Tengku Adnan Tengku Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Mulia Dato' Sri
Tengku Adnan Tengku Mansor
SSAP, SUMW
Tengkuadnan.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
16 Mei 2013
Didahului oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Setiausaha Agung UMNO
Penyandang
Tempoh jawatan 
2008
Didahului oleh Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad

Ahli Parlimen
untuk P125 Putrajaya
Penyandang
Tempoh jawatan 
24 Mac 2004
Majoriti 5,541 (PRU-13)

Lahir (1950-12-20) 20 Disember 1950 (umur 66)
Melaka Melaka
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Sri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini Sentiaki
Pekerjaan Menteri, Ahli Parlimen
Agama Islam

Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor (lahir 20 Disember 1950) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO demi mengambil alih Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pada 20 Mac 2008. Sebelum itu beliau pernah menjawat sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Melaka. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan BBA dari University of Southern California.

Tengku Adnan turut pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini dan melahirkan 4 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan

Politik[sunting | sunting sumber]

Tengku Adnan menyertai politik pada awal 1980-an. Antara jawatan penting yang pernah disandangnya dalam parti ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988. Beliau mula dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993, tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996. Bagaimanapun, pada pemilihan parti pada September 2004, Tengku Adnan sekali lagi terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Adnan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000. Pada 29 November 2001 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006. Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Putrajaya , negeri Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah menang dengan mendapat undi sebanyak 4038.

Calon lawan ialah Mohamad Noor Mohamad dari PAS, mendapat 1,304 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 81 %. Undi rosak sebanyak 38.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Pelancongan
14 Februari 20068 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Dr. Leo Michael Toyad Azalina Othman Said