Raja Nor Mahani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Nor Mahani
Raja Puan Besar Perak
Pelantikan20 Jun 2014 - 3 Oktober 2017
Didahului olehTuanku Zara Salim
Diikuti olehRaja Nazhatul Shima
Keputeraan(1942-10-18)18 Oktober 1942
Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Kemangkatan3 Oktober 2017(2017-10-03) (umur 74)
Petaling Jaya, Selangor
Pemakaman4 Oktober 2017
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganRaja Jaafar (k.1973 - 2017)
AnakandaRaja Shah Azman
Raja Nor Azwina
Nama penuh
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah
KerabatIstana Ar-Ridzuan, Ipoh
AyahandaRaja Haji Shahar Shah Bin Raja Kechil Sulong Harun Al-Rashid
BondaChe Yang Sharifah Binti Toh Muda Lope Abdul Rahman
AgamaIslam

Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah (18 Oktober 1942 - 3 Oktober 2017) merupakan Raja Puan Besar Perak dari 2014 hingga 2017 sebagai permaisuri kepada Raja Jaafar. Baginda merupakan anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung kepada Raja Haji Shahar Shah dan Che Yang Sharifah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda itu menerima pendidikan awal Sekolah Raja Chulan di Ipoh dan baginda juga merupakan bekas pelajar St. John Insitution di Kuala Lumpur serta Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Raja Puan Muda Perak[sunting | sunting sumber]

Sebelum itu, Raja Nor Mahani dikurniakan gelaran Raja Puan Muda Perak berikutan suaminya, Raja Jaafar diisytihar sebagai Raja Dihilir Perak pada 1998.

Raja Puan Besar Perak[sunting | sunting sumber]

Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 20 Jun 2014 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak

Perkahwinan Diraja[sunting | sunting sumber]

Baginda mendirikan rumah tangga bersama Raja Jaafar pada 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Shah Azman dan Raja Nor Azwina.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 5.07 petang waktu tempatan pada 3 Oktober 2017.

Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Kerabat Azlani (D.K.A.) 1 Julai 2014

Nama Penuh Raja Nor Mahani berserta gelaran rasmi ialah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, DKA, SPCM, PCM

Gelaran dan dihormati[sunting | sunting sumber]

  • 18 Oktober 1942 - 3 Febuari 1984 : Yang Mulia Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah
  • 3 Febuari 1984 - 19 April 1998 : Yang Amat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah
  • 19 Aprl 1998 - 1 Julai 2014 : Duli Yang Amat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
  • 1 Julai 2014 - 3 Oktober 2017 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Raja Nor Mahani
Istana Ar-Ridhuan, Ipoh, Perak
Tarikh keputeraan: 18 Oktober 1942 Tarikh kemangkatan: 3 Oktober 2017
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran pemerintah
Susunan penggantian
Didahului oleh
tiada
Raja Puan Muda Perak
1998 - 2014
Diikuti oleh:
Tunku Soraya
Didahului oleh
Tuanku Zara Salim
Raja Puan Besar Perak
1 Julai 2014 - 3 Oktober 2017
Diikuti oleh:
Raja Nazhatul Shima