Ruud Gullit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ruud Gullit
Maklumat peribadi
Nama penuh Ruud Gullit
Tarikh lahir (1962-09-01) 1 September 1962 (umur 61)
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah / Penyerang
Kerjaya remaja
1967–1975 ASV Meerboys
1975–1979 DWS
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1979–1982 HFC Haarlem 91 (32)
1982–1985 Feyenoord 85 (30)
1985–1987 PSV 68 (46)
1987–1993 Milan 117 (35)
1993–1994 Sampdoria 31 (15)
1994 Milan 8 (3)
1994–1995 Sampdoria 22 (9)
1995–1998 Chelsea 49 (4)
Jumlah 465 (175)
Pasukan kebangsaan
1979 Belanda B21 4 (1)
1981–1994 Belanda 66 (17)
Pasukan diurus
1996–1998 Chelsea (pemain-pengurus)
1998–1999 Newcastle United
2004–2005 Feyenoord
2007–2008 Los Angeles Galaxy
2011 Terek Grozny
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ruud Gullit OON (Sebutan Belanda: [ˈryt ˈxɵlɪt] ( listen);[2] (lahir pada 1 September 1962) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang aktif pada era 1980-an dan 1990-an. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang. Beliau mengetuai pasukan kebangsaan Belanda yang merangkul kejuaraaan Euro 1988 dan beliau turut mewakili negaranya ke Piala Dunia 1990 dan Euro 1992.

Di peringkat kelab, beliau berpindah ke Milan dari PSV Eindhoven pada 1987 menjadi rekod perpindahan dunia.[3] Beliau membentuk trio Belanda di Milan bersama Marco van Basten dan Frank Rijkaard. Gullit meraih tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah bersama Milan. Pada 1996, beliau berpindah ke Chelsea dan setahun kemudian, beliau memainkan peranan sebagai pemain-pengurus. Pada musim debutnya di Chelsea, beliau membawa pasukannya merangkul Piala FA Inggeris, kejuaraan pertama Chelsea dalam masa 26 tahun. Pada masa yang sama, beliau menjadi pengurus bukan England pertama yang meraih Piala FA.

Gullit dinobatkan Ballon d'Or pada 1987 dan Pemain Terbaik World Soccer pada 1987 dan 1989. Beliau biasanya diletakkan di posisi pemain tengah menyerang,[4] serta serba boleh bermain di beberapa posisi sepanjang kariernya. Pada 2004, beliau tersenarai dalam FIFA 100 iaitu 125 pemain terhebat yang dipilih Pelé untuk meraikan ulang tahun FIFA ke-100.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Gullit telah dilahirkan di Amsterdam dengan nama Rudi Dil. Bapanya, George Gullit merupakan orang Suriname yang berpindah ke Belanda bersama Herman Rijkaard, bapa kepada Frank Rijkaard. Keluarga Gullit di Jordaan di Amsterdam. Keluarganya tinggal di sebuah bilik yang kecil di dalam satu apartemen kecil. Bapa Gullit bekerja sebagai guru ekonomi di sekolah manakala ibunya merupakan seorang penjaga muzium di Rijksmuseum.

Gullit menyertai kelab Meerboys pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, Gullit terpaksa berpindah dari Jordaan ke Amsterdam Old West dan di situ, beliau bermain bola sepak bersama Frank Rijkaard. Gullit sertai kelab DWS dan menarik kelab remaja Belanda dan seterusnya, beliau bermain bersama beberapa pemain terkenal seperti Erwin Koeman, Ronald Koeman and Wim Kieft.

Ketika masanya di DWS, Gullit memilih untuk menggunakan nama keluarga bapanya berbanding mendaftar nama keluarganya sendiri dan beliau kira lebih enak seperti seorang pemain bola sepak.[5] Beliau mengekalkan nama keluarga ibunya dan teruskan menandatangani semua kontrak dengan nama Ruud Gil.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

