Pergi ke kandungan

Ronald Koeman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ronald Koeman
Koeman pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Ronald Koeman
Tarikh lahir (1963-03-21) 21 Mac 1963 (umur 61)[1]
Tempat lahir Zaandam, Belanda
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Belanda (pengurus)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1980–1983 Groningen 90 (1000)
1983–1986 Ajax 94 (1000)
1986–1989 PSV 98 (1000)
1989–1995 Barcelona 192 (1000)
1995–1997 Feyenoord 61 (1000)
Jumlah 535 (5000)
Pasukan kebangsaan
1982–1994 Belanda 78 (14)
Pasukan diurus
1997–1998 Belanda (pembantu)
1998–2000 Barcelona (pembantu)
2000–2001 Vitesse
2001–2005 Ajax
2005–2006 Benfica
2006–2007 PSV Eindhoven
2007–2008 Valencia
2009 AZ
2011–2014 Feyenoord
2014–2016 Southampton
2016–2017 Everton
2018–2020 Belanda
2020–2021 Barcelona
2023– Belanda
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ronald Koeman (Sebutan Belanda: [ˈroːnɑlt ˈkumɑn] ( listen); lahir 21 Mac 1963) merupakan pengurus dan bekas pemain bola sepak profesional Belanda yang kini mengendalikan pasukan kebangsaan Belanda. Dia merupakan adik kepada bekas jurulatih Feyenoord, Erwin Koeman dan anak kepada bekas pemain bola sepak Belanda, Martin Koeman. Koeman boleh beraksi di posisi pertahanan dan posisi tengah.[2] Koeman dikenali dengan hantaran jarak jauhnya, serta ketepatan percubaan terutamanya semasa sepakan percuma. Dia merupakan pemain pertahanan dengan jaringan terbanyak dalam sejarah bola sepak;[3] dia juga merupakan pengambil sepakan penalti yang tepat.[4]

Di peringkat antarabangsa, Koeman merupakan salah seorang bintang pasukan kebangsaan Belanda, bersama-sama Marco van Basten, Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Dennis Bergkamp. Dia memenangi Euro 88 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1990 dan Piala Dunia FIFA 1994.

Selepas memenangi Piala Eropah bersama PSV pada tahun 1988, Koeman berpindah ke Barcelona dan menjadi sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff, membantu kelab itu memenangi La Liga empat kali berturut-turut di antara tahun 1991 dan 1994. Dia juga memenangi Piala Eropah pada tahun 1992 dimana dia menjaringkan gol kemenangan ke atas Sampdoria.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980, Koeman memulakan karier profesionalnya di Groningen. Selepas bermain untuk Ajax, PSV Eindhoven dan Barcelona, dia menamatkan kariernya di Feyenoord. Sepanjang kariernya, dia memenangi dua trofi Piala Eropah, lima Liga Belanda, tiga Piala Belanda, empat Liga Sepanyol, satu Piala Sepanyol dan juha memenangi UEFA Euro 1988 bersama pasukan kebangsaan Belanda.

Koeman meraikan jaringan penyamaan bersama Eric Gerets dan Edward Linskens dalam perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1987–88 di Santiago Bernabéu, Madrid

Selepas memenangi Treble Eropah[a] bersma PSV pada musim 1987–88, Koeman menyertai FC Barcelona dan menjadi sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff bersama-sama pemain seperti Hristo Stoichkov, Romário, Josep Guardiola dan Michael Laudrup. Dia membantu pasukan itu memenangi La Liga empat kali berturut-turut dari tahun 1991 sehingga 1994. Selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan perucima dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1992, dia menjadi pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan akhir pertandingan Eropah yang berbeza secara berturut-turut. Dia menjaringkan gol untuk Barcelona ketika menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah 1991.

