Marco van Basten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Marco van Basten
Marco van Basten.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Marco van Basten
Tarikh lahir (1964-10-31) 31 Oktober 1964 (umur 52)
Tempat lahir Utrecht, Belanda
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Belanda (pembantu pengurus)
Kerjaya remaja
1970–1971 EDO
1971–1980 UVV
1980–1981 USV Elinkwijk
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1981–1987 Ajax 133 (128)
1987–1995 Milan 147 (90)
Jumlah 280 (218)
Pasukan kebangsaan
1981 Belanda B21 15 (13)
1983–1992 Belanda 58 (24)
Pasukan diurus
2003–2004 Jong Ajax
2004–2008 Belanda
2008–2009 Ajax
2012–2014 Heerenveen
2014 AZ
2014–2015 AZ (pembantu pengurus)
2015–2016 Belanda (pembantu pengurus)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Marcel "Marco" van Basten (Sebutan Belanda: [ˈmɑrkoː vɑn ˈbɑstə(n)] ( listen); lahir 31 Oktober 1964) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini menjadi pembantu jurulatih bagi pasukan kebangsaan Belanda. Sepanjang kariernya sebagai seorang pemain, van Basten hanya bermain untuk Ajax dan Milan pada 1980an hingga awal 1990an sebagai seorang penyerang. Beliau diakui salah satu penyerang terbaik sepanjang zaman dan telah menjaringkan lebih 300 gol sepanjang kariernya tetapi perlawanan terakhirnya pada 1993 ketika berusia 28 tahun. Beliau membuat persaraan dua tahun kemudian oleh kerana kecederaan yang memaksa.[2] Beliau kemudian menjadi ketua jurulatih Ajax dan pasukan kebangsaan Belanda.

Sepanjang bermain untuk Belanda, van Basten dinobatkan "Pemain Terbaik Kejohanan" Euro 1988 selepas persembahannya yang memukau dengan menghasilkan lima gol termasuklah gol voli pada perlawanan akhir menentang Kesatuan Soviet. Di peringkat kelab, beliau meraih tiga gelaran Eredivisie, satu Piala Pemenang UEFA bersama Ajax dan tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah ketika bersama Milan.

Van Basten dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1988, 1989 dan 1992.[3] Selepas itu, beliau turut dinamakan Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 1992. Pada tahun 1999, beliau berada di kedudukan keenam dalam pemilihan internet Pemain Abad Ini FIFA dan van Basten di kedudukan kesepuluh di kalangan pemain Eropah abad ini oleh IFFHS serta di tempat ke-12 dalam pemilihan Pemain Terbaik Dunia Abad Ini. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100. Pada tahun yang sama, satu pemilihan dibuat bagi menentukan 100 orang Belanda terhebat. Van Basten berada di kedudukan ke-25 dan di kedudukan kedua di kalangan pemain bola sepak di belakang Johan Cruyff. Pada 2007, Sky Sports meletakkan Van Basten di tempat pertama dalam senarai atlet terhebat yang menamatkan kariernya di usia yang awal.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Van Basten, Cruijff dan Rijkaard di Schiphol sebelum berlepas ke Greece untuk perlawanan Piala Juara-Juara Eropah antara Ajax dan Olympiakos pada 1986.

Marco van Basten memulakan kariernya dengan bermain untuk pasukan tempatan, EDO semasa beliau berusia enam tahun. Setahun kemudian, beliau berpindah ke UVV Utrecht. Selepas sembilan tahun di sana, beliau berpindah dari Utrecht untuk bermain bersama kelab lain, Elinkwijk.

Ajax[sunting | sunting sumber]

Ajax menandatangani Van Basten ketika musim 1981–82. Beliau membuat debut untuk Ajax pada April 1982 dan menjaringkan gol pada perlawanan debutnya ketika menentang NEC.

Pada musim 1982–83, beliau bersaing dengan penerima anugerah penjaring tertinggi Eropah, Wim Kieft untuk merebut posisi penyerang tengah. Selepas Kieft meninggalkan Ajax untuk berpindah ke Pisa pada musim seterusnya, Van Basten menjadi penyerang utama Ajax.