HFC Haarlem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1978, beliau berpindah ke HFC Haarlem yang pada masa itu di bawah kendalian bekas pengurus West Brom, Barry Hughes. Gullit melakukan 91 kemunculan untuk Haarlem dan menjaringkan 32 gol. Beliau membuat debut untuk Haarlem pada usia 16 tahun dan menjadi pemain termuda dalam sejarah Eredivisie pada masa itu.[6] Pada tahun pertamanya di Haarlem, pasukannya menduduki tangga tercorot liga tetapi mereka berjaya kembali semula ke Eredivisie selepas menjuarai Eerste Divisie. Gullit dinamakan sebagai pemain terbaik Eerste Divisie pada musim itu.[7] Pada musim 1981–82, Gullit antara tonggak utama pasukan yang membantu Haarlem merebut tempat ke kejohanan Eropah selepas menamatkan musim di tempat keempat dan satu-satunya kelayakan ke kejohanan Eropah dalam sejarah Haarlem. Pengurus kelab, Hughes sangat tertarik dengan Gullit dan menggamarkannya dia sebagai "Duncan Edwards Belanda".[8]

Feyenoord[sunting | sunting sumber]

Gullit sedang menjalani latihan bersama Johan Cruijff pada tahun 1983 ketika di Feyenoord.

Pemain muda Gullit berkemungkinan akan dibawa masuk ke Arsenal atau Ipswich Town tetapi pengurus Terry Neill dan Bobby Robson membatalkan hasratnya. Neill kemudian memberitahu beliau mengeluar kos 30 ribu euro yang terlalu "liar" untuk pemain muda ini. Gullit seterusnya melakukan perpindahan ke Feyenoord pada 1982. Di Feyenoord, beliau beraksi dalam 85 perlawanan liga dan menjaringkan 31 gol. Di situ juga, Gullit beraksi bersama dengan legenda Belanda, Johan Cruyff. Musim pertama Gullit di Feyenoord menyaksikan beliau tidak dapat meraih sebarang trofi bersama kelab tetapi pada tahun berikutnya, mereka merangkul kejuaraan liga dan piala domestik. Gullit dinobatkan sebagai Peman Terbaik Belanda atas kejayaan Feyenoord itu. Gullit memainkan peranannya sebagai seorang pemain tengah dan sebelum ini di Haarlem, sweeper. Pada perlawanan antara Feyenoord dan St Mirren pada September 1983, beliau bertengkar dengan penyokong Scotland oleh kerana beliau menjadi sasaran perkauman.

PSV[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, beliau berpindah ke PSV dengan harga 1.2 juta euro. Beliau menjaringkan 46 gol sepanjang 68 kemunculan liga buat PSV. Gullit sekali lagi dianugerahkan Pemain Terbaik Belanda pada 1986 setelah beliau membantu PSV menjulang trofi liga. Pada musim seterusnya, beliau sekali lagi membantu PSV merampas takhta liga dan Gullit mula menjadi pemain berkelas dunia dan keistimewannya sendiri, beliau menjadi sasaran kelab-kelab gergasi Eropah. Gullit juga mencetuskan kritikan apabila sebilangan besar penyokong Feyenoord menggelarkan beliau sebagai "serigala" dengan menuduh Gullit berpindah ke PSV semata-mata wang.[9]

Milan[sunting | sunting sumber]

Silvio Berlusconi membawa masuk Gullit ke Milan pada tahun 1987 dengan bayaran kos perpindahan termahal dunia pada masa itu iaitu 20 juta dolar Amerika sebagai pengganti Ray Wilkins. Di Milan, Gullit bersama dua rakan senegaranya, Marco van Basten dan Frank Rijkaard selain gandingan mantap dua pemain Itali, Paolo Maldini dan Franco Baresi. Pada musim pertama Gullit di Itali, beliau meraih trofi Ballon d'Or.

Setibanya Gullit di Milan, beliau pada mulanya sukar untuk menetap di sana kerana beliau tidak fasih bertutur bahasa Itali.[10] Namun, musim pertama Gullit di Milan menyaksikan kelab ini merangkul kejuaraan Scudetto buat pertama kali dalam masa sembilan tahun di bawah kendalian Arrigo Sacchi. Beliau pada mulanya digunakan di posisi sayap kanan bersama trio di bahagian serangan iaitu Van Basten dan Pietro Virdis tetapi selepas beliau mengalami kecederaan, bahagian serangan diubah menjadi dua pemain. Pada musim berikutnya, Milan mencatat kejayaan Piala Eropah. Selepas membenam Real Madrid 5-0 pada aksi separuh akhir pertama, Gullit mengalami kecederaan dan menjalankan pembedehaan supaya pulih sepenuhnya untuk perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir, mereka melakar kemenangan 4-0 ke atas Steaua Bucharest pada tahun 1989 dan Gullit menjaringkan dua gol penting. Pada tahun berikutnya, Milan berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Benfica pada perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, kecederaan serius menyebabkan masa bermain Gullit terhad dan beliau hanya beraksi dua perlawanan piala domestik sebelum tampil pada aksi final ketika musim 1989-90.

