.[3] Kira-kira dua per tiga daripada kes berlaku disebabkan ada sejarah penyakit tersebut di kalangan ahli keluarga.[5] Pengubahan aras hormon juga mungkin memainkan peranan, kerana migrain memberi kesan lebih sedikit pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan sebelum pembalighan, manakala ia berlaku dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.[4][14] Risiko migrain biasanya berkurangan semasa mengandung dan selepas putus haid.[4][15] Mekanisme asas tidak diketahui sepenuhnya.[15] Walau bagaimanapun, ia dipercayai melibatkan saraf dan saluran darah otak.[5]

Rawatan awal yang disyorkan adalah dengan pengambilan ubat sakit ringkas seperti ibuprofen dan parasetamol (asetaminofen) untuk sakit kepala, pengambilan ubat anti-loya, serta pengelakkan punca cetusan serangan migrain.[10] Ubat-ubatan khusus seperti triptan atau ergotamina boleh digunakan oleh mereka yang masih lagi migrain selepas mengambil ubat sakit ringkas.[5] Kafein dalam kombinasi dengan bahan analgesik lain adalah selamat dan berkesan dalam rawatan migrain akut.[16][17][18]

Kira-kira 15% penduduk di serantau dunia terganggu dengan migrain.[19] Dalam Kajian Beban Global Penyakit yang dijalankan pada tahun 2010, migrain disenaraikan sebagai gangguan ketiga paling lazim di dunia.[20] Ia selalunya bermula pada seawal usia akil baligh dan paling teruk semasa usia pertengahan.[1] Sehingga ke tahun 2016, ia merupakan salah satu punca kecacatan yang paling biasa.[21] Huraian terawal yang berkait rapat dengan migrain terkandung pada kertas papirus Ebers, yang ditulis sekitar 1500 SM sewaktu zaman Mesir purba.[22] Perkataan migrain berasal dari bahasa Yunani ἡμικρᾱνίᾱ (hēmikrāníā), 'sakit pada separuh bahagian kepala', [23] yang terdiri daripada ἡμι- (hēmi-), 'separuh' dan κρᾱνίον (krāníon), 'tengkorak'. [24]

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Migrain lazimnya disertai dengan sakit kepala teruk yang terhad dan berulang yang dikaitkan dengan gejala autonomik.[5][25] Kira-kira 15–30% orang yang hidup dengan migrain mengalami episod aura,[10][26] dan mereka juga kerap mengalami episod tanpa aura.[27] Keterukan kesakitan, tempoh lama sakit kepala, dan kekerapan serangan sering berubah-ubah.[5] Serangan migrain yang berlangsung lebih lama daripada 72 jam dikenali sebagai status migrainosus.[28] Terdapat empat fasa yang mungkin berlaku semasa serangan migrain, walaupun tidak semua fasa perlu dialami:[11]

  • Prodrom, yang berlaku beberapa jam atau hari sebelum sakit kepala
  • Aura, yang segera mendahului sakit kepala
  • Fasa sakit, juga dikenali sebagai fasa sakit kepala
  • Pascadrom, kesan yang dialami selepas berakhirnya serangan migrain

Migrain dikaitkan dengan kemurungan utama, gangguan bipolar, gangguan kebimbangan dan gangguan obsesif-kompulsif. Gangguan psikiatri ini adalah kira-kira 2-5 kali lebih biasa pada orang tanpa pengalaman simptom aura, dan 3-10 kali lebih biasa pada orang yang mengalami simptom aura.[29]

Punca[sunting | sunting sumber]

Punca berlakunya migrain tidak diketahui.[30] Walau bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan dengan gabungan faktor persekitaran dan genetik.[3] Dua per tiga kes gangguan ini berlaku di kalangan ahli keluarga[5] dan jarang berlaku disebabkan oleh kecacatan gen tunggal.[31] Walaupun migrain pernah dipercayai lebih biasa berlaku pada mereka yang mempunyai kecerdasan tinggi, hal ini mungkin tidak benar.[32] Beberapa keadaan psikologi dikaitkan, termasuk kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar,[33] seperti juga banyak peristiwa atau pencetus biologi.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Rawatan pencegahan migrain termasuk ubat-ubatan, suplemen pemakanan, perubahan gaya hidup dan pembedahan. Pencegahan disyorkan kepada mereka yang mengalami sakit kepala lebih daripada dua hari seminggu, tidak boleh bertolak ansur dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat serangan akut, atau mereka yang mengalami serangan teruk yang tidak mudah dikawal.[10] Perubahan gaya hidup yang disyorkan termasuk menghentikan penggunaan tembakau dan mengurangkan tingkah laku yang mengganggu tidur.[34]