Beliau menjadi penjaring terbanyak liga buat empat musim dari musim 1983–84 sehingga 1986–87 dengan menghasilkan 118 gol dalam 112 perlawanan. Pada musim 1985-86, beliau menjaringkan 37 gol dalam 26 perlawanan liga termasuklah enam gol menentang Sparta Rotterdam dan lima gol sewaktu menentang Heracles Almelo. Pada masa yang sama, beliau menerima anugerah Kasut Emas Eropah. Selain itu, beliau turut menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah menentang Lokomotive Leipzig pada tahun 1987. Van Basten telah menjaringkan 128 gol dalam 133 perlawanan liga buat Ajax.[4]

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, Silvio Berlusconi membeli Van Basten dan menambah dua lagi pemain Belanda lain, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard pada 1988. Pada musim pertamanya, Milan meraih Scudetto pertama dalam masa lapan tahun tetapi Van Basten hanya bermain sebelas perlawanan kerana sentiasa dilanda masalah kecederaan buku lali.[5]

Pada musim 1988-89, Van Basten merangkul anugerah Ballon d'Or sebagai pemain bola sepak terbaik Eropah.[6] Beliau menjaringkan 19 gol di Serie A dan menyumbat dua gol pada perlawanan akhir Piala Eropah menentang Steaua Bucureşti.[7] Pada musim seterusnya, beliau dinobatkan sebagai Capocannoniere, iaitu penjaring terbanyak Serie A. Sementara itu, Milan berjaya mempertahankan gelaran Piala Eropah selepas membenam Benfica pada perlawanan akhir.[8]

Van Basten beraksi untuk Milan pada awal 1990an.

Milan bergelut pada musim 1990-91 apabila Sampdoria menjadi juara liga. Selepas Van Basten gagal menyerlah di bawah kendalian Arrigo Sacchi, Berlusconi seterusnya mengambil tindakan memecat pengurus. Fabio Capello mengambil alih jawatan pengurus pada musim berikutnya dan Milan menjadi pasukan tanpa tewas di saingan liga dan meraih satu lagi Scudetto. Van Basten menjaringkan 25 gol liga dan sekali lagi merangkul anugerah Capocannoniere.[9]

Pada November 1992, beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara ketika menentang IFK Göteborg. Milan meneruskan rentak tanpa kalah pada musim 1992-93 dengan 58 perlawanan tanpa kalah pada dua musim sebelum mereka tewas. Van Basten tentunya tonggak utama pasukan Milan pada era ini. Beliau diundi sekali lagi sebagai "Pemain Terbaik Eropah". Van Basten menjadi pemain ketiga selepas Johan Cruyff dan Michel Platini yang meraih anugerah itu sebanyak tiga kali.[10]

Kecederaan buku lalinya yang serius pada satu perlawanan menentang Ancona memaksanya melakukan satu pembedahan serius. Beliau kembali pada beberapa baki perlawanan sebelum musim tamat. Perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 1993 merupakan perlawanan terakhir Van Basten buat Milan dan perlawanan berkesudahan Milan tewas kepada Marseille.[11]

Van Basten sangat berharap agar dapat mewakili negaranya dalam kejohanan Piala Dunia 1994 dan juga beraksi untuk kelabnya pada musim 1994–95. Pihak kelab tidak membenarkan Van Basten mengambil bahagian dalam Piala Dunia kerana dibimbangi akan mengganggu proses pemulihannya daripada kecederaan buku lalinya. Beliau akhirnya tewas dalam perjuangannya untuk pulih pada 17 Ogos 1995 apabila beliau mengumumkan persaraan selepas dua tahun diketepikan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Van Basten membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada tahun 1983. Pada kejohanan Euro 1988, Van Basten menjadi tonggak utama kemaraan pasukan Belanda. Beliau menjaringkan lima gol sepanjang kempen termasuk hatrik ketika menentang England, jaringan gol kemenangan menentang Jerman Barat dan jaringan voli menarik pada perlawanan akhir menentang Kesatuan Soviet. Beliau menjadi penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan.[12]

Pasukan kebangsaan Belanda juga pasukan pilihan di Piala Dunia 1990 namun laluannya terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada Jerman Barat. Van Basten tidak menjaringkan sebarang gol pada aksi Piala Dunia itu.

Pasukan Belanda melangkah ke separuh akhir UEFA Euro 1992 bertemu Denmark dalam penentuan penalti. Van Basten dilihat gagal menyempurnakan penaltinya selepas diselamatkan oleh Peter Schmeichel.[13] Van Basten diletakkan ke dalam "Pasukan Pilihan Kejohanan Euro 1992".