Pada musim 1990–91, kejuaraan hatrik Piala Eropah Milan tidak kesampaian apabila tersingkir di tangan Marseille di peringkat suku akhir. Selepas terikat 1-1 di San Siro, perlawanan ditunda selepas dua dari empat lampu stadium Marseille gagal berfungsi. Selepas lampu dipulihkan selama 15 minit, pasukan Milan menolak untuk kembali ke padang sekali gus UEFA menganugerahkan kemenangan 3-0 kepada Marseille lalu menggantung Milan untuk beraksi ke kejohanan Eropah pada musim berikutnya.

Di peringkat domestik, Milan meneruskan pendominasinya dengan meraih Serie A pada musim 1991-92 (rekod tanpa kalah dalam saingan liga) dan 1992-93. Gullit turut tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Eropah 1993 selepas peraturan UEFA yang hanya membenarkan tiga pemain asing beraksi di dalam stadium.

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, Gullit berpindah ke Sampdoria dan membantu kelab untuk melakar kemenangan dalam kejohanan Coppa Italia pada musim 1993-94. Beliau turut menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas kelab lamanya, Milan. Beliau singkatnya dibawa masuk ke Milan semula pada tahun 1994 tetapi kembali ke Sampdoria sebelum kemuncak musim 1994-95. Selepas kembali ke Sampdoria, beliau beraksi di bawah kendalian Sven Goran Erikson yang sentiasa memberi semangat dan kepercayaan terhadap Gullit. Pada musim singkatnya di Sampdoria, beliau menjaringkan 15 gol buat Sampdoria.

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 1995, beliau melakukan perpindahan ke Chelsea secara percuma. Pada mulanya, beliau bermain sebagai sweeper oleh pengurus Glenn Hoddle. Kemudian, Gullit dipindahkan ke posisi kebiasaannya, pemain tengah dan sejak itu, beliau menjaringkan enam gol. Selain Gullit, pemain-pemain seperti Mark Hughes dan Dan Petrescu turut dibawa masuk mendorong Chelsea ke separuh akhir Piala FA tetapi prestasi Chelsea di saingan liga sangat mengecewakan.

Gullit turut menghadapi sedikit kesukaran ketika menunjukkan cara bermainnya di Chelsea. Disebabkan itu, beliau terpaksa berpindah posisi ke pemain tengah. Oleh sebab itu juga, pengubahan posisi Gullit menyebabkan beliau menjadi naib juara di belakang Eric Cantona dalam anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Gullit sejak ditemu ramah mengatakan beliau menikmati kariernya di London dan berasa sangat gembira di Chelsea.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, Gullit melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada perlawanan menentang Switzerland yang berkesudahan Switzerland menang 2–1.

Kerjaya Gullit di pasukan Belanda sedikit mengecewakan kerana Belanda gagal menempah tempat ke Piala Dunia 1984 dan Euro 1984. Ia diikuti terlepas kejohanan Piala Dunia 1986 selepas Belanda kecundang di tangan negara jiran, Belgium pada pusingan play-off.

René van der Gijp dan Gullit ketika menjalani latihan untuk pasukan kebangsaan Belanda.

Walau bagaimanapun, Gullit menjadi salah satu tonggak utama Belanda yang membantu pasukannya bergelar juara dalam kejohanan Euro 1988 di bawah kendalian Rinus Michels. Selepas menewaskan tuan rumah Jerman Barat 2-1 di Hamburg pada separuh akhir, Belanda bertemu Soviet pada pusingan akhir. Gullit menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan menarik sebelum Marco van Basten menjaringkan gol voli untuk membantu Belanda membenam Soviet 2-0.