Matlamat pencegahan adalah untuk mengurangkan kekerapan, kesakitan, dan tempoh episod migrain, dan untuk meningkatkan keberkesanan terapi abortif.[35] Alasan lain untuk pencegahan adalah untuk mengelakkan sakit kepala yang berpunca daripada terlebih makan ubat. Ini adalah masalah biasa dan boleh mengakibatkan sakit kepala harian yang kronik.[36][37]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Headache disorders Fact sheet N°277". October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2016. Dicapai pada 15 February 2016.
  2. ^ a b Simon RP, Aminoff MJ, Greenberg DA (2009). Clinical neurology (ed. 7). New York, N.Y: Lange Medical Books/McGraw-Hill. m/s. 85–88. ISBN 9780071664332.
  3. ^ a b c "Genetics of migraine and pharmacogenomics: some considerations". The Journal of Headache and Pain. 8 (6): 334–9. December 2007. doi:10.1007/s10194-007-0427-2. PMC 2779399. PMID 18058067.
  4. ^ a b c "Migraine in women". Neurologic Clinics. 27 (2): 503–11. May 2009. doi:10.1016/j.ncl.2009.01.002. PMID 19289228.
  5. ^ a b c d e f g h "Migraine update. Diagnosis and treatment". Minnesota Medicine. 93 (5): 36–41. May 2010. PMID 20572569.
  6. ^ Olesen J (2006). The Headaches (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 424. ISBN 9780781754002. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  7. ^ "Cluster Headache". American Migraine Foundation. 15 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2018. Dicapai pada 23 October 2017.
  8. ^ Armstrong C (April 2013). "AAN/AHS update recommendations for migraine prevention in adults". American Family Physician. 87 (8): 584–5. PMID 23668450.
  9. ^ Linde M, Mulleners WM, Chronicle EP, McCrory DC (June 2013). "Valproate (valproic acid or sodium valproate or a combination of the two) for the prophylaxis of episodic migraine in adults". The Cochrane Database of Systematic Reviews (6): CD010611. doi:10.1002/14651858.CD010611. PMID 23797677.
  10. ^ a b c d "Treatment of acute migraine headache". American Family Physician. 83 (3): 271–80. February 2011. PMID 21302868. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Gilmore2011" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ a b c Headache Classification Subcommittee of the International Headache Society (2004). "The International Classification of Headache Disorders: 2nd edition". Cephalalgia. 24 Suppl 1 (Suppl 1): 9–160. doi:10.1111/j.1468-2982.2004.00653.x. PMID 14979299. as PDF Diarkibkan 31 Mac 2010 di Wayback Machine
  12. ^ "The association between migraine and physical exercise". The Journal of Headache and Pain. 19 (1): 83. September 2018. doi:10.1186/s10194-018-0902-y. PMC 6134860. PMID 30203180. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  13. ^ Pryse-Phillips W (2003). Companion to clinical neurology (ed. 2nd). Oxford: Oxford university press. m/s. 587. ISBN 9780195159387. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2017.
  14. ^ "Epidemiology of headache in Europe". European Journal of Neurology. 13 (4): 333–45. April 2006. doi:10.1111/j.1468-1331.2006.01184.x. PMID 16643310.
  15. ^ a b "NINDS Migraine Information Page". National Institute of Neurological Disorders and Stroke. 3 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2016. Dicapai pada 15 February 2016.
  16. ^ "The Ambiguous Role of Caffeine in Migraine Headache: From Trigger to Treatment". Nutrients. 12 (8): 2259. July 2020. doi:10.3390/nu12082259. PMC 7468766. PMID 32731623.
  17. ^ "Caffeine and Migraine". American Migraine Foundation. 2017-01-10. Dicapai pada 2021-06-08.
  18. ^ "New therapeutic approaches for the prevention and treatment of migraine". The Lancet. Neurology. 14 (10): 1010–22. October 2015. doi:10.1016/s1474-4422(15)00198-2. PMID 26376968.