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1983 3 2
1984 3 0
1985 4 1
1986 4 2
1987 4 1
1988 9 5
1989 5 2
1990 11 8
1991 5 2
1992 10 1
Jumlah 58 24

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Van Basten bermain dalam satu perlawanan amal di San Siro pada Mac 2006 dan beliau menjaringkan gol sebelum dikeluarkan pada awal separuh masa pertama. Pada 22 Julai 2006, beliau bermain dalam satu perlawanan bagi menyambut sebelas tahun karier Dennis Bergkamp di Arsenal dan juga perlawanan pertama berlangsung di Stadium Emirates yang baru. Van Basten bermain pada separuh masa kedua sebagai pasukan legenda Ajax. Beliau memasuki perlawanan sebagai dua gantian yang ditetapkan oleh Johan Cruyff. Beliau turut dilihat dalam pengiklanan Tyskie (syarikat bir Poland) selain menampilkan Luís Figo dan Zbigniew Boniek.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Ajax B[sunting | sunting sumber]

Van Basten secara rasminya meninggalkan Milan dan bersara pada 1995 dan mengatakan beliau tidak akan menjadi seorang pengurus bola sepak. Walau bagaimanapun, beliau mengubah keputusannya dan mengambil kursus di Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB). Tugas pertama beliau sebagai seorang pengurus ialah ketika menjadi pembantu jurulatih kepada bekas rakan sepasukannya, John van 't Schip untuk pasukan kedua Ajax pada musim 2003–04.

Belanda[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Julai 2004, Van Basten dinamakan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Belanda baru dan Van 't Schip menjadi pembantunya. Perlantikan Van Basten mengundang beberapa kontroversi kerana van Basten baru sahaja memulakan karier pengurusnya dan media berpendapat van Basten tidak berpengalaman lagi. Malah, van Basten turut meragui keputusan KNVB yang melantiknya sebagai pengurus pasukan kebangsaan walaupun beliau mengakui "ia sukar untuk melepaskan peluang ini".

Sebagai pengurus baru, beliau mempunyai prinsip kukuh. Van Basten turut mengetepikan beberapa pemain ternama yang ditelan usia seperti Clarence Seedorf, Patrick Kluivert, Edgar Davids, Roy Makaay dan Mark van Bommel kerana van Basten banyak memberi peluang kepada pemain-pemain muda. Van Basten turut memanggil Dennis Bergkamp yang telah bersara daripada pasukan kebangsaan sejak enam tahun sebelumnya. Tetapi, van Basten tidak pernah berniat melakukan demikian walaupun kesanggupan Bergkamp sendiri.

Van Basten sebelum perlawanan antara Belanda dan Perancis dalam saingan peringkat kumpulan Euro 2008.

Buat pertama kali dalam dekad ini, ketiadaan pemain pasukan pasukan kebangsaan dari kelab Ajax, PSV dan Feyenoord yang merupakan tulang belakang Belanda. Sebaliknya, AZ menghasilkan beberapa pemain cemerlang seperti Denny Landzaat, Barry Opdam, Barry van Galen, Ron Vlaar, Jan Kromkamp dan Joris Mathijsen. AZ pada masa itu sebagai sebuah kelab kecil membuktikan kejayaannya di liga Belanda dan Piala UEFA. Antara pemain bukan dari AZ yang dibawa ke pasukan kebangsaan ialah Khalid Boulahrouz, Hedwiges Maduro, Ryan Babel dan Romeo Castelen. Van Basten juga memanggil penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou tetapi gagal apabila Kalou ditolak untuk memperoleh kerakyatan Belanda oleh pihak berkuasa imigresen. Kalon akhirnya menerima panggilan dari Ivory Coast dan membuat keputusan untuk mewakili negara itu.

Di bawah kendalian van Basten, pasukan Belanda cemerlang tanpa tewas dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan mudah layak ke Piala Dunia. Mereka tersingkir pada perlawanan kontroversi, 1-0 kepada Portugal pada pusingan kalah mati. Van Basten dikritik hebat kerana meletakkan Ruud van Nistelrooy (telah menjaringkan 26 gol sebelum perlawanan) di bangku simpanan sebelum perlawanan malah sebaliknya meletakkan Dirk Kuyt yang tidak menjaringkan sebarang gol pada kejohanan itu di posisi penyerang.

Pada Mei 2007, Van Basten mengumumkan beliau berkonflik dengan van Nistelrooy yang sebelum ini menyatakan beliau tidak akan beraksi untuk pasukan Belanda di bawah kendalian Van Basten. Pemain-pemain lain seperti Roy Makaay, Mark van Bommel, Boudewijn Zenden dan Edgar Davids kesemuanya diketepikan.

