Riyadh al-Solihin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Riyadhus Shalihin)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Riyadh al-Solihin
رياض الصالحين.jpg
Salah satu kulit muka hadapan edisi arab
Umum
PengarangImam Nawawi
Tajuk asal
رياض الصالحين
BahasaArab
Genresyarahan menganai ayat Quran dan Hadis yang muktabar

Riyadh al-Solihin (Bahasa Arab: رياض الصالحين, translit. Riyāḍ aṣ-Ṣāliḥīn, lit. 'Taman-taman golongan soleh') ialah sebuah himpunan hadis nabawi yang menghuraikan ayat al-Quran karya Imam Nawawi, seorang ilmuwan Islam dari Damsyik (1233-1277). Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi ini termasuk dalam kategori kumpulan perundangan Islam merangkumi akhlak Islam, ibadah, dan adab, yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad oleh ulama-ulama Islam tetapi tidak dijumpai dalam al-Quran[1].Kitab ini diterima meluas oleh para ulama Islam seluruh dunia.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Riyadh al-Solihin mengandungi sejumlah 1,896 buah hadis yang dibahagikan kepada 344 bab, yang kebanyakannya dimulakan dengan ayat-ayat al-Quran.[2][3] Kandungan kitab ini adalah bagi mengkaji hadis dalam usaha untuk menterjemah pengajaran al-Quran kepada Sunnah, atau pelaksanaan dalam perundangan dan etika Islam.[4] Sunnah yang digunakan oleh Imam Nawawi juga termasuklah amalan para Sahabah.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Paula Youngman Skreslet, Rebecca Skreslet, The Literature of Islam: A Guide to the Primary Sources in English Translation, p 42. ISBN 1461673143 or ISBN 0810854082
  2. ^ "The Book of Forgiveness - Riyad as-Salihin". sunnah.com. Dicapai pada 2020-08-13.
  3. ^ The Meadows of the Righteous By Imam Nawawi. Translated By Ibrahim Ma'Rouf. Dar Al-Manarah (Egypt).
  4. ^ a b Nu'man (2020, p. 171, Muwatta Imam Malik, no.3424. Nawawi take this ruling from Muwatta despite being Shafiite scholar)