  19. ^ "Years lived with disability (YLDs) for 1160 sequelae of 289 diseases and injuries 1990-2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2163–96. December 2012. doi:10.1016/S0140-6736(12)61729-2. PMC 6350784. PMID 23245607.
  20. ^ "1. Migraine". ICHD-3 The International Classification of Headache Disorders 3rd edition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 October 2020.
  21. ^ Vos, Theo; Abajobir, Amanuel Alemu; Abate, Kalkidan Hassen; Abbafati, Cristiana; Abbas, Kaja M.; Abd-Allah, Foad; Abdulkader, Rizwan Suliankatchi; Abdulle, Abdishakur M.; Abebo, Teshome Abuka (September 2017). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 328 diseases and injuries for 195 countries, 1990-2016: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2016". Lancet. 390 (10100): 1211–1259. doi:10.1016/S0140-6736(17)32154-2. PMC 5605509. PMID 28919117. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  22. ^ Miller N (2005). Walsh and Hoyt's clinical neuro-ophthalmology (ed. 6). Philadelphia, Pa.: Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 1275. ISBN 9780781748117. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2017.
  23. ^ "ἡμικρανία". A Greek-English Lexicon. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2013. on Perseus
  24. ^ Anderson K, Anderson LE, Glanze WD (1994). Mosby's Medical, Nursing & Allied Health Dictionary (ed. 4). Mosby. m/s. 998. ISBN 978-0-8151-6111-0.
  25. ^ "The prognosis of migraine". Current Opinion in Neurology. 21 (3): 301–8. June 2008. doi:10.1097/WCO.0b013e328300c6f5. PMID 18451714.
  26. ^ Gutman SA (2008). Quick reference neuroscience for rehabilitation professionals: the essential neurologic principles underlying rehabilitation practice (ed. 2). Thorofare, NJ: SLACK. m/s. 231. ISBN 9781556428005. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2017.
  27. ^ The Headaches, Pg 232–233
  28. ^ Jes Olesen (2006). The headaches (ed. 3). Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 512. ISBN 9780781754002. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2016.
  29. ^ "Mood and anxiety disorders in chronic headache". Headache. 46 Suppl 3: S76-87. October 2006. doi:10.1111/j.1526-4610.2006.00559.x. PMID 17034402.
  30. ^ "The epidemiology of primary headache disorders". Seminars in Neurology. 30 (2): 107–19. April 2010. doi:10.1055/s-0030-1249220. PMID 20352581.
  31. ^ "Genetics of migraine in the age of genome-wide association studies". The Journal of Headache and Pain. 13 (1): 1–9. January 2012. doi:10.1007/s10194-011-0399-0. PMC 3253157. PMID 22072275.
  32. ^ The Headaches, pp. 238–40
  33. ^ The Headaches, pp. 246–247
  34. ^ "Practice guideline update summary: Pharmacologic treatment for pediatric migraine prevention: Report of the Guideline Development, Dissemination, and Implementation Subcommittee of the American Academy of Neurology and the American Headache Society". Neurology. 93 (11): 500–509. September 2019. doi:10.1212/WNL.0000000000008105. PMC 6746206. PMID 31413170. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  35. ^ "Medications for migraine prophylaxis". American Family Physician. 73 (1): 72–8. January 2006. PMID 16417067.
  36. ^ "Medication-overuse headache: a worldwide problem". The Lancet. Neurology. 3 (8): 475–83. August 2004. doi:10.1016/S1474-4422(04)00824-5. PMID 15261608.
  37. ^ "Medication overuse headaches -- what is new?". Expert Opinion on Drug Safety. 1 (4): 331–8. November 2002. doi:10.1517/14740338.1.4.331. PMID 12904133.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Audio luar
Ikon audio Sex(ism), Drugs, and Migraines, Distillations Podcast, Science History Institute, 15 January 2019