Van Basten masih mempunyai kontrak bersama KNVB untuk mengendali Belanda sehingga 2008. KNVB juga mengajukan keputusannya untuk melanjutkan kontrak van Basten sehingga laluan pasukan kebangsaan ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, pada 22 Februari 2008, Van Basten menandatangani kontrak empat tahun bersama Ajax bermula dari 1 Julai. Kejohanan terakhir van Basten sebagai pengurus Belanda ialah UEFA Euro 2008 dan Belanda dilihat memulakan kempen cemerlang pada pusingan pertama. Mereka membenam juara dunia, Itali 3–0 pada perlawanan pembukaan dan menewaskan Perancis pada perlawanan seterusnya. Pada perlawanan terakhirnya yang sememangnya pasukan Belanda bersedia ke pusingan seterusnya, van Basten menurunkan beberapa pemain simpanan seperti Maarten Stekelenburg, Wilfred Bouma dan Ibrahim Afellay dalam kesebelasan utama untuk menentang Romania dan berkesudahan Oranje menang 2–0. Pada peringkat suku akhir, Van Basten bertembung dengan pengendali pasukan Rusia yang turut berasal dari negara sama iaitu Guus Hiddink. Selepas terikat 1-1 sepanjang 90 minit, Rusia akhirnya meraikan kemenangan 3-1. Van Basten menamatkan tempohnya sebagai pengurus Belanda dengan 35 kemenangan, 11 seri dan enam kalah dalam 52 perlawanan.

Kembali ke Ajax[sunting | sunting sumber]

Van Basten menjadi pengurus baru Ajax selepas kejohanan Euro 2008 tetapi meletak jawatan pada 6 Mei 2009 selepas pasukannya gagal layak ke Liga Juara-Juara untuk musim seterusnya. Van Basten memulakan musim dengan baik dan menghabiskan kos berjuta-juta apabila membawa masuk Miralem Sulejmani, Ismaïl Aissati, Darío Cvitanich, Evander Sno, Eyong Enoh dan Oleguer. Walau bagaimanapun, pada separuh kedua musim, selepas Klaas-Jan Huntelaar melakukan perpindahan ke Real Madrid, Van Basten mula merombak kesebelasan utamanya. Apabila Ajax tewas kehilangan sebelas mata dalam empat perlawanan, hajat Ajax untuk merebut takhta liga semakin kabur. Walau bagaimanapun, Ajax masih menghuni tangga kedua liga dan mampu mendapat tempat ke kelayakan Liga Juara-Juara. Walau bagaimanapun, selepas dua kekalahan memalukan kepada PSV (6–2) dan Sparta Rotterdam (4–0), Ajax hanya menghuni tangga ketiga liga. Van Basten memutuskan untuk meletak jawatan pada penghujung musim 2008–09. Sejak itu, Van Basten menjadi pundit untuk Sport1 tetapi masih merancang kembali sebagai pengurus. Beliau menamatkan tempohnya sebagai pengurus di Ajax dengan 26 kemenangan, lapan seri dan sebelas kekalahan dalam 45 perlawanan.

Heerenveen[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Februari 2012, Van Basten diumumkan sebagai pengurus baru Heerenveen dalam musim 2012–13. Van Basten membawa Heerenveen ke tangga kelapan liga pada musim 2012-13 dan membimbing pasukannya ke tangga kelima pada musim berikutnya. Beliau menghabiskan tempohnya dengan 27 kemenangan, 18 seri dan 27 kekalahan dalam 72 perlawanan.

AZ[sunting | sunting sumber]

AZ mengumumkan pada 18 April 2014 bahawa Van Basten akan menggantikan Dick Advocaat sebagai pengurus baru AZ pada permulaan musim 2014–15. Pada 28 Ogos 2014, Van Basten meninggalkan perlawanan menentang FC Dordrecht kerana menurut laporan Belanda, beliau mengalami tekanan dan pasukannya dikendali oleh pembantunya, Alex Pastoor dan Dennis Haar.[14][15] Kemudian pada 3 September, AZ mengesahkan Van Basten telah diberi cuti panjang sehingga 14 September. Pada 16 September 2014, pihak kelab bersetuju Van Basten akan melepaskan peranannya sebagai pengurus kelab kerana beliau akan menandatangani kontrak baru sebagai penolong jurulatih sehingga 2016. Van Basten menyatakan tekanan yang dialaminya disebabkan oleh peranannya sebagai ketua jurulatih yang bekerja sepenuh masa dan mengundang isu-isu fizikal dan mental.[16] Beliau menamatkan tempohnya dengan dua kemenangan dan tiga kekalahan dalam lima perlawanan.[17]

Kembali ke Belanda[sunting | sunting sumber]