Belanda menjadi salah satu pasukan pilihan dalam aksi Piala Dunia 1990 tetapi pasukan ini gagal daripada yang diharapkan. Kecederaan lutut Gullit menghalangnya untuk terus bermain. Namun, Gullit dapat menjaringkan gol pada kejohanan itu ketika menentang Republik Ireland dan membantu pasukannya untuk maar ke pusingan kedua. Mereka sekali lagi bertemu Jerman Barat dan salah satu perlawanan tidak akan dilupakan. Ia diikuti kekecohan antara Frank Rijkaard dan Rudi Völler. Pasukan Jerman menebus kembali dendamnya atas kekalahan dua tahun lalu dengan membenam Belanda 2-1 sebelum dinobatkan sebagai juara dunia.

Pada kejohanan Euro 1992, Belanda sekali lagi dilihat pasukan pilihan. Gullit mempamerkan aksi menarik dengan melakukan hantaran kepada Dennis Bergkamp untuk menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang Scotland. Selepas seri bertemu Rusia dan menewaskan Jerman, Belanda dikejutkan Denmark pada pusingan kedua lalu Denmark menjadi juara Eropah.

Pada tahun 1993, Gullit dan pengurus Belanda, Dick Advocaat mula bertikai lalu menamatkan karier antarabangsa Gullit. Keputusan Advocaat untuk meletakkan Gullit di posisi pemain tengah kanan pada perlawanan menentang England. Gullit menolak untuk beraksi pada perlawanan antarabangsa tetapi menarik balik keputusannya dan bersetuju untuk kembali pada perlawanan menentang Scotland pada Mei 1994. Sebaik sebelum Piala Dunia 1994 bermula, Gullit tidak menyertai kem latihan pra-kejohanan dan beliau tidak akan beraksi di perlawanan antarabangsa lagi.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1981 1 0
1982 5 1
1983 6 4
1984 4 0
1985 4 0
1986 6 1
1987 6 5
1988 8 2
1989 2 0
1990 9 1
1991 4 1
1992 8 2
1993 2 0
1994 1 0
Jumlah 66 17

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1996, selepas Glenn Hoddle meninggalkan Chelsea untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan England, Gullit dilantik sebagai pemain-pengurus sekali gus menjadi orang Belanda pertama mengendalikan pasukan Liga Perdana Inggeris. Pada musim pertamanya di Chelsea, beliau membawa Chelsea meraih Piala FA Inggeris pada tahun 1997, kejuaraan utama pertama kelab dalam tempoh 26 tahun. Ia turut diikuti Chelsea menghuni tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris.

Pada musim berikutnya, Chelsea menduduki tempat kedua liga dan melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan piala domestik namun Gullit dipecat. Kononnya Gullit mempertikaikan tindakan kelab membayar pampasan kepadanya. Beliau digantikan oleh Gianluca Vialli, yang seterusnya membawa Chelsea ke Piala Juara-Juara UEFA dan melakar kejayaan dalam Piala Liga Inggeris pada baki musim. Perlawanan terakhir Gullit sebagai seorang pemain Chelsea pada perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Arsenal sebelum dipecat untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua.

Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1998, beliau menjawat jawatan sebagai pengurus baru Newcastle United untuk menghadapi musim baru dan lebih-lebih lagi, Newcastle akan melangkah ke liga baru. Penyokong mula hilang kepercayaan terhadap Gullit selepas beliau mencatat beberapa keputusan teruk serta penyerang kesukaan peminat, Alan Shearer dan kapten Robert Lee tidak diletakkan dalam senarai utama dalam pasukan Gullit. Pada perlawanan antara Newcastle dan pendatang baru ke Liga Perdana, Sunderland, Gullit meletakkan pasangan penyerang seperti Alan Shearer dan Duncan Ferguson di bangku simpanan dan berkesudahan Newcastle tewas 2-1. Gullit meletak jawatan tiga hari kemudian dan perlawanan kelima pada musim 1999-2000.

Feyenoord[sunting | sunting sumber]

Sebelum bermulanya musim 2004–05, beliau menjadi pengenali Feyenoord. Pada musim pertamanya, Gullit tidak mempamerkan prestasi baik dan juga tidak memenangi sebarang trofi lalu beliau digantikan oleh Erwin Koeman. Feyenoord melalui musim mengecewakan apabila sekadar di tempat keempat liga di belakang Ajax, PSV dan AZ.