Selain bermain di posisi pertahanan tengah, Koeman merupakan pengambil sepakan percuma dan keupayaan bola mati yang berbisa dimana dia banyak menjaringkan gol untuk pasukannya.[5] Salah satu gol terbaiknya dalam La Liga ialah ketika kemenangan 5–0 ke atas Real Madrid dalam pertembungan El Clásico di Camp Nou. Dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk menjadikan kedudukan 2–0.[6]

Nama gelarannya ketika bermain untuk Barcelona adalah Tintin, kerana persamaan fizikalnya dengan watak fiksyen Hergé, dan Floquet de Neu, selepas gorilla albino yang terkenal di Zoo Barcelona.[7] Ronald Koeman sekarang ini masih memegang rekod gol penalti terbanyak disempurnakan berturut-turut dengan 25 gol dalam La Liga.[8]

Koeman menjaringkan 193 gol liga dalam 533 perlawanan (di atas Daniel Passarella, yang menjaringkan 182 gol dalam 556 perlawanan) sepanjang kariernya, lebih banyak daripada mana-mana pemain pertahanan dalam sejarah bola sepak.[3]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Koeman dalam pasukan kebangsan Belanda pada tahun 1983

Dia mewakili negaranya dalam Piala Dunia FIFA 1990, Piala Dunia FIFA 1994 dan Euro 1992. Dia membuat 78 penampilan untuk Belanda dan menjaringkan 14 gol. Semasa Piala Eropah 1988, selepas perlawanan separuh akhir menentang Jerman di Hamburg, dia, di depan penyokong Jerman, dengan provokatif berpura-pura untuk mengelap bahagian belakangnya dengan baju Olaf Thon, satu tindakan yang Koeman tidak menyesal.[9]

Karier pengurusan

[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun awal

[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara sebagai pemain ketika bersama Feyenoord, Koeman menjadi ahli staf kejurulatihan Guus Hiddink semasa Piala Dunia FIFA 1998 bersama-sama Johan Neeskens dan Frank Rijkaard. Selepas pertandingan itu, Koeman dilantik sebagai pembantu jurulatih Barcelona. Pada tahun 2000, dia diberi tugas pengurus pertamanya sebagai ketua jurulatih Vitesse dimana dia membawa mereka ke Piala UEFA dengan bajet yang agak terhad.

Koeman kemudiannya dilantik sebagai pengurus Ajax pada tahun 2001. Nasib Ajax mengalami penurunan yang stabil selepas Koeman bermula dengan cemerlang di Amsterdam Arena, memenangi kejuaraan domestik berganda pada musim 2001–02. Walaupun merampas semula gelaran liga pada musim 2003–04, Ajax ketinggalan lapan mata dibelakang seteru PSV dalam Eredivisie. Kemudiannya, mereka tersingkir daripada Piala UEFA selepas kalah Auxerre, 3–2 secara agregat. Koeman kemudiannya meletak jawatan pada 25 Februari 2005.[10]

Koeman bangkit semula daripada kekecewaan di Ajax pada bulan Februari 2005, mengambil jawatan pengurus bersama juara Portugal, Benfica selepas pemergian legenda Itali, Giovanni Trapattoni. Di Benfica, Koeman hanya memenangi Piala Super Portugal, pasukannya menduduki tempat ketiga liga (dibelakang Porto dan Sporting) dan tersingkir daripada Piala Portugal di peringkat suku akhir (kalah kepada Vitória de Guimarães). Disebabkan ini, serta tawaran daripada PSV, menyebabkan pengurus itu meninggalkan Benfica setahun sebelum kontrak berakhir, walaupun Benfica layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Pada musim 2006–07, Koeman memegang jawatan ketua jurulatih PSV, sebagai pengganti kepada Guus Hiddink. PSV mendominasi separuh pertama liga, meletakkan pencabar AZ dan Ajax dengan jarak yang besar. PSV kemudiannya hampir pasti untuk menjadi juara sekali lagi. Walau bagaimanapun, PSV mengalami penurunan pada separuh kedua musim, disebabkan kecederaan pemain-pemain iaitu Jefferson Farfán, Alex dan Ibrahim Afellay, hanya mencatat 19 daripada kemungkinan 39 mata.[11] AZ dan Ajax mendapat semula momentum mereka, bersaing rapat dengan ketiga-tiga pasukan terikat dengan 72 mata sebelum hari terakhir pertandingan. AZ bermain menentang Excelsior dalam perlawanan terakhir mereka, namum gagal meraih kemenangan. Ajax bermain menentang Willem II, tetapi gagal menjaringkan jumlah gol yang cukup; PSV menang 5–1 ke atas Vitesse Arnhem dan menjadi juara Eredivisie dengan kelebihan satu gol di atas Ajax.