Selepas setahun di AZ, Van Basten memutuskan untuk mengisi kekosongan jawatan pembantu pengurus di bawah kendalian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda, Danny Blind.[18] Van Basten bekerja bersama Ruud van Nistelrooy di jawatan tersebut. Pada Ogos 2016, Van Basten mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatannya itu kerana akan mengambil alih tugas di FIFA.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 September 2014.
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Pasukan kebangsaan Belanda 29 July 2004[19] 30 June 2008[20] &&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052 &&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&067.31000067.31
Ajax 1 Julai 2008[21] 6 Mei 2009[22] &&&&&&&&&&&&&045.&&&&&045 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&057.78000057.78
Heerenveen 1 Julai 2012[23] 30 Jun 2014[24] &&&&&&&&&&&&&072.&&&&&072 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&037.50000037.50
AZ 1 Julai 2014[25] 16 September 2014[26] &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&0174.&&&&&0174 &&&&&&&&&&&&&090.&&&&&090 &&&&&&&&&&&&&037.&&&&&037 &&&&&&&&&&&&&047.&&&&&047 &&&&&&&&&&&&&051.72000051.72

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Ajax 1981–82 1 1 1 0 0 0 2 1
1982–83 20 9 5 4 0 0 25 13
1983–84 26 28 4 1 2 0 35 29
1984–85 33 22 4 2 4 5 41 29
1985–86 26 37 1 0 2 0 29 37
1986–87 27 31 7 6 9 6 43 43
Jumlah 133 128 22 13 17 11 172 152
Itali Milan 1987–88 11 3 5 5 3 0 19 8
1988–89 33 19 4 3 9 10 1 1 47 33
1989–90 26 19 4 1 9 4 1 0 40 24
1990–91 31 11 1 0 2 0 1 0 35 11
1991–92 31 25 7 4 38 29
1992–93 15 3 1 0 5 6 1 1 22 20
1993–94
1994–95
Jumlah 147 90 22 13 28 20 4 2 201 125
Jumlah kerjaya 280 218 44 26 45 31 4 2 373 277

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax
Milan

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Individu[sunting | sunting sumber]

Van Basten menjulang trofi Ballon d'Or di San Siro pada tahun 1988.

Nota[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Imdb">"Biography for Marco van Basten". IMDb. Dicapai pada 6 April 2010. 
  2. ^ name="FIFA"
  3. ^ name="FIFA"
  4. ^ name="FIFA"
  5. ^ name="FIFA"
  6. ^ name="FIFA"
  7. ^ name="FIFA"
  8. ^ name="FIFA"
  9. ^ name="FIFA"
  10. ^ name="FIFA"
  11. ^ name="FIFA"
  12. ^ name="FIFA"
  13. ^ name="FIFA"
  14. ^ "Van Basten given time to recover from health problems". Reuters. 3 September 2014. Dicapai pada 3 September 2014. 
  15. ^ "AZ Alkmaar coach Marco van Basten takes break due to health concerns". The Guardian. 3 September 2014. Dicapai pada 3 September 2014. 
  16. ^ "Eredivisie: Marco van Basten is to step down as AZ Alkmaar boss due to health issues". Sky Sports. 16 September 2014. Dicapai pada 16 September 2014. 
  17. ^ name="Marco van Basten: Why stress prompted manager to leave role"
  18. ^ name="FIFA role"
  19. ^ name="Van Basten given Dutch reins"
  20. ^ name="Van Basten takes Ajax role"
  21. ^ name="Van Basten takes Ajax role"
  22. ^ name="Marco van Basten resigns as Ajax coach"
  23. ^ name="Heerenveen schnappt sich van Basten"
  24. ^ name="Van Basten übernimmt bei AZ Alkmaar"
  25. ^ name="Van Basten übernimmt bei AZ Alkmaar"
  26. ^ name="Eredivisie: Marco van Basten is to step down as AZ Alkmaar boss due to health issues"
  27. ^ name="Ajax Honours">"Ajax Honours". Marco van Basten. Dicapai pada 28 September 2014. 
  28. ^ name="Ajax Honours"
  29. ^ name="Ajax Honours"
  30. ^ name="AC Milan Honors">"AC Milan Honours". Marco van Basten. Dicapai pada 28 September 2014. 
  31. ^ name="AC Milan Honors"
  32. ^ name="AC Milan Honors"
  33. ^ name="AC Milan Honors"
  34. ^ name="AC Milan Honors"
  35. ^ name="National Team Honours">"National Team Honours". Marco van Basten. Dicapai pada 28 September 2014. 
  36. ^ name="Ajax Honours"
  37. ^ name="Ajax Honours"
  38. ^ name="Ajax Honours"
  39. ^ name="Ajax Honours"
  40. ^ name="Onze dOr"
  41. ^ name="AC Milan Honors"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]