Samsul Adabi Mamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Dr. Samsul Adabi Mamat merupakan Ahli Politik dan mantan ahli akademik Malaysia dari PH-AMANAH.

Dato' Dr.

Samsul Adabi Mamat
Pensyarah Sains Politik, SPHEA, FSSK, UKM
Butiran peribadi
Lahir1969 (54 tahun)
Tanah Merah, Kelantan
Parti politik (2023-kini)
Parti Pejuang Tanah Air (2020-2022)
(2018-2020)
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana)
Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah)
PekerjaanAhli politik, Ahli Akademik
Laman web rasmihttps://amanahkelantan.com/dato-dr-samsul-adabi/

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Profesor Dr. Samsul Adabi Mamat mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan. Beliau seterusnya menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam Sejarah dan Tamadun Islam di UKM dan Ijazah Sarjana Sejarah dan Tamadun Islam di universiti yang sama. Manakala bagi peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam di UM.

Berkhidmat di UKM[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di UKM. Beliau berhenti daripada berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 2018 apabila beliau menyertai parti BERSATU.

Sepanjang perkhidmatan beliau di UKM, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Ungku Omar (2008-2013), Pengetua Kolej Tun Hussein Onn (2013-2018), Timbalan Komanden PALAPES UKM, Penyelaras Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) dan Timbalan (Ketua Pusat Islam), UKM.

Penyertaan ke politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, beliau meninggalkan kerjayanya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau dipilih sebagai calon BERSATU dan bertanding di Parlimen Putrajaya melawan penyandang daripada Barisan Nasional iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau tewas kepada Tengku Adnan yang memperoleh majoriti undi sebanyak 3,372 undi. Walau bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan bersama parti Warisan Sabah. Beliau dipilih sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya.

Semasa Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan parti BERSATU umum keluar daripada PH. Beliau menyertai parti PEJUANG yang ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir. Pada tahun 2022, PEJUANG bersama BERJASA, PUTRA dan IMAN bersetuju membentuk gabungan parti politik baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau dipilih oleh PEJUANG untuk bertanding di Parlimen Gua Musang. Beliau walau bagaimanapun hilang deposit setelah mendapat hanya 371 undi. Namun dengan penyertaan beliau dalam pertandingan di Parlimen Gua Musang yang berkenaan berjaya menyumbang kepada kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah yang tewas dalam PRU ke-15 yang berkenaan hanya dengan majoriti 163 undi.

Beliau kini menandingi sebagai calon Pakatan Harapan di N26 Bukit Panau, Kelantan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).[1]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai pengalaman bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU-14, Gua Musang pada PRU-15 dan di DUN Bukit Panau pada PRU DUN-15.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai calon Amanah bagi PRN di enam negeri". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-23. Dicapai pada 2023-08-01.