Pada 31 Oktober 2007, Koeman bersetuju untuk menjadi jurulatih baru Valencia selepas pemecatan Quique Flores, bermula 5 November 2007.[12] Bersama Valencia, dia memenangi Piala Sepanyol 2007–08, pertandingan yang dimenanginya sebelum ini sebagai pemain Barcelona. Ini merupakan trofi Copa del Rey Valencia yang pertama sejak tahun 1999.[13] Baki tempohnya di Valencia agak mengecewakan. Pasukan itu hanya menduduki tempat ke-15 dalam liga, dua mata di atas zon penyingkiran, juga berada di tangga terbawah dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Kekalahan 5–1 kepada Athletic Bilbao membuktikan masa Koeman di Valencia sudah berakhir. Dia dipecat pada hari berikutnya, pada 21 April 2008.[13]

Dia kemudiannya dilantik sebagai pengurus AZ pada 18 Mei 2009,[14] selepas Louis van Gaal, yang memenangi Eredivisie 2008–09 bersama AZ, menyertai Bayern Munich. Pada 5 Disember 2009, AZ mengumumkan bahawa Koeman tidak lagi menjadi pengurus AZ, selepas kalah 7 daripada 16 perlawanan.[15]

Feyenoord

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Julai 2011, Koeman dilantik sebagai pengurus Feyenoord, menandatangani kontrak setahun bersama kelab Belanda itu sebagai pengganti kepada Mario Been.[16] Dengan pelantikan itu, Koeman menjadi orang pertama untuk bermain dan menjadi ketua jurulatih ketiga-tiga – Ajax, PSV Eindhoven dan Feyenoord.[17] Tambahan pula, dia menyempurnakan pencapaian ini mengikut urutan kelab yang disertai terlebih dahulu. Pada permulaan tahun 2012, ianya telah diumumkan bahawa kontraknya telah dilanjutkan. Pada bulan Februari 2014, Koeman mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan jawatannya di Feyenoord pada akhir musim 2013-14 untuk mengejar cita-cita lain.[18]

Southampton

[sunting | sunting sumber]
Koeman sebagai jurulatih Southampton pada bulan September 2014.

Pada bulan Jun 2014, Koeman diumumkan sebagai pengganti pengurus Southampton, Mauricio Pochettino. Dia menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama kelab itu.[19]

Dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di kelab itu, Koeman berjaya mencatat empat kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, meletakkan Southampton di tempat kedua liga.[20][21] Mereka juga mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal dalam pusingan ketiga Piala Liga dengan kemenangan 2−1 di Emirates.[22][23]

Pada bulan Oktober 2014, Koeman menolak cadangan rakan sepasukan Ronald de Boer bahawa Koeman patut menjadi pengurus pasukan kebangsaan Belanda kerana prestasi buruk di bawah kendalian Guus Hiddink.[24]

Prestasi Southampton pada bulan September membawa kepada Koeman dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan September.[25] Pada bulan Januari, dia dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan buat kali kedua selepas membimbing Southampton kepada tiga kemenangan termasuk ke atas Manchester United dan Arsenal.[26] Dia membimbing Southampton menduduki tempat ketujuh di dalam liga pada akhir musim.[27]

Koeman dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga pada bulan Januari 2016,[28] dan membimbing Southampton menduduki tempat keenam di dalam liga dengan 63 mata.[29]

Pada 14 Jun 2016, Koeman disahkan sebagai pengurus Everton dan menandatangani kontrak selama tiga tahun.[30] Dalam musim pertamanya, Koeman membimbing Everton layak ke Liga Europa UEFA.[31] Koeman dipecat oleh kelab pada 23 Oktober 2017 selepas pasukan tersebut jatuh ke zon penyingkiran selepas kekalahan 5–2 kepada Arsenal pada hari sebelumnya.[32][33]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Koeman berkahwin dengan Bartina Koeman pada tahun 1985. Mereka mempunyai tiga orang anak, dua anak lelaki (bernama Tim dan Ronald) dan seorang anak perempuan (bernama Debbie).[34] Anaknya Ronald merupakan seorang pemain bola sepak profesional untuk Almere City FC dalam Eerste Divisie bermain sebagai penjaga gol.