Los Angeles Galaxy[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2007, Gullit menjadi ketua jurulatih Los Angeles Galaxy dan menandatangani kontrak tiga tahun. Bayaran 2 juta dolar Amerika setahun menjadikan Gullit sebagai jurulatih termahal di kalangan jurulatih-jurulatih MLS lain. Gullit dibawa masuk untuk menggantikan Frank Yallop.

Pada mulanya, Gullit tidak dapat menyesuaikan diri dengan Major League Soccer yang sedikit berbeza. Selepas tewas 0–4 pada perlawanan pembukaan, Gullit bertengkar dengan pemain tengah, Peter Vagenas yang mengkritik jurulatihnya kerana mengabaikannya semasa menjalani latihan.

Pada musim itu juga, Gullit turut bertentang dengan hampir setiap pemain terutamanya Landon Donovan dan Abel Xavier yang mengkritik cara pengurusan orang Belanda itu dan mendakwa jurulatih dari Belanda tidak menghormati hampir semua pemain. Akhirnya pada 11 Ogos 2008, Gullit meletak jawatan sebagai jurulatih LA Glaxy dengan alasan peribadi. Ia berikutan tujuh perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut.

Terek Grozny[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Januari 2011, FC Terek Grozny mengumumkan Gullit telah bersetuju untuk menandatangani kontrak satu tahun setengah bersama kelab Rusia itu. Gullit akhirnya dipecat oleh kelab pada 4 Jun 2011 dengan hanya memenangi tiga perlawanan sebagai pengurus Terek.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Termasuk kesemua perlawanan kompetitif liga (liga dan piala domestik) dan perlawanan antarabangsa (termasuk persahabatan).

Pasukan Negara Tahun Rekod
BP M S K Menang %
Chelsea England 1996–1998 &&&&&&&&&&&&&083.&&&&&083 &&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&049.40000049.40
Newcastle United England 1998–1999 &&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&034.62000034.62
Feyenoord Belanda 2004–2005 &&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&054.76000054.76
LA Galaxy Amerika Syarikat 2007–2008 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&031.58000031.58
Terek Grozny Rusia 2011 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&023.&8000023.08
Jumlah kerjaya &&&&&&&&&&&&0209.&&&&&0209 &&&&&&&&&&&&&091.&&&&&091 &&&&&&&&&&&&&046.&&&&&046 &&&&&&&&&&&&&072.&&&&&072 &&&&&&&&&&&&&043.54000043.54

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

HFC Haarlem[11]
Feyenoord[12]
PSV Eindhoven[13]
A.C. Milan[14]
Sampdoria[15]
Chelsea[16]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda[17]

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Chelsea[18]

Individu[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Glanville, Brian (1999). Footballers Don't Cry.
  • Gullit, Ruud (1998). My Autobiography.
  • Harris, Harry (1996). Ruud Gullit: Portrait of a Genius.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ruud Gullit – Stats". National-Football-Teams. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 6 April 2015.
  2. ^ Surname in isolation: [ˈɣɵlɪt]
  3. ^ name="Record">"The history of the world transfer record". BBC News. Retrieved 10 May 2014
  4. ^ "Gullit: The Netherlands' Black Tulip". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 28 April 2015.
  5. ^ Ruud Gullit, My Autobiography, p31
  6. ^ Ruud Gullit, My Autobiography, p34
  7. ^ Ruud Gullit, My Autobiography, p35
  8. ^ name=autogenerated3
  9. ^ Ruud Gullit, My Autobiography, p42
  10. ^ Ruud Gullit, My Autobiography, p49
  11. ^ name = "honours">"Ruud Gullit - Career Honours". Soccerway.
  12. ^ name = "honours"
  13. ^ name = "honours"
  14. ^ name = "honours"
  15. ^ name = "honours"
  16. ^ name = "honours"
  17. ^ name = "honours"
  18. ^ name = "honours"
  19. ^ name="RSSSF"
  20. ^ "Legends". Golden Foot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-25. Dicapai pada 23 September 2015.
  21. ^ name="AC Milan Hall of Fame: Ruud Gullit"
  22. ^ "The Best of The Best" Retrieved on 17 November 2015

Pautan luar[sunting | sunting sumber]