Statistik

[sunting | sunting sumber]

[35][36][37][38][39]

Prestasi kelab Liga Piala Piala Super Benua Lain-lain Jumlah
Musim Kelab Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Liga Piala KNVB Piala Super Eropah Lain-lain[n 1] Jumlah
1980–81 Groningen Eredivisie 24 4 3 2 27 6
1981–82 33 14 1 0 34 15
1982–83 33 14 4 0 37 14
1983–84 Ajax 32 7 4 2 2 0 38 9
1984–85 30 9 2 1 4 3 36 13
1985–86 32 7 6 1 2 0 40 8
1986–87 PSV 34 16 3 3 2 0 39 19
1987–88 32 21 6 4 8 1 46 26
1988-89 32 14 6 1 4 2 3 1 45 18
Sepanyol Liga Copa del Rey Supercopa Eropah Lain-lain[n 2] Jumlah
1989–90 FC Barcelona La Liga 36 14 7 4 4 1 1 0 48 19
1990-91 21 6 4 2 0 0 7 4 32 12
1991–92 35 16 2 0 1 0 11 1 49 17
1992–93 33 11 3 0 1 0 3 0 3 0 43 11
1993–94 35 11 2 0 1 0 12 8 50 19
1994–95 32 9 1 0 1 0 8 1 42 10
Belanda Liga Piala KNVB Piala Super Eropah Lain-lain Jumlah
1995–96 Feyenoord Eredivisie 31 10 3 1 1 0 7 3 42 14
1996–97 30 9 2 0 5 0 37 9
Jumlah Belanda 343 126 40 15 1 0 34 9 3 1 421 151
Sepanyol 192 67 19 6 4 0 45 15 4 0 264 88
Jumlah karier 535 193 59 21 5 0 79 24 7 1 685 239

[40]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1983 6 1
1984 1 0
1985 1 0
1986 6 0
1987 7 2
1988 10 1
1989 8 3
1990 9 3
1991 4 0
1992 12 0
1993 5 2
1994 9 2
Jumlah 78 14

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Statistik pengurusan

[sunting | sunting sumber]
Pasukan Dari Ke Rekod
P M S K GJ GB +/- Menang %
Vitesse 1 Januari 2000 2 Disember 2001 &&&&&&&&&&&&&079.&&&&&079 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&0132.&&&&&0132 &&&&&&&&&&&&&077.&&&&&077 +55 &&&&&&&&&&&&&050.63000050.63
Ajax 3 Disember 2001 25 Februari 2005 &&&&&&&&&&&&0151.&&&&&0151 &&&&&&&&&&&&&094.&&&&&094 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&0320.&&&&&0320 &&&&&&&&&&&&0147.&&&&&0147 +173 &&&&&&&&&&&&&062.25000062.25
Benfica 8 Jun 2005 8 Mei 2006 &&&&&&&&&&&&&049.&&&&&049 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064 &&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038 +26 &&&&&&&&&&&&&055.10000055.10
PSV 1 Julai 2006 31 Oktober 2007 &&&&&&&&&&&&&063.&&&&&063 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&0121.&&&&&0121 &&&&&&&&&&&&&051.&&&&&051 +70 &&&&&&&&&&&&&061.90000061.90
Valencia 5 November 2007 21 April 2008 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038 &&&&&&&&&&&&&047.&&&&&047 −9 &&&&&&&&&&&&&032.35000032.35
AZ 18 Mei 2009 5 Disember 2009 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 +14 &&&&&&&&&&&&&045.83000045.83
Feyenoord 21 Julai 2011 31 Mei 2014 &&&&&&&&&&&&0114.&&&&&0114 &&&&&&&&&&&&&065.&&&&&065 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&0229.&&&&&0229 &&&&&&&&&&&&0133.&&&&&0133 +96 &&&&&&&&&&&&&057.&2000057.02
Southampton 16 Jun 2014 14 Jun 2016 &&&&&&&&&&&&&091.&&&&&091 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&0140.&&&&&0140 &&&&&&&&&&&&&093.&&&&&093 +47 &&&&&&&&&&&&&048.35000048.35
Everton 14 Jun 2016 23 Oktober 2017 &&&&&&&&&&&&&058.&&&&&058 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&085.&&&&&085 &&&&&&&&&&&&&074.&&&&&074 +11 &&&&&&&&&&&&&041.38000041.38
Jumlah &&&&&&&&&&&&0663.&&&&&0663 &&&&&&&&&&&&0356.&&&&&0356 &&&&&&&&&&&&0140.&&&&&0140 &&&&&&&&&&&&0167.&&&&&0167 &&&&&&&&&&&01173.&&&&&01,173 &&&&&&&&&&&&0690.&&&&&0690 +483 &&&&&&&&&&&&&053.70000053.70
Ajax
PSV Eindhoven
Barcelona
Belanda
Ajax
Benfica
PSV
Valencia
AZ Alkmaar
Pemain
Pengurus
  1. ^ PSV Eindhoven musim 1987–88
    •  European Treble
      •  Juara Eredivisie
      •  Juara Piala KNVB
      •  Juara Piala Eropah
  1. ^ Termasuk Piala Super Eropah 1988 (2 perlawanan) dan Piala Antara Benua 1988 (1 perlawanan, 1 gol).
  2. ^ Termasuk Piala Super Eropah 1989, Piala Super Eropah 1992 dan Piala Antara Benua 1992 (1 perlawanan).
  1. ^ a b "Ronald Koeman". www.goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-06. Dicapai pada 30 December 2014.
  2. ^ "Filling the Boots: A case for Koeman". http://www.totalbarca.com. 20 July 2013. Dicapai pada 7 April 2015. External link in |website= (bantuan)
  3. ^ a b "The World's most successful Top Division Goal Scorers of all time among defensive players" by the IFFHS.
  4. ^ "Ronald Koeman". http://www.fcbarcelona.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 7 April 2015. External link in |website= (bantuan)
  5. ^ "Benfica-coach Koeman hoopt op stunt tegen Barcelona". NU.nl (dalam bahasa Dutch). 27 March 2006. Dicapai pada 16 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Strikers' trademark goals: the Thierry Henry control-and-place, the Romario toe-poke and more". The Telegraph. Retrieved 5 December 2013
  7. ^ "Ronald Koeman: master of all he surveys"[pautan mati kekal]. World Soccer. 28 July 2012. Retrieved 15 April 2013.
  8. ^ "110 facts about Real Madrid on their 110th anniversary". Goal.com. 10 March 2012. Dicapai pada 10 March 2012.
  9. ^ "Zo vierde Koeman de zege op Duitsland". NRC Handelsblad (in Dutch). 8 May 2008. Retrieved 15 April 2013.
  10. ^ "Koeman quits Ajax". The Guardian. 25 February 2005. Dicapai pada 22 December 2008.
  11. ^ "PSV roept rampspoed over zich af". de Volkskrant (in Dutch). 23 April 2007. Retrieved 15 April 2013.
  12. ^ "Koeman agrees to join Valencia". The Guardian. 31 October 2007. Dicapai pada 22 December 2008.
  13. ^ a b Lowe, Sid (21 April 2008). "King's Cup half empty for Koeman". The Guardian. Dicapai pada 22 December 2008.
  14. ^ "Koeman succeeds Van Gaal at AZ". UEFA.com. 17 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 15 April 2013.
  15. ^ "Dutch champions AZ Alkmaar sack coach Koeman". ESPN Soccernet. 5 December 2009. Dicapai pada 15 April 2013.
  16. ^ "Feyenoord appoint Ronald Koeman as new head coach". The Guardian. 21 July 2011. Dicapai pada 21 July 2011.
  17. ^ "Unieke werkreeks Koeman bij traditionele top-drie". Voetbal International. 20 July 2011. Dicapai pada 21 July 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  18. ^ "Coach Ronald Koeman to leave Dutch giants Feyenoord". BBC. 1 February 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
  19. ^ "Ronald Koeman: Southampton name Dutchman as new manager". bbc.co.uk. 16 June 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
  20. ^ "Southampton stays 2nd in EPL with win over QPR". USA Today. 27 September 2014. Dicapai pada 29 September 2014.
  21. ^ "Ronald Koeman's Southampton rebuilding job impresses QPR manager Harry Redknapp". The Telegraph. 28 September 2014. Dicapai pada 29 September 2014.
  22. ^ "Southampton continued their fantastic start to the season by coming from behind to beat Arsenal in a gripping Capital One Cup third-round tie". BBC Sport. 23 September 2014. Dicapai pada 29 September 2014.
  23. ^ Hassan, Nabil (27 September 2014). "Ronald Koeman surprised by Southampton start". BBC Sport. Dicapai pada 29 September 2014.
  24. ^ "Ronald Koeman: Southampton boss dismisses Dutch job link". BBC Sport. 16 October 2014. Dicapai pada 16 October 2014.
  25. ^ a b "Southampton's Ronald Koeman is named manager of the month". BBC Sport. 17 October 2014. Dicapai pada 17 October 2014.
  26. ^ "Kane and Koeman claim Barclays monthly awards". premierleague.com. 13 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Dicapai pada 13 February 2015.
  27. ^ McNulty, Phil (25 May 2015). "Premier League 2014–15: End of season review". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 14 June 2016.
  28. ^ Thomas, Lyall (5 February 2016). "Ronald Koeman and Sergio Aguero named Premier League Manager and Player of the Month". Sky Sports News. Sky plc. Dicapai pada 14 June 2016.
  29. ^ "Saints are back in Europe!". Southampton F.C. 15 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-10. Dicapai pada 14 June 2016.
  30. ^ "Ronald Koeman: Everton appoint ex-Southampton boss as manager". BBC Sport. 14 June 2016. Dicapai pada 14 June 2016.
  31. ^ "Everton qualification for next season's Europa League confirmed". Liverpool Echo. 29 April 2017. Dicapai pada 29 April 2017.
  32. ^ "Ronald Koeman: Everton sack manager after Arsenal defeat". BBC Sport. 23 October 2017. Dicapai pada 23 October 2017.
  33. ^ Hunter, Andy (23 October 2017). "Ronald Koeman sacked by Everton after disastrous start to season". The Guardian. Dicapai pada 23 October 2017.
  34. ^ "Biography for Ronald Koeman". IMDb. Dicapai pada 15 April 2013.
  35. ^ "Ronald Koeman". Football Database.eu. Dicapai pada 15 April 2013.
  36. ^ Ronald Koeman Eredivisie stats. ELF Voetbal. Retrieved 15 April 2013.
  37. ^ "Spanish La Liga & Segunda stats". LFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-25. Dicapai pada 15 April 2013.
  38. ^ "Ronald Koeman – Matches in European Cups". RSSSF. Dicapai pada 15 April 2013.
  39. ^ Nederlof, Bert (2013). "Statistieken". Ronald Koeman (dalam bahasa Belanda). Gouda: Voetbal Internatinal / de Buitenspelers. Cite has empty unknown parameters: |chapterurl= dan |coauthors= (bantuan)
  40. ^ "Ronald Koeman – International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 15 April 2013.
  41. ^ Ronald Koeman. EU-Football.info. Retrieved 15 April 2013.
  42. ^ a b c d e f g h i j "Ronald Koeman – the player". Southampton. 16 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 29 September 2014.
  43. ^ "1988 UEFA European Championship". UEFA. Dicapai pada 29 September 2014.
  44. ^ "Ronald Koeman: Southampton starting to scare big teams". BBC Sport. 13 January 2015. Dicapai pada 13 